
Hetty Sarlene semakin berseri-seri sejak jadi ibu dua anak lelaki. Hetty Sarlene, penyanyi yang cukup sinonim dengan drama bersiri Sembilu suatu ketika dulu, berkongsi gambar bersama suami dan anak-anaknya.
Hetty Sarlene Semakin Berseri-seri Sejak Jadi Ibu Dua Anak
Kecomelan dua orang anak lelakinya mencuri perhatian warga maya. Untuk info, Hetty baru sahaja menimang cahaya mata keduanya pada 25 Jun yang lalu. Bayi keduanya itu dilahirkan 10 hari lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin. Berita bahagia itu dikongsi sendiri oleh Hetty menerusi laman Instagramnya.

Anak kedua Hetty diberi nama Hayden Ashton Oakes. Terdahulu Hetty dikurniakan anak pertama, Landon Alexander Oakes yang kini berusia 3 tahun selepas empat tahun berkahwin dengan Dani Aaqil atau nama asalnya, Daniel Oakes yang berasal dari London pada 23 Julai 2016.
Hantaran Hetty mendapat perhatian para peminat dan juga warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya.

Sumber: Instagram Hetty Sarlene
Baca artikel lain juga: Hetty Sarlene Selamat Bersalin Anak Kedua- Dengan Rasminya Kami Sudah Berempat
Hampir 16 Jam Sakit Dalam Dewan Bersalin Berbaloi Hetty Sarlene Syukur Selamat Bersalin Anak Lelaki!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tip Supaya Anak Membesar Dengan Emosi Sihat & Seimbang, Mak Ayah Kena Tahu Pantang Larang Ini

Tip supaya anak membesar dengan emosi sihat dan seimbang, mak ayah kena tahu pantang larang ini. Anak-anak adalah anugerah yang tidak ternilai. Mereka bukan sahaja amanah yang perlu dijaga, malah asas pembentukan masa depan mereka bergantung pada cara kita sebagai ibu bapa membimbing dan mendidik mereka.
Tip Supaya Anak Membesar Dengan Emosi Sihat & Seimbang, Mak Ayah Kena Tahu Pantang Larang Ini
Namun, tanpa kita sedari, ada beberapa perkara yang mungkin kelihatan remeh tetapi sebenarnya memberikan kesan besar terhadap perkembangan emosi anak.

10 pantang larang yang harus dielakkan demi memastikan anak-anak membesar dengan emosi yang sihat dan seimbang:
1. Jangan Libatkan Anak Dalam Konflik Rumah Tangga
Anak-anak tidak sepatutnya menjadi saksi kepada pertengkaran atau konflik antara ibu bapa. Situasi ini boleh menyebabkan mereka berasa tidak selamat, takut, dan keliru. Sebaiknya, selesaikan masalah rumahtangga secara matang tanpa melibatkan anak-anak.
2. Jangan Jadikan Kemiskinan Atau Kekurangan Sebagai Beban Kepada Anak
Walaupun kehidupan tidak selalu mewah, jangan jadikan kekurangan sebagai alasan untuk memarahi atau membebankan anak-anak. Mereka tidak bertanggungjawab atas keadaan kewangan keluarga. Berikan mereka kasih sayang dan sokongan emosi, walau dalam serba kekurangan.
3. Jangan Melepaskan Tekanan Kepada Anak Tanpa Hikmah
Setiap manusia pasti akan melalui tekanan, tetapi itu bukan alasan untuk kita melampiaskannya kepada anak-anak. Jika anda dalam keadaan tertekan, ambil masa untuk bertenang sebelum berinteraksi dengan anak. Hindari memarahi mereka atas perkara kecil atau tanpa sebab yang munasabah.
4. Jangan Bangga Dengan Sikap Kasar Terhadap Anak
Ugutan, tengkingan, atau layanan kasar bukanlah cara mendidik yang berkesan. Malah, ia hanya akan membuatkan anak takut, bukannya menghormati. Gunakan pendekatan yang lebih berhemah untuk mendidik mereka.

