Hentikan Tabiat Asyik Beli Mainan Untuk Anak, Anak Akan Mula Hilang Minat Bermain!

Share

“Geramnya tengok mainan ni” kadang-kadang anak tak minta pun, ibu ayah yang memang tak boleh tengok mainan, pasti dibelinya. Akhirnya satu rumah penuh dengan permainan anak-anak. Anak mula hilang minat bermain kerana mereka keliru mainan mana yang nak dimain.

Sebenarnya lagi sedikit mainan yang ada di depan kanak-kanak, sebenarnya itulah lebih bagus untuk membantu daya imaginasi anak-anak agar menjadi lebih kreatif. Ikuti perkongsian ini.

Menurut survey oleh British Heart Foundation, secara purata:

♥️ Kanak-kanak hilang minat terhadap mainan baru dalam ~36 hari.
♥️ 1 dari 5 kanak-kanak pula hilang minat terhadap mainan ‘mesti ada’ (must have) terkini dalam masa sehari.
♥️ 8% dari masa selepas membeli, mainan baru tidak lagi menarik perhatian kurang lebih selepas 1 jam.
♥️ 4 mainan yang dimiliki/dihadiahi, tidak pernah di sentuh langsung.

British Heart Foundation menganggarkan sekitar 162 million mainan elok di bazirkan lebih suku keluarga UK yang menyertai survey ini!

Hem..

Walaupun ini bukan survey Malaysia, saya yakin semua ibubapa tidak akan begitu terkejut dengan kesemua fakta ini.

Reality biasa:

Anak – anak akan sentiasa meminta mainan yang di lihat di mana – mana.

Anak- anak akan sentiasa mahu apa yang kawan mereka dan orang lain ada.

Sebahagian ibubapa menurut saja kehendak anak membeli kerana tidak mahu berhadapan dengan amukan anak.

Sebahagian ibubapa rasa bersalah dan tak sampai hati untuk tidak memenuhi permintaan anak.

Sebahagian ibubapa merasa ‘membelikan sesuatu’ untuk anak adalah tanda sayang.

Sebahagian ibubapa merasa hadiah adalah ganti masa dan perhatian yang terkurang di beri kepada anak.

Sebahagian ibubapa merasa hadiah ibarat ganti rasa bersalah yang ibubapa miliki terhadap anak-anak.

Sebahagian ibubapa merasa kasihan melihat anak tidak memiliki banyak mainan seperti anak orang lain dan terjerat dengan isu sosial: the more you have, the more you are loved (lebih banyak yang anda miliki, lebih anda di sayangi) 💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔

Saya sendiri ada kisah lucu bila TERsalah sangka bahawa rumah klien yang ingin saya kunjungi adalah sebuah taska kerana adanya ‘kolam bola’ lengkap dengan gelongsor besar di dalam rumah.

Dari luar pintu nampak bagai kids wonderland gayanya.
Dan, didalam ‘kolam bola’ tersebut sarat dengan pelbagai mainan!
😆😆😆😆😆😆😆😆😆

Dalam bab mainan, percayalah: LESS IS MORE.

Dalam sebuah study oleh University Toledo, Ohio, para pengkaji menjemput sekumpulan kanak- kanak- berusia 18 -30 bulan ke dalam makmal bilik mainan untuk 2 situasi.

Situasi 1️⃣: Hanya ada 4 mainan dalam makmal

Situasi 2️⃣: Terdapat 16 mainan dalam makmal

Hasilnya ❓: Ya benar, kanak-kanak menyentuh lebih banyak mainan semasa dalam situasi 2️⃣ kerana ada banyak mainan untuk di sentuh dan di lihat.
Namun, kanak-kanak lebih ‘engage’ (terikat) dengan permainan pada situasi 1️⃣ iaitu: secara purata , mereka bermain 2X ganda lebih lama dengan setiap permainan dan bermain lebih banyak cara dengan setiap permainan.

❌ Anak TIDAK PERLU terlalu banyak mainan.

Mainan yang terlalu banyak itu ‘menyesakkan’ fikiran anak. Anak kecil tidak tahu membuat keputusan memilih di antara berpuluh-puluh pilihan.

Malahan, orang dewasa sendiri cukup sesak dan jadi rambang mata bila terpaksa memilih di antara banyak pilihan.

Ia bukan saja membazir duit, malah membazir ruang. Ruang yang saya maksudkan bukan ruang rumah tetapi ALAM 🌏.

Benar, kita sentiasa boleh memilih untuk membuang atau sedekahkan mainan yang berlebihan. Namun akhirnya, mainan yang di buang, yang sampai ke ‘waste stream’ tetap sejenis sampah yang menjadi isu alam untuk di uruskan 🤮🤮🤮
https://www.bbc.com/news/amp/science-environment-47868871

❌ TIDAK PERLU mainan mahal yang canggih semata-mata.

Lebih ringkas dan ‘basic’ ciri sesuatu mainan itu, lebih lagi anak ‘terpaksa’ menjadi kreatif ➕menggunakan imaginasi mereka ➕ membuat penerokaan (explore) cara memanfaatkan mainan tersebut.

INI BERI MANFAAT BESAR KEPADA PERKEMBANGAN KEMAHIRAN KOGNITIF ANAK (Kognitif ialah satu proses mental untuk mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu) seperti yang di terbitkan oleh kajian dalam journal Infant Behavior and Development.
Mainan canggih yang membuat segalanya untuk anak adalah salah satu punca anak cepat bosan.

Misalnya: Jika anda belikan anak sebuah kereta mainan 🚗, anda akan lihat anak akan bermain dengan 🚗 tersebut dalam pelbagai cara:
💡menjadi 🚗 yang bergerak dengan bunyi vroom ! vroom ! hasil imaginasi nya
💡 🚗yang boleh terbang bagai jet pejuang 🛩️ di atas kepalanya
💡🚗 yang di bawa ke hulu ke hilir ketika makan, mandi dan tidur
💡🚗 yang menjadi kenderaan patung 🧸 nya ..dan banyak lagi cara main mengikut fikirannya.

Namun jika anda belikan set kereta mainan berserta track (landasan) canggih yang berputar-putar sendiri, anak hanya mampu menonton saja kereta tersebut berputar-putar.
Sudahlah membosankan dan mahal, malah tak mencabar minda kreatif anak kecil !

Pilihlah mainan dengan bijak.
☑️ Pilih mainan yang dapat di mainkan dalam pelbagai cara seperti contoh 🚗 diatas.
☑️ Pilih mainan yang dapat ‘membesar’ bersama-sama dengan anak. Misalnya set patung mainan kecil yang boleh bayi kecil susun mengikut saiz, usung di dalam bakul nya ke sana ke mari dan buat main semasa mandi. Set patung YANG SAMA, TETAP boleh dia gunakan setelah menjadi ‘toddler’ semasa dia berangan-angan main mak-mak atau doktor-doktor.
☑️ Pilih mainan yang meransang penjelajahan dan skil penyelesaian masalah anak. Misalnya puzzle, play doh atau blok shape-sorters (masukkan/susun bongkah ikut bentuk).
☑️ Pilih mainan yang meransang imaginasi anak. Misalnya kostum seperti topi lanun, set masak-masak dan set haiwan ladang mainan.

Dan…. PERLU beri peluang untuk anak bermain dengan barang-barang ‘real’ atau mainan hampir ‘real’ dengan barangan biasa yang wujud di sekeliling misalnya penyapu dan penyodok, senduk, beg tangan, jug siram pokok bunga, baldi dan lain-lain.

Ingat lagi bagaimana pada 20-30 tahun dahulu kita amat gembira bermain dengan barang murah dan ‘apa adanya’ di sekeliling kita❓

Kita main masak-masak menggunakan daun kering sebagai lauk, ranting sebagai senduk dan tempurung kelapa sebagai kuali dan pinggan.

Kita sambung getah panjang-panjang dan main lompat getah. Kita cipta pelbagai level game lompat getah tersebut.

Kita lukis ketenteng di jalanan dari sebatang kapur. Hanya sebatang kapur namun boleh di nikmati main beramai-ramai.

Kita bina kubu dari kusyen sofa dan selimut tidur. Kita cipta suasana perang kita sendiri.

Kita lawan baling batu lompat atas air (skipped stone). Kita geram melihat rakan yang handal , lalu kita berusaha memperbaiki skil balingan ibarat ia sebuah pertandingan hari sukan.

Kita kutip biji getah dan jadikan peluru tembak-tembak serta lastik kita.

Kita buat kapal kertas dan lautannya cuma longkang di tepi rumah.

Kita cipta game hanya dari selipar, tutup botol dan batang aiskrim. Barang tak penting dan terbuang bertukar jadi sesuatu yang sangat menyeronokkan.

Kita minta ibu jahitkan batu seremban bermodalkan hanya kacang hijau di dapur rumah.
Paling mahal, kita cuma minta beberapa puluh sen untuk beli set baju patung kertas mainan.
….Kita tiada banyak mainan memenuhi ruang rumah.
…Kita tiada mainan mahal lagi canggih yang jadi rebutan.

Namun kita sangat gembira dan tak merasa kekurangan.
Malah kita sentiasa tak sabar menanti esok untuk kembali bermain.
Keseronokan pengalaman bermain dan kualiti mainan itu jauh lebih PENTING dari soal jumlah mainan dan harga mainan.

🌟Malah jika anda tak punya apa-apa sekalipun untuk di belikan sebagai mainan kepada anak, ketahuilah anak hanya perlukan ibubapanya untuk bermain bersama !🌟
Wang yang di belanjakan dan hadiah yang di belikan TIDAK AKAN MAMPU MENGGANTI masa yang ibubapa luangkan bersama anak.

JANGAN pernah rasa bersalah jika tak mampu dan tak mahu turuti semua kehendak anak membeli setiap permainan yang anak ‘teringin’.

Kerana sebenarnya, ANDAlah mainan paling mahal dan menyeronokkan buat anak.

Kredit: USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN BAYI (Baby Language)

MEMANG SUKA MAIN DAN LAYAN BUDAK-BUDAK.

 

Published by
NuFa