Insan istimewa bergelar ibu. Selalu kita dengar tentang ibu-ibu yang bekerjaya, ibu-ibu yang sempurna fizikal dan berjaya tapi jarang sangat kan kita dengar cerita tentang insan-insan yang istimewa bergelar ibu.
Kisah seorang ibu, Puan Hannah Mahfar yang disahkan menghidap kanser tulang rawan dan tumor di belakang lutut sehingga perlu dipotong dari tengah peha benar-benar mengubah hidupnya sebagai ibu tiga anak.
Ketabahan ibu ini yang diuji menghidap kanser ketika mengandungkan anak ketiga dan menjalani pembedahan selepas 6 bulan bayi dilahirkan.
Alhamdulillah saya baru setahun bergelar insan istimewa selepas disahkan doktor saya menghidap kanser tulang rawan dan tumor (ketumbuhan) di belakang lutut kaki kiri saya.
Kaki kiri saya terpaksa dipotong dari tengah peha untuk selamatkan nyawa saya. Alhamdulillah setiap apa yang berlaku semua Allah dah tentukan kita tinggal lalu je sebenarnya kan. Jangan malu dengan diri sendiri kalau kita ada kekurangan. Sebenarnya kekurangan akal atau fizikal itulah saham pahala akhirat bagi kita sebab kesabaran dan kesusahan yang kita lalu..
Untuk pergetahuan semua saya kena kanser waktu mengandung anak no 3. Dan buang kaki waktu baby saya 6 bulan. Waktu tu anak no 1 umur 5 tahun no 2 umur 2 tahun lebih.
Selepas 3 bulan buang kaki saya mengalami major depresi. Saya dan suami pergi kaunseling dan pergi berubat. Alhamdulillah sekarang ni makin pulih.
Sebenarnya apa saja kesakitan dan kesusahan yang kita lalu semuanya bukan tentang kita saja tapi tentang orang keliling kita jugak. Bila kita sakit keluarga, suami, anak-anak juga terkesan. Memang perlukan masa untuk kita dan orang keliling paham dan terima keadaan kita.
Bukan mudah tapi setiap ujian sebenarnya mematangkan kita dan merapatkan lagi hubungan kita.
Hakikatnya semua ibu-ibu atas dunia ni semuanya istimewa. Bukan mudah jadi isteri dan ibu kan. Ibu-ibu semua anda hebat!
Kredit: Hannah Mahfar
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)