Bagi golongan dewasa, gejala seperti selesema, hidung tersumbat dan berair, sakit kepala, rasa sakit di kawasan dahi dan muka (terutama ketika dalam keadaan menunduk) merujuk kepada gangguan sinus atau resdung yang serius.
Begitupun, semua simptom dan rasa sakit ini mudah disampaikan kepada doktor yang merawat. Berbeza dengan kanak-kanak, gejala sinus hanya boleh dikenal pasti dan disahkan dengan melakukan pemeriksaan terperinci termasuk imbasan sinar-X dan pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan).
Dalam satu perkongsian oleh Dr Ezairy M Sallih, Doktor Telinga, Hidung & Tekak (ENT), jika tanda-tanda seperti kerap bersin, hidung tersumbat dan kadang kala berlaku pendarahan pada hidung, ibu ayah boleh lakukan perkara-perkara seperti yang disarankan. Ia mudah, selamat dan amat penting sebelum membawa si kecil anda ke klinik atau fasiliti kesihatan yang berdekatan.
Anak Baru Lima Tahun, Nampak Sihat Tapi Hidung Selalu Berdarah
Anak ini baru berusia lima tahun. Aktif. Berlari-lari. Nampak sihat luarannya. Namun, ada satu masalah yang tidak pernah hilang pada beliau.
Setiap kali ia berlaku, mana-mana ibu pasti akan berasa panik, bimbang, risau dan takut. Hampir setiap bulan, hidung anak kecil ini akan mengeluarkan darah. Tiba-tiba. Tak ada hujung pangkalnya. Tidak semena-mena.
Ads
Apabila saya tanya lebih dekat dengan si ibu, bagaimana sejarah keluarga, apakah ada masalah lain yang berlaku, bagaimana pula dengan telinga, hidung, mata dan keseluruhan tahap kesihatan anak itu, barulah saya mendapat jawapan.
Anak Sering Bersin, mata berair, kadang pendengaran juga terganggu
Setiap pagi anak ini akan mengalami gejala bersin yang sukar untuk diberhenti. Hidungnya akan sering tersumbat, mata kerap berair, jika keadaan lebih teruk, pendengaran juga akan terganggu.
Setiap bulan juga akan berlaku pendarahan daripada hidung. Kadang-kadang malam, ada itu waktu siang. Boleh juga berlaku secara tiba-tiba ketika sedang tidur. Pendek cerita, masalah resdung yang tidak terkawal memang boleh menyebabkan pendarahan hidung berlaku!
Ads
Jika ini berlaku kepada anda, apa kalian akan lakukan di rumah?
“Saya akan bawa anak saya ke sinki atau bilik air, basuh hidungnya bersih-bersih. Kemudian, suruh dia dongakkan kepala supaya darah itu tidak lagi keluar.” Jawab ibu muda ini.
Ikut Langkah Ini Jika Si