Hentikan Anak Ketagih Gajet, Mungkin Ibu Ayah Boleh Ikut Cara Ibu Ini Lakukan Pada Anak-Anaknya

Share

Hati ibu ayah mana yang tak risau bila anak ketagih gajet hingga boleh menyebabkan tingkah laku berubah menjadi negatif. Kalau ada anak anda kini sedang mengalami masalah ketagihan gajet, boleh ikut cara ibu ini buat pada anak-anaknya yang ketagih gajet.

Hayana Darliz dalam perkongsian di facebook mengaku anak-anaknya menghadapi masalah ketagihan handphone sehingga menyebabkan tingkah laku mereka sukar dikawal, kerap mengamuk dan asyik menghadap handphone 24 jam sehingga dia mengambil langkah drastik demi memastikan anaknya berubah.

Maafkan saya sebab bertangguh lama nak kongsikan cara saya hentikan ketagihan handphone pada anak.

Ya anak-anak saya (Adam dan Adzan) ketagih handphone saja. Sebab kami tak ada gajet lain seperti tab.

Cara kami:

1. Menipu. Memang kami terpaksa menipu. Ini memang betul-betul tipu sunat. Kebetulan suami perlu bekerja di luar negara ketika itu. Kami tipu yang handphone mereka akan dibawa ke luar negara (anak-anak ada handphone sendiri). Padahal sebenarnya saya cuma sorokkan di dalam almari baju.

2. Dua bulan berjauhan dengan abi nya, saya “handle” anak seorang diri di rumah tanpa bantuan handphone untuk tenteramkan mereka. Memang rumah tunggang langgang. Anak-anak bergaduh tak kira masa. Tapi saya perasan yang hubungan mereka mula menjadi semakin rapat.

3. Ajaibnya langsung tak terkeluar di mulut mereka minta guna handphone saya untuk tonton youtube. Langsung. Selama dua bulan.

4. Cukup dua bulan, abi mereka pulang ke tanah air. Soalan pertama anak-anak “mana handphone”. Kami pandang sesama sendiri. Ketika itu kami duduk dan beritahu cerita sebenar kepada mereka. Dan kami sedarkan mereka yang mereka lebih seronok bermain tanpa handphone. Dan anak-anak setuju.

5. Maka bermula episod hidup kami membesarkan dan mendidik anak-anak tanpa handphone.

6. Ya, semudah itu. Langkahnya mudah, jalannya panjang dan berliku. Perlu istiqamah, perlu gigih dan tabah teruskan.

Bangga?

Ya memang kami bangga dapat betulkan silap kami. Dan syukur sangat Allah permudahkan semuanya.

Melihat Adam jadi lebih bertanggungjawab terhadap adik-adiknya. Perpustakaan mini di rumah sudah mula digodek walaupun buku-buku habis tercarik.

Alhamdulillah.

Saya tak suruh anda ikut saya menipu. Tapi saya sangat sarankan, sila betulkan kesilapan anda mulai sekarang.

Membiarkan anak-anak terus hanyut dengan dunia gajet adalah sangat salah. Anda kenal anak anda, anda sepatutnya tahu cara terbaik untuk “deal” dengan mereka.

Pasang niat, tawakal dan bolos saja dinding itu.

Semoga berjaya!

Published by
Hasnita Sawal