Nama pereka fesyen terkenal tanah air, Dato’ Rizalman Ibrahim memang tak perlu diperkenalkan lagi. Hasil rekaananya menjadi pilihan ramai dari Kerabat Diraja, VIP dan juga orang biasa.
Aktif mengemaskini segala perihal diri di media sosial, pastinya figura ini mempunyai ramai peminat yang menjadikan dirinya idola untuk diikuti dan dicontohi. Antara salah seorang peminat Dato’ Rizalman yang mendapat perhatian beliau adalah seorang kanak-kanak istimewa, Airen Nurain atau lebih mesra dipanggil Ain.
Justeru mereka sedaya upaya mahu menunaikan hasrat Ain sebelum dia menjalani rawatan. Ini kerana, keadaan kesihatan Ain sudah merosot dengan penyakit yang sedang dihidapinya itu.
Disebabkan penyakit yang dihidapi, Ain mengalami masalah penglihatan yang terjejas teruk dan kemungkinan bakal buta. Disebabkan itu ahli keluarganya mahu segera menunaikan impian anak kecil ini supaya dapat bertemu dengan idolanya.
Tersentuh dan simpati dengan nasib Ain, pereke fesyen tersebut telah mengaturkan satu pertemuan bersama peminat ciliknya. Namun, di awalnya perkara itu dirahsiakan daripada kerana mahu memberikan kejutan.
Siapa yang tidak gembira apabila impian untuk bertemu idola yang selama ini hanya dapat ditatap di media sosial terlaksana. Dalam rakaman yang dikongsi, Dato’ Rizalman dan Ain saling mengalirkan air mata dengan pertemuan tersebut.
Lebih membuatkan Ain terharu, Rizalman turut memberikan jemputan khas buat Ain hadir ke konsert Kesuma Jiwa, membuat air mata Ain terus mengalir dengan layana istimewa yang diberikan oleh idolanya.
Sumber: Rizalman71 & Airen_lerr