Aktres berbakat besar yang mula dikenali melalui watak Orked dalam filem Mukhsin, Sharifah Aryana, dan suaminya, Jad Hanif Jimmy kini sudah bergelar ibu dan ayah!
Anak bongsu kepada pasangan Fatimah Abu Bakar dan Syed Zainal Rashid Al-Yahya ini selamat bersalin pada 7 April yang lepas.
Ads
Berkongsi tentang berita gembira ini di akaun Instagram, Aryana turut memaklumkan yang dia telah melahirkan bayi lelaki seberat 3.2 kilogram (kg) melalui pembedahan.
” He’s here.. 7 April 2023, 3.2kg, emergency c-section.”
Sumber foto: Instagram Sharifah Aryana
Melahirkan rasa syukur kerana semuanya baik-baik saja dan Aryana turut memberitahu dirinya memerlukan sedikit masa untuk pulih semula.
“Alhamdulilah all is fine and I just need some time to heal. Thank you everybody for all the doas and help. I’m so thankful to have the support system that I do. Alhamdulilah syukur.”
Ads
Sumber foto: Instagram Sharifah Aryana
Banyak komen yang ditinggalkan rakan artis untuk mengucapkan tahniah kepada new mommy ini;
Ads
Selamat menjalani tempoh berpantang dengan happy. Semoga segera pulih dan bayi membesar dengan sihat. Tak sabar nak tengok wajah anak pasangan ini dari dekat dan tahu namanya. Tahniah Aryana dan suami!
Bersalin secara indius memang diketahui akan mengakibatkan kesakitan yang lebih berbanding kelahiran biasa. Seperti yang dikongsikan ini di mana proses bersalin memakan masa selama 22 jam.
Proses indius dilakukan dengan dua cara yang berlainan bergantung pada keadaan pangkal rahim atau ripening of the cervix. Indius dilakukan menggunakan pelbagai kaedah seperti ubat-ubatan iaitu Prostaglandin & oxytocin/pitocin. Ada juga yang menggunakan peralatan dan teknik.
Pengalaman yang diceritakan ini boleh dijadikan panduan kepada ibu bapa yang lain yang mungkin akan melalui proses indius. Persediaan mental dan fizikal menghadapinya sangat penting.
SAKIT BERSALIN SECARA INDIUS TIDAK SAMA DENGAN BERSALIN BIASA
KONTRAKSI INDIUS LAIN MACAM, KESAN BERLAINAN KEPADA SETIAP INDIVIDU
Kesakitan yang dialami berlainan dengan bersalin normal. Kontraksi bersalin secara indius lebih menyakitkan dan tahap bukaan serviks juga berbeza. Ketika kontraksi datang, kesakitan tak dapat digambarkan. Kesakitan digambarkan seolah-olah tiang katil pun boleh tercabut dan tiang pun boleh tercabut!
ADA YANG BERAKHIR DENGAN PEMBEDAHAN
Kesakitan yang dilalui dalam tempoh yang lama adakalanya tidak menghasilkan bukaan serviks. Malah ada ibu yang di indius akhirnya berakhir dengan bersalin secara penbedahan. Jadi, mereka akan melalui dua kesakitan iaitu kesakitan kontraksi & luka pembedahan!
TERPAKSA DIBEDAH KERANA SUDAH HILANG TENAGA UNTUK MENERAN
Dikatakan wanita yang melalui kesakitan selepas melalui proses indius juga akan hilang tenaga untuk meneran. Langkah terakhir yang terpaksa diambil ialah pembedahan caesarean.
BANYAKKAN BERZIKIR & MINTA SUAMI YANG MENEMANI INGATKAN
SAKIT INDIUS DIKATAKAN DOSA BANYAK YANG TAK DIAMPUN!
Sangat menyedihkan apabila sakit bersalin kerana indius dalam jangka masa yang lama ini disalah ertikan sebagai balasa kepada dosa yang banyak dan tidak diampun.
PENGALAMAN 22 JAM MENAHAN SAKIT
Dikongsikan juga pengalaman wanita ini bersalin sehingga 22 jam setelah diindius.
NURSE DAN DOKTOR JADI PASUKAN SORAK
Jururawat dan doktor memberikan sokongan walau pun ketika itu ibu berkenaan sudah kehabisan tenaga.
