
Macam mana nak hindarkan rasa sedih melihat anak-anak tidak dilayan baik oleh mertua berbanding dengan cucu-cucu mereka yang lain? Apa yang boleh buat untuk anak tak rasa hati sedangkan ibu bapa pun terasa hati dengan keadaan tersebut.
Anak tercalar emosi kerana favoritism
Ada di antara kita memang punyai favorite di antara anak-anak atau cucu-cucu kita. Mungkin kerana personalitinya atau sikapnya atau apa-apa sahaja.
Namun, adalah amat penting kita berkelakuan adil dengan yang lain. Jangan kita menampakkan favoritism itu melampau.
Bila kita terlampau melayan mesra yang favorite itu dan yang tidak diperlakukan bagaikan tidak dipedulikan, ia akan mencalarkan hati yang bukan favorite itu. Kita mungkin rasa ok sekarang. Namun, ketahuilah, ianya tidak akan ok nanti.
Tentu amat sedih jika anak-anak atau cucu-cucu kita melihat favoritism diamalkan di dalam keluarga kita.
Oleh itu sayang Ibu, jika ini berlaku didalam keluarga mu, anak yg tidak ‘difeveretkan’ itu, selalu ingatkan pada mereka bahawa anda sayang mereka dan sayang yg amat sgt.
Jika mereka mengadu sedih, ajak mereka merasakan sayang Allah dan ajar mereka berdoa dan memaafkan orang yang mencalarkan emosi mereka.
Keredaan (redhaan) mendekatkan diri kita kepada Allah dan kita tidak hilang diri kerana kemarahan.
Sesiapa yang telah melalui favoritism yg menyedihkan diri, I would like to give you a virtual hugs. Just know that “You Are Enough and You Are Loved” Allah loves you!
Sumber: Ibu Rose
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kelebihan Bermain ‘Cak’ Dengan Bayi, Rangsang Anak Jadi Bijak

Isi Kandungan
ToggleKelebihan bermain ‘cak’ dengan bayi, rangsang anak jadi bijak. Bermain dengan bayi bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga mempunyai banyak manfaat untuk perkembangan mental dan emosi mereka. Salah satu permainan yang paling mudah tetapi sangat bermanfaat adalah permainan ‘cak’.
Kelebihan Bermain ‘Cak’ Dengan Bayi, Rangsang Anak Jadi Bijak
Permainan ini melibatkan menyorokkan muka dengan tangan atau objek lain dan kemudian menunjukkan muka semula sambil berkata “Cak!” atau “Peekaboo!” dalam bahasa Inggeris. Meskipun ia nampak sederhana, permainan ini mempunyai banyak kelebihan dalam merangsang perkembangan bayi.
LIMA KELEBIHAN BERMAIN ‘CAK’ DENGAN BAYI
1. Melatih Komunikasi Terawal
Senyuman dan ketawa adalah salah satu cara terawal manusia berhubung sesama sendiri. Ia bagaikan sebuah bahasa tanpa sempadan tidak mengira usia dan bangsa seseorang.
Tiada apa yang lebih menenangkan selain melihat senyuman si kecil, apatah lagi apabila mereka sudah mula bersuara dan ketawa. Memang riuhlah rumah dengan ketawanya yang comel!
Senyuman juga adalah tanda bayi dapat merespon terhadap persekitaran selain menjadi cara si kecil menunjukkan bahawa dia senang dengan kehadiran kita. Dengan senyumanlah juga hubungan boleh menjadi lebih erat.
2. Meningkatkan Kemahiran Sosial
Kemahiran sosial bayi merupakan asas utama baginya dalam membentuk corak komunikasi yang positif. Selain berbual dan bernyanyi untuknya, bermain “cak” juga adalah medium untuk bayi belajar untuk mewujudkan hubungan sosial dengan orang lain.
Bermain “cak” dengan bayi memerlukan tumpuan sepenuhnya terutama sekali ‘eye contact’. Mungkin pada awal kelahiran, bayi menunjukkan kurang respon dan lebih mudah terkejut. Lama-kelamaan, dia mula belajar untuk mengagak apa yang berlaku.
