Hiburan

Hetty Sarlene Selamat Bersalin Anak Kedua- “Dengan Rasminya Kami Sudah Berempat”

Share

Hetty Sarlene selamat bersalin anak kedua- “dengan rasminya kami sudah berempat” Penyanyi yang cukup sinonim dengan drama bersiri Sembilu suatu ketika dulu, Hetty Sarlene dan suaminya selamat menimang cahaya mata kedua.

Hetty Sarlene Selamat Bersalin Anak Kedua- “Dengan Rasminya Kami Sudah Berempat”

Bayi yang dilahirkan pada Selasa 25 Jun itu diberi nama Hayden Ashton Oakes. Bayi keduanya itu dilahirkan 10 hari lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin. Berita bahagia itu dikongsi sendiri oleh Hetty menerusi laman Instagramnya.

25.6.24 our second bundle of joy decided to make his first appearance 10 days earlier.

We would like to introduce you to our second gorgeous prince Hayden Ashton Oakes. We are Officially family of 4 – tulis Hetty di ruangan kapsyen. 

Terdahulu Hetty dikurniakan anak pertama, Landon Alexander Oakes yang kini berusia 3 tahun selepas empat tahun berkahwin dengan Dani Aaqil atau nama asalnya, Daniel Oakes yang berasal dari London pada 23 Julai 2016.

Hantaran Hetty dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada para peminat dan juga warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya.

 

Sumber: Instagram Hetty Sarlene

Baca artikel lain juga: Hampir 16 Jam Sakit Dalam Dewan Bersalin Berbaloi Hetty Sarlene Syukur Selamat Bersalin Anak Lelaki!

Its A Boy! Usia Kandungan Cecah Lima Bulan, Hetty Sarlene Dedah Jantina Anak Pertama

Selepas 4 Tahun, Hetty Sarlene Suami Bakal Timang Cahaya Mata Pertama. Hadiah ‘Anniversary’ Paling Manis!

 

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 

IKLAN