5. Jangan Mengabaikan Sokongan Emosi Yang Anak Perlukan
Kadang-kala, anak hanya memerlukan pelukan dan perhatian untuk berasa dihargai. Luangkan masa untuk mendengar cerita mereka, walaupun nampak remeh. Sokongan emosi ini amat penting dalam membentuk keyakinan diri mereka.
6. Jangan Terlalu Mengawal Atau Menakut-nakutkan Anak
Memberikan panduan kepada anak adalah penting, tetapi jangan sampai terlalu mengongkong atau menakut-nakutkan mereka. Berikan mereka ruang untuk belajar membuat keputusan sendiri dan belajar daripada kesilapan.
7. Jangan Mendidik Dengan Kuasa Dan Arahan Semata-mata
Mendidik anak hanya dengan menggunakan kuasa dan arahan menjadikan anda seorang ibu bapa yang diktator. Ia juga akan menyebabkan anak berasa tertekan dan tidak dihargai. Amalkan pendekatan yang lebih mesra dan libatkan anak dalam perbincangan.

8. Jangan Menghukum Secara Berlebihan
Menggunakan hukuman fizikal seperti rotan, tali pinggang, atau batang paip secara berlebihan adalah tidak wajar. Hukuman yang keterlaluan hanya akan menimbulkan trauma kepada anak. Sebaliknya, ajar mereka dengan tegas tetapi penuh kasih sayang.
9. Jangan Layan Anak Seperti Objek Tidak Bernyawa
Anak-anak adalah manusia yang mempunyai emosi dan perasaan. Berempati dengan mereka sebelum memberikan simpati. Fahami keperluan emosi mereka, dan pupuk kasih sayang dengan cara yang positif.
10. Jangan Melarang Anak Mengekspresikan Emosi
Menangis, merajuk, marah, atau melawan adalah reaksi emosi yang normal. Jangan melarang mereka mengekspresikan perasaan ini kerana ia membantu mereka mengenali dan memahami emosi mereka sendiri. Sebaliknya, bimbing mereka untuk mengawal emosi dengan cara yang betul.
Kesimpulan
Sebagai ibu bapa, peranan kita bukan hanya memberi makan dan pakaian, tetapi juga membentuk emosi dan akhlak anak. Berikan mereka peluang untuk meneroka emosi mereka dalam suasana yang positif dan menyokong. Dengan cara ini, mereka akan membesar menjadi individu yang matang, berkeyakinan, dan stabil dari segi emosi.
Ingatlah, apa yang kita lakukan hari ini akan mencorak masa depan anak-anak kita.
Baca artikel lain juga: Peranan Guru Didik Anak Lelaki Di Sekolah
Didik Anak Buat Kerja Rumah, Mereka Akan Jadi Orang Yang Berjaya Bila Dewasa Nanti
Umur 13 hingga 15 tahun, Ibu Bapa Perlu Didik Anak Jadi Orang Yang ‘Reasonable’
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Guru Patut Jadi Pelindung, Bukan Pemangsa” – Guru Didakwa Miliki Bahan Lucah Kanak-Kanak

Seorang guru lelaki berusia 47 tahun di Temerloh telah didakwa memiliki bahan lucah membabitkan kanak-kanak—satu berita yang menggemparkan dan menyayat hati. Lebih menyedihkan, tertuduh merupakan pendidik, insan yang sepatutnya menjadi pelindung dan pembimbing kepada anak-anak kita.

Kes ini membabitkan tiga pertuduhan, dengan barangan bukti termasuk telefon bimbit dan komputer riba yang mengandungi kandungan tidak senonoh melibatkan kanak-kanak. Tertuduh mengaku tidak bersalah dan dibenarkan jaminan oleh mahkamah.
Apa Yang Perlu Ibu Ayah Perlu Tahu?
Dalam dunia digital hari ini, keselamatan anak bukan sahaja di luar rumah, tapi juga di skrin kecil yang kita benarkan mereka guna setiap hari. Kes seperti ini membuka mata ramai—bahawa ancaman boleh datang dari sesiapa saja, hatta dari orang yang dipercayai.