Dengan sentiasa meluangkan masa dengannya, kemahiran komunikasinya juga akan berkembang dengan baik. Bayi juga lebih bijak dalam mentafsir dan meniru emosi yang ditunjukkan oleh orang sekeliling.
3. Mengajar Bayi Mengenal Diri & Persekitaran
Menurut pakar psikologi, bayi sering menganggap dirinya dan ibu sebagai seorang individu yang sama. Semakin kita kerap bermain “cak” disertai dengan senyuman dan sentuhan, dia semakin lama mengerti bahawa dia dan ibunya adalah dua orang yang berbeza.
Hal ini dapat disedari apabila bayi menyentuh ibunya, dan ibunya pula memberi tindakbalas selanjutnya; contohnya ketika bayi mula menyentuh bahagian mata atau menarik rambut ibu.
Bayi juga mula bijak membuat perbandingan antara dirinya dengan orang lain dan mula untuk mengingat persekitaran serta orang di sekelilingnya. Dengan kesedaran ini, dia lebih giat untuk meneroka persekitaran dan menjadi lebih lincah lagi sebaik dia sudah boleh bergerak ke sana ke mari.
4. Merangsang Deria Bayi
Permainan mudah juga memberi kesan positif pada perkembangan derianya; lebih-lebih lagi jika ramai yang meluangkan masa dengannya. Walaupun bayi baru lahir dilihat kurang merespon, sebenarnya mereka amat mudah diajak bermain “cak”. Hanya dengan hanya menggunakan tapak tangan dan ekspresi muka yang lucu, keseluruhan deria mereka dapat dirangsang.
Dengan rangsangan bunyi atau visual, rangsangan bayi boleh menjadi lebih tajam dan peka. Bila bayi semakin besar, anda boleh mempelbagaikan cara bermain permainan ini dengan mereka supaya lebih mencabar, contohnya bermain sembunyi-sembunyi.
5. Meningkatkan Kecerdasan Memori
Bayi yang baru lahir sering menganggap jika kita hilang dari pandangan, sentuhan, atau pendengarannya bermakna kita tiada dengannya. Sebab itulah bayi mudah menangis apabila ibu hilang daripada pandangan. Permainan sebegini mampu membantu mereka memahami konsep kehadiran seseorang atau objek.
Ini bermakna kebolehannya untuk menyimpan memori dan corak pemikirannya semakin berkembang. Semakin kita rajin bermain “cak” dengannya, mereka mampu memahami dan mengingat bahawa ibu masih ada dengan mereka. Oleh sebab itu, bayi yang baru lahir elok diperkenalkan dengan permainan sebegini.
Permainan ‘cak’ bukan sahaja mudah dan menyeronokkan, tetapi ia juga memberikan banyak manfaat kepada perkembangan mental, emosi, dan sosial bayi anda. Dengan hanya beberapa minit bermain setiap hari, anda boleh membantu merangsang perkembangan otak bayi dan membina asas yang kukuh untuk kemahiran yang lebih kompleks di masa hadapan.
Dengan meluangkan masa dengannya, bayi bukan sahaja dapat melatih rangsangan minda serta kemahiran sosial, malah dapat memupuk kasih sayang dan rasa prihatin. Jadi, jangan ragu-ragu untuk bermain ‘cak’ dengan bayi anda dan nikmati detik-detik berharga ini bersama mereka!
Baca artikel lain juga: Cara Dukung Bayi Bukan Setakat Tenangkan Bayi Tapi Boleh Pengaruhi Perkembangan Bayi
Ibu Hamil Minumlah Susu, Bagus Untuk Perkembangan Bayi Dalam Kandungan
Perkembangan Bayi Usia 1 Hingga 12 Bulan, Usia 2 Bulan Sudah Boleh Senyum
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Tip Bercuti Ke Perth Hanya RM2000 Selama 6 Hari 5 Malam Bersama Bayi

Perkongsian ini diharap dapat membantu bagi yang merancang percutian bersama keluarga terutama apabila mempunyai bayi kecil. Lebih menarik bajet hanya RM2000 yang disediakan untuk percutian selama 6 hari 5 malam berbaloi untuk dikongsi bersama.