SUAMI SERIK MELIHAT ISTERINYA MERAUNG & MENJERIT
Suami yang menemaninya di dewan bersalin juga tidak sanggup untuk melihat isterinya yang meraung dan menjerit kerana kesan ubat indius sebelum proses kelahiran.
Isteri pengarah popular Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana yang telah selamat melahirkan bayi perempuan dan juga anak kedua mereka pada 16 Mac lalu bersyukur tempoh berpantang berjalan lancar.
Sepanjang tempoh berpantang itu Puteri Sarah bersyukur dah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 13 kilogram dengan melakukan urutan, sauna, bertangas dan bertungku .
“Dalam tempoh berpantang ni, kena betul-betul disiplin barulah cepat dapat hasilnya. Setiap hari dalam tempoh pantang tak pernah tinggal rutin asas untuk berurut dan bertungku.
“Mungkin aktiviti sauna yang dilakukan setiap hari beri hasil cepat di samping makan makanan berkhasiat dan banyak minum air kosong,” kongsinya.
Bukan setakat turunkan berat badan, Puteri Sarah juga gembira kerana wajahnya dah kembali berseri dengan amalan minum minuman sarang burung selain kekal bertenaga untuk memberi susu pada Sumayyah.
Setelah sebulan berada di hospital, wanita mangsa keganasan rumah tangga yang sebelum ini koma dipukul suaminya, Jahidah Nordin, 43, disahkan positif Covid-19 ketika dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban.
Menerusi laporan Utusan, adik Jahidah, Fauziah Nordin, 40, berkata, pihak hospital memaklumkan Jahidah dijangkiti Covid-19 berikutan terdapat kes pesakit lain positif di wad sama sebelum ini.
“Menurut pihak hospital, kakak positif (Covid- 19) tahap dua dan telah dipindahkan ke Wad Covid-19. Sebelum ini, memang ada kes pesakit katil sebelah kakak juga positif Covid-19, tapi saya tidak pasti berapa ramai yang positif dalam wad itu,” katanya.
Menurut Fauziah, dia bimbang memikirkan tahap kesihatan kakaknya tambahan pula Jahidah belum pernah divaksin atas nasihat doktor.
“Dengan keadaan kakak Jahidah macam itu, demam tinggi dengan ‘bedsore’ (kudis) baharu naik di belakang badan lagi. Dia bukan macam orang normal lain tidak boleh bercakap atau merengek kalau sakit.
“Tahun lepas memang doktor tidak berani beri suntikan vaksin Covid-19 pada kakak kerana keadaannya koma,” katanya lagi
Menurut Fauziah, memandangkan Jahidah belum divaksin pihak hospital akan membuat pemantauan selama 10 hari.
Pada 21 Januari lalu, Jahidah dikejarkan ke HTJ dengan ambulans selepas tahap kesihatannya dilaporkan tidak stabil akibat demam, muntah dan nafasnya turun naik.
Jelas Fauziah, dia juga melahirkan kekecewaan apabila berlaku kes Covid-19 dalam wad hospital sedangkan pelawat perlu membuat pemeriksaan pengesahan ujian Covid-19.
“Saya hanya mampu berserah apabila menerima berita kakak positif Covid-19, lebih sedih penjaga tidak dibenarkan masuk sebelum ini,” katanya.
Bayi meragam seolah faham ibu sakit
Fauziah berkata, permata hati Jahidah iaitu bayi lelakinya, J Eshan Nufail yang menginjak dua bulan berada dalam keadaan sihat, namun meragam sejak semalam seolah-olah mengerti ibunya sedang sakit.
“Bayi okay tapi meragam sikit, bila saya tidurkan dan selimutkan guna baju ibunya, dia senyap, mungkin dia rindukan ibunya,” katanya sayu.
Jahidah selamat melahirkan bayi lelaki, J Eshan Nufail secara pembedahan pada 30 November 2021.
Dalam kejadian pada 4 Mei 2021, Jahidah yang menetap di Johor Bahru koma disebabkan kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.
Jahidah pada mulanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan kemudian dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban atas permintaan keluarga dan nasihat pihak hospital.
Sebelum ini pada 17 Jun 2021, suami mangsa, Rosmaini Abd. Raof mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor atas pertuduhan memukul isterinya yang hamil sehingga koma.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang kanak-kanak lelaki mencuri tumpuan ramai kerana keberaniannya membuat aduan mengenai masalah tandas rosak di sekolahnya kepada PMX Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.