5 Tindakan Proaktif Untuk Ibu Ayah Boleh Buat,
Pantau siapa anak berinteraksi – Bukan hanya kawan sebaya, tapi juga guru dan orang dewasa lain.
Semak kandungan peranti anak secara berkala – Ajar anak kita bukan untuk sorok apa yang mereka tonton atau simpan.
Ajar anak tentang sentuhan selamat dan privasi badan – Ini bukan topik tabu, ia tentang perlindungan diri.
Tanya anak soalan terbuka – “Ada tak sesiapa buat kamu rasa tak selesa hari ni?”
Simpan rekod dan lapor segera jika ada kelakuan mencurigakan – Lebih baik ‘terlebih peka’ daripada menyesal kemudian.
Ibu Bapa Bukan Paranoid, Tapi Prihatin

Peranan ibu bapa zaman sekarang menuntut lebih kepekaan digital. Bila pendidik sendiri terpalit dengan tuduhan seperti ini, ia sepatutnya menjadi wake-up call untuk sistem pendidikan dan komuniti.
Sebarkan kesedaran. Lindungi anak kita. Jangan anggap ia isu terpencil—ini mungkin dekat dengan kita lebih daripada yang kita sangka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Hidayah Perlu Dicari Bukan Ditunggu.” Suami & Anak Kekuatan Mia Ahmad Jadi Lebih Baik

Sebelum ini, pelakon Mia Ahmad mengakui penghijrahannya ke arah lebih baik mendapat respon positif dan tak kurang juga yang turut memberi kata-kata kurang menyenangkan.
Namun ibu kepada sepasang cahaya mata dan kini sedang mengandung anak ketiga tidak ambil hati dengan kata-kata tersebut biarpun ada yang menyatakan bertudung labuh seolah-olah seperti gaya mak cik-mak cik.
Menurut Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, proses hijrahnya bermula selepas dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja dari sebuah syarikat penerbangan.
ARTIKEL BERKAITAN [“Orang Cakap Tudung Labuh Macam Makcik.” Mia Ahmad Anggap Niatnya Kerana Allah]

Menerusi dua hantaran di laman Instagram, ketika itu dia masih mencari tujuan sebenar dalam hidup sebelum dipermudahkan satu persatu sepanjang menjalani proses tersebut.
Kita semua ada zaman kegemilangan itu. As for me, my hijrah starts after I resigned dari sebuah syarikat penerbangan dengan uniform skirt merah.
“Waktu tu I masih mencari cari diri I sebenarnya tapi sebab basic pengetahuan ilmu agama yang diberi oleh my parents dari kecik. I tahu perubahan besar ni akan memberi impact besar juga dalam hidup I…
“Betul lah bila kita menuju ke jalan Allah, satu satu Allah buka kan jalan untuk kita. Lepas tu tak berhijab lagi tapi niat tu dah ada..
“…cuma kerja dah tak ada waktu tu dengan commitment yang tinggi, hutang credit card lagi nak bayar. memang saya lost tapi saya percaya dengan rezeki dan pertolongan Allah SWT,” tulisnya.

Bercerita lanjut, pelakon drama Jejak Karmila itu mengakui sukar untuk beristiqamah apatah lagi membawa kerjaya sebagai anak seni yang menguji tahap keimanan kepada Allah SWT.
“Saya cuba nasib pergi casting dan adala beberapa job TVC yg saya dapat. And buat ‘extra’ sampai lah dapat offer untuk pegang watak heroin.
“Along the way tu iman turun naik juga rasa susah nak istiqomah,” kata isteri kepada penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi itu.
Bagaimanapun, ibu kepada sepasang cahaya mata itu menyifatkan penghijrahan berkenaan adalah langkah terbesar diambil demi memperoleh tujuan sebenar dalam kehidupan.
“Inilah antara perjalanan kehidupan saya. Saya bukan suci malah jauh lagi nak jadi orang yang baik.

“Tapi big step yang saya ambil tu lah (hijrah) memberi saya satu arah dan tujuan sebenar kehidupan yang saya cari.. Hidayah perlu dicari bukan ditunggu,” ujarnya lagi.
Kredit: Instagram Mia Ahmad & OMM
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Daftar segera di SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