Menurut Puan Asnyra Roslan tak perlu nak berhabis banyak jika hendak pergi melancong. Baginya kena pastikan diri membuat kajian untuk pergi ke sesuatu tempat dan biasanya dengan perancangan yang betul akan mendapat harga yang murah.
Berbanding percutian last minute yang selalunya mengakibatkan kos menjadi tinggi dan banyak perkara yang best akan terlepas semasa percutian. Lebih istimewa, semua bajet ini hanya untuk 4 dewasa disebabkan kebanyakan perkara untuk bayi semuanya percuma!
Jom ikuti bagaimana Puan Asnyra merancang percutiannya dan itenari percutiannya selama 6 hari 5 malam di Perth Australia. Nak hotel murah boleh klik sini.
Gunakan kod promo ini untuk harga istimewa.
Perlu membuat perancangan sebelum pergi melancong
10 TIP PERCUTIAN KE PERTH
KOS 6 HARI 5 MALAM (nak hotel murah klik sini)
1.Flight ticket : RM580 per person (tgh promo. Beli tiket 2 bulan sebelum pergi)
2.Luggage : RM160 (20kg pergi & balik)
– per person : RM40
3.Visa : RM20/person – Wiya Travel (info@wiyatravel.com)
4.Apartment Airbnb 5mins to Kings Park (6days 5nights utk 4org)
– 1 malam : RM390
– 5 malam : RM2050 (termasuk RM100 service fee)
– so per person : RM513 (6d5n)
5.Aries Car Rental (Car rental paling murah kt Perth. Car rental ni org Malaysia punya. Harga ni termasuk baby seat RM90, wajib ambil ya kalau tak kena saman 550aud) – RM780
– so per person : RM195
6.Minyak kereta sepanjang 6hari 5malam cuma 72aud (RM216). Ni termasuk pergi tempat jauh (Pinnacles & Lancelin)
– per person : RM54
7.Parking kereta : Mostly tempat attraction free je. Cuma dalam Perth city & Fremantle kena bayar. Tak mahal pun. Budget lah dlm RM30 seminggu. Dalam RM8 per person.
8.Simkad Optus : 2aud. Utk 5hari 10aud je. Internet 500mb/day. Cukup utk guna waze.
9.Attractions yg kena bayar :
– Caversham : 27aud
– Araluen : 15aud
– Naik train @Araluen : 5aud
– Sandboard Rental : 10aud (sewa 1 board je pastu share2 sebab sorang naik 5kali je max pastu dah penat)
– The Pinnacles : 12aud per car
Attraction per person : RM207
10.Makan best & wajib pergi dekat Perth :
– Chicken Charcoal express dianella. Lamb ribs dia mmg terbaik.
– Corica Pastry. Apple strudel sedap! Cream puff dia pun best!
– Danish patisserie ( ni time kami pergi tutup sebab bukal smpai jam 2pm je).
– Kailis Fish & Chips. Ni tempat wajib pergi kalau dtg Fremantle.
– Coffee milk jenama Dare. Mmg sedap. Asyik beli je.
– Chicken gozleme
Total budget makan2 tanpa berjimat roughly : RM400 (termasuk shopping groceries utk masak sendiri)
So makan per person : RM100
TOTAL BUDGET KE PERTH TANPA BERJIMAT HANYA SEKITAR RM1900 JE. Boleh try totalkan sendiri semua yang dah tulis di atas.
Oh lupa. Dah termasuk 50aud kami kena saman sebab tak bayar parking. Kami ingtkan satu tempat tu free sebab tak jumpa mesin bayar. Sigh. So semua yg nk bawa kereta make sure confirmkan betul2 tempat nk parking tu free or berbayar.
