Hentikan kritikan tidak berasas di media sosial kepada kaum ibu yang menghantar anak kepada pengasuh demi khidmat kepada rakyat dan negara antara kenyataan media yg dikeluarkan oleh  Badan NGO Perubatan dan Kesihatan seluruh Malaysia selain itu mereka juga menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa.

Sikap kurang sensitif sesetengah ibu bapa yang memberikan komen yang berunsur kritikan di laman sosial ekoran insiden  Allahyarham adik Adam Rayqal boleh melukakan hati keluarga mangsa.

Hentikan Kritikan Tidak Berasas! NGO Perubatan beri Sokongan Kepada Kaum Ibu Yang Bekerja

Rumpun NGO Perubatan dan Kesihatan seluruh Malaysia juga berharap  Kementerian Kesihatan bersama Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan agensi terlibat meneliti dan menguatkuasa akta berkenaan pengasuh dan pusat jagaan agar kejadian sama tidak berulang.

Perkongsian ini dibuat oleh MedtweetMY Official di twitter.

Kenyataan Media bersama Ucapan Takziah dari NGO Kesihatan

Kami dari rumpun NGO Perubatan dan Kesihatan seluruh Malaysia ingin menzahirkan rasa terkejut dan kesal terhadap insiden terbaru kematian di bawah jagaan pengasuh

Kami dengan penuh simpati menyampaikan salam Takziah kepada ibu mangsa, JT Farrah Madihah Othman dan keluarganya diatas pemergian Allahyarham Adam Rayqal Mohd Sufi.

IKLAN

Difahamkan ketika kejadian, JT Farrah sedang bertugas shift petang di Jabatan ICU Neonatal, Hospital Kuala Lumpur, di mana beliau harus menempatkan bayinya kepada pengasuh demi khidmat kepada insan lain.

Kami berharap majikan beliau telahpun memberikan sokongan sewajarnya terutamanya bantuan psikososial kepada beliau dan keluarga untuk menghadapi dugaan besar ini.

Hentikan Kritikan Tidak Berasas! NGO Perubatan beri Sokongan Kepada Kaum Ibu Yang Bekerja

HENTIKAN KRITIKAN

Kami juga menyeru masyarakat awam agar menghentikan kritikan tidak berasas di media sosial kepada kaum ibu yang menghantar anak kepada pengasuh demi khidmat kepada rakyat dan negara. Warga media sosial juga digesa agar menghentikan sebaran grafik yang boleh mengangu emosi.

BERI SOKONGAN

Kami menyeru kaum keluarga, jiran dan masyarakat agar memahami dan bersama memberikan sokongan kepada staf kesihatan wanita dalam menguruskan anak dan keluarga tatkala terpaksa bertugas dalam waktu tidak menentu seperti tugasan atas pangilan atau shif.

IKLAN

Hentikan Kritikan Tidak Berasas! NGO Perubatan beri Sokongan Kepada Kaum Ibu Yang Bekerja

KUATKUASA UNDANG-UNDANG DAN POLISI LATIHAN PENGASUH

Kami juga berharap agar Kementerian Kesihatan bersama Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan agensi terlibat dapat meneliti dan menguatkuasakan akta serta polisi berkenaan pendaftaran dan latihan ke atas pengasuh dan pusat jagaan kanak-kanak, selain menyediakan khidmat pusat jagaan kepada kakitangan awam.

BANTUAN KEPAKARAN DAN NASIHAT KEPAKARAN

IKLAN

Kami seluruh NGO perubatan dan kesihatan dengan ini menyatakan kesudian kami untuk membantu pihak Kementerian dan Agensi berkaitan dari segi nasihat kepakaran, latihan seperti bantuan asas kecemasan (CPR) kepada bayi, penggubal polisi dan akta serta pemantapan penguatkuasaan bagi mengelakkan kejadian sebegini tidak berulang di masa hadapan.

Hentikan Kritikan Tidak Berasas! NGO Perubatan beri Sokongan Kepada Kaum Ibu Yang Bekerja Hentikan Kritikan Tidak Berasas! NGO Perubatan beri Sokongan Kepada Kaum Ibu Yang Bekerja

Sekian.

Kenyataan bersama oleh;

  1. Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM)
  2. Pertubuhan Kesihatan Ikram Malaysia (IKRAM Health Malaysia)
  3. Malaysian Integrated Medical Proffesionals Association (MIMPA)
  4. Medical Mythbusters Malaysia (M3)
  5. Green Crescent Malaysia (GCM)
  6. Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)
  7. Medtweetmy
  8. Delegation of Nurses (DON)
  9. Malaysia Nurses Association (MNA)
  10. The Dressar & Co.

4 Julai 2018

Sumber: Gambar (BERNAMA)
Sumber: MedTweetMY Official

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI