Makan

Herba & Rempah Penambah Perisa Semula Jadi Untuk Makanan Bayi, Mama Boleh Masukkan Dalam Masakan

Share

Herba dan rempah penambah perisa semula jadi untuk makanan bayi, mama boleh masukkan dalam masakan. Seperti yang kita ketahui, garam dan gula tidak disarankan untuk bayi di bawah 1 tahun.

Jadi bagaimana untuk menambahkan perisa dalam makanan anak? Idea ibu ini boleh anda gunakan. Puan Syida Dea Lurve’ A berkongsi 13 rempah dan herba yang digunakan dalam masakan anaknya.

Artikel lain: Wajib Tukar Tekstur Makanan Bayi Ikut Umur, Tak Selamanya Anak Kena Makan Bubur!

Herba & Rempah Penambah Perisa Semula Jadi Untuk Makanan Bayi

Penambahan herba dan rempah menambah kesedapan masakan. Anak jarang sembelit. Mula gunakan dalam masakan anak semasa anak berusia 8 bulan.

Pati kurma digunakan untuk menambahkan rasa manis apabila anak berusia setahun ke atas. Manakala setelah anak 2 tahun barulah boleh diberikan garam.

Mama Boleh Masukkan Dalam Masakan

Berikut ialah jenis-jenis rempah dan herba yang digunakan ibu ini dan kegunaannya.

Oregano ini sedap letak dalam aglio olio. Sesuai juga dimasukkan dalam egg muffin, carbonara, murtabak telur, fritters, daging perap. Semua sedap tapi jangan banyak.

Kalau nak bakar ayam, kentang, nak bagi warna merah-merah ala ayam goreng mamak, boleh gaul dengan parika ini. Rasa tak pedas langsung. Sedap pun sedap. Kalau anak sudah ‘lulus’ dengan capsicum baru boleh guna paprika.

Sesuai untuk membuat sos bolognese. Tabur mix herbs ini. Rasa dan baunya sangat sedap. Menyedapkan sup dalam pasta, dalam baked potato, masak lemak pun sedap. Wangi sahaja.

Sedap dan ada sikit rasa masin. Boleh menambah rasa dalam masakan. Kalau nak buat masak goreng-goreng kunyit, gaul lauk dengan bahan ini dan kunyit. Menyedapkan masakan dan bau yang menyelerakan. Boleh juga dimasukkan dalam masakan yang memerlukan bawang putih.

Tabur lepas pasta sudah siap ‘as garnish’. Boleh tabur atas telur, atas kentang putar, atas kuah-kuah pasta. Sedap dan wangi. Kalau jumpa yang segar lagi sedap tapi kalau tiada, yang ini pun sudah cukup baik.

Sesuai diletakkan dalam perapan atau apa-apa jenis masakan seperti sup, goreng-goreng sayur. Rasa sedap dan berangin.

Serbuk lada hitam ini bertindak sebagai immune booster. Kisar kering halus biji-biji ini.  Setiap kali hendak digunakan, ambil hujung sudu masukkan. Letak dalam sup, marinate, goreng gorengan pun sedap. Letak sedikit sahaja, kalau terlalu banyak akan rasa pedas, anak tak suka.

Sesuai untuk masakan pastri. Rasanya semula jadi manis tapi tidaklah terlalu manis seperti gula. Boleh gaul dengan epal kemudian bakar, buat pie, tabur cinnamon dan tambah madu pun sedap. Boleh masukkan dalam pancake, muffin, tabur atas french toast, atau pastri. Sedap. Sweet and savoury.

Kalau masak sayur goreng boleh tambah. Titiskan sedikitkan minyak bijan (sesame oil) ini.  Baunya ala makanan cina. Masuk dalam bubur pun bau sedap. Boleh guna untuk perapan. Bau masakan akan jadi semerbak.

Madu ini boleh dibeli di kedai makanan sunnah. Sesuai untuk anak-anak yang berusia 1 tahun ke atas.

Fungsi rempah ratus ini seperti cinnamon powder.

Lebih tertumpu pada masakan Itali seperti pasta atau pizza. Lebih kurang mix herbs tapi herba lain. Sedap dan wangi.

Ini jintan. Penambah rasa dalam masakan yang banyak juga gunanya. Selalunya dimasukkan dalam masakan bersama bawang putih. Sedap.

Pemanis yang paling banyak kegunannya dalam masakan. Gunakan sedikit sahaja. Boleh masukkan dalam masakan tom yam untuk seimbangkan rasa masam manis dan pedas seperti kari. Boleh juga dimasukkan dalam masakan seperti pancake, muffin dan juga biskut. Banyak gunanya ketika bayi berumur bawah setahun. Selepas umur anak setahun, boleh guna madu untuk natural sweet.

Sumber: Syida Dea Lurve’ A

Baca lagi: Tak Perlu Guna Santan Kotak, Begini Cara Simpan Santan Segar Untuk Makanan Bayi, Mudah Nak Masak!

Kena Ubah Tekstur Makanan Bayi, Tak Boleh Selamanya Puri!

Resepi Makanan Bayi Cepat Bam-Bam Sesuai Untuk Bayi Usia 6 Bulan

 

Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!

Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.

Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

Published by
Has