Semua bajet ni sesuai kalau pegi berempat. Kalau pergi berlima (full 1 kereta) lagi jimat sebab semua bahagi 5. Kalau pergi berdua lain budget nya
ITINERARY TEMPAT MENARI YANG DILAWATI
HARI PERTAMA
– sampai airport petang, beli simkad optus
– ambil kereta sewa
– check in apartment
– malam after solat, pergi groceries
– then singgah esplanade, Elizabeth Quay & Bell Tower
HARI KEDUA
– Margaret Choc Factory
– Vineyard (sebelah choc factory)
– Cheese factory (yg ni kitorg tak masuk and kt depan choc factory je, just berhenti utk amek gmbr sebab cantik sgt laluan nk ke cheese factory ni)
– Caversham Wildlife Park
– Megabes factory Malaga ( ni tempat beli souvenir paling murah dekat perth. Org malaysia punya. Ada few kedai souvenir megabes ni dekat perth, tp kt factory ni murah sbb owner dia ckp kilang ni diorg punya and tak perlu bayar sewa sebab tu murah. Megabes factory ni dekat je dgn caversham.
– Tempat solat : Masjid Mirrabooka. 10mins je dari megabes factory
– Woolworth (shopping groceries)
HARI KETIGA
– Araluen Botanic Garden : 1jam dari Perth
– Masjid Perth
– Corica Pastry : wajib rasa apple strudel dia! Mmg sedap and famous. 22aud satu set.
– Hay street
HARI KEEMPAT
– Charcoal Chicken express Dianella (sedap sgt esp lamb ribs dia. And cheap too!)
– Blue boat house
– Uni Western Australia
– Rainbow sea container, fremantle
– Bathers Bay
– Kailis Fish Market
– Fremantle Esplanade Park
– Coles (supermarket best & murah)
HARI KELIMA
(200km+ dari Perth)
– The Pinnacles
– Hangover bay : dekat je dari Pinnacles
– Lancelin Sand Dunes
– Lancelin Beach : kami solat kt park sebalah Lancelin Beach. Toilet dia lengkap ada air and siap ada shower lg.
– BigW (supermarket jual corelle murah. Dekat supermarket lain ada jual jugak tapi BigW byk pilihan)
HARI KEENAM
– check out hotel
– Kings Park
– drop car rental dekat airport
– flight balik Malaysia
TIPS MELANCONG DENGAN BAYI :

1.Bawa mainan dalam kapalterbang. As bawa busy board baby. Mmg best busy board ni! Im a free mama on board. Phew!
2.Jaga mood and makan anak
3.Bawa ubat-ubatan anak
4.As guna baby carrier boba air sebab senang nk lipat-lipat. Dan kalau nak bawa stroller bawak yang ringan Boleh sewa stroller & baby carrier. Kalau nk sewa As punya boba air pun boleh.
Tempat menarik yang dilawati oleh keluarga ini




Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Bayi Dah Mula Berdiri Sendiri, Buat Aktiviti Ini Biar Anak Boleh Berjalan

Bila bayi dah mula berdiri sendiri, ibu ayah pasti teruja tengok. Rasa anak dah semakin besar. Tak lama lagi mesti si kecil boleh berjalan. Sebenarnya jika bayi anda mula menunjukkkan minat untuk berdiri sendiri dengan berpaut pada mana-mana objek berdekatannya, anda boleh bantu merangsangnya supaya dia makin cepat boleh belajar berjalan.
Panduan aktiviti yang boleh dibuat oleh ibu ayah bila bayi mula belajar berdiri yang dikongsi oleh Occupational Therapist, Siti Aisyah Rozalli patut dipraktiskan oleh ibu bapa.
BAYI SAYA MULA BERDIRI SENDIRI!
Antara milestone perkembangan yang sangat penting untuk dicapai oleh kanak-kanak ialah berjalan.
Ada anak-anak yang mula berjalan seawal usia 10 bulan, ada yang 1 tahun dan ada yang sedikit lewat. Berdiri dan berjalan termasuk dalam perkembangan kemahiran motor kasar anak-anak.
Bila perlu RISAU?
Red flags of development merujuk kepada tanda-tanda yang perlu dirisaukan dalam perkembangan anak. Jika anak anda belum mencapai perkembangan tertentu pada usia yang disenaraikan dalam Red Flags of development, anda digalakkan membawa anak kesayangan anda berjumpa pakar perkembangan kanak-kanak untuk mendapat konsultansi.
Berikut adalah Red Flags untuk kemahiran berjalan:
12 bulan: Masih belum boleh berdiri dengan sokongan
18 bulan: Masih belum boleh berjalan sendiri tanpa sokongan
24 bulan: Masih belum stabil semasa berjalan.
Jika anak anda ada tanda-tanda di atas, sila berjumpa Physiotherapist atau Occupational Therapist kanak-kanak berdekatan anda.
Terdapat beberapa aktiviti yang anda boleh lakukan sebagai “senaman” untuk anak anda yang sudah mula berdiri bagi membantunya belajar berjalan.
AKTIVITI 1
Dudukkan anak anda di atas bangku kecil. Pastikan kakinya menjejak ke lantai. Letakkan meja yang memerlukan anak anda untuk berdiri bagi mencapai barang di atasnya. Letakkan permainan.
Anak anda akan perlu untuk menolak tubuhnya ke atas menggunakan kekuatan kaki dalam posisi ini. Dan kurang menggunakan tangan untuk menarik tubuhnya ke atas. Aktiviti ini akan menguatkan otot-otot yang menyokong kekuatan bahagian bawah tubuhnya.
Anda boleh galakkan anak anda untuk mencapai permainan dengan mengagah-agah permainan itu dihadapan mata anak anda sambil menggalakkannya berdiri untuk mencapai permainan tersebut.
AKTIVITI 2
Susun meja dalam bentuk ‘U’ atau ‘L’. Letakkan permainan di atas kedua-dua meja. Galakkan anak anda untuk berdiri pada meja yang anda telah susun menggunakan kaedah pada Aktiviti 1
Tarik perhatian anak anda untuk bergerak dari satu meja ke satu meja. Biarkan anak anda usaha sendiri. Ayah boleh ajak main atau tarik perhatian anak, ibu boleh jaga keselamatan anak dari belakang. Tapi, jangan terlalu “hovering”. Biar anak anda usaha sendiri.
Idea menyusun meja dalam bentuk ‘U’ (jika anda guna 3 buah meja) atau bentuk ‘L’ (jika anda guna 2 buah meja) adalah untuk menggalakkan anak anda memusing-musingkan tubuhnya ke kanan dan ke kiri semasa bergerak dari satu meja ke meja yang lain. Ini akan melatih daya keseimbangan anak anda.
AKTIVITI 3
Ajak anak anda berpaut pada perabot (sofa agak selamat untuk aktiviti ini kerana ianya berat).
Letakkan bola di kaki anak anda dan ajak anak anda tendang bola ke arah anda. Targetnya adalah untuk anak anda belajar mengimbangi tubuhnya sambil berdiri. Menendang bola juga akan menggalakkan “weight bearing” (menahan berat tubuh) pada sebelah kaki dan akan meningkatkan kesedaran tubuh.
Bila boleh mulakan aktiviti-aktiviti ini?
Sebaik sahaja anak anda mula menarik tubuhnya untuk berdiri pada perabot di rumah.
Kerana pada tahap ini:
Otot dan tulang anak anda sudah cukup kuat untuk menampung berat badannya,
Anak anda sudah mula berminat untuk eksplorasi pergerakan tubuh dalam keadaan berdiri.
Bagi memastikan perkembangan motor kasar anak anda baik, ELAKKAN perkara-perkara ini:
Elakkan pakai stokin atau kasut di dalam rumah. Biar berkaki ayam di rumah. Rangsangan sensori akan membantu anak anda belajar berjalan dengan lebih baik. Kalau dapat “barefoot” atas pasir, lagi baik
Jangan paksa anak anda! Berhenti beraktiviti jika anak mula kelihatan letih atau meragam.
Elakkan penggunaan “walker”. Ianya tidak membantu anak berjalan lebih cepat.
SEMOGA PERKONGSIAN INI BERMANFAAT
Sumber: OT AisyahRozalli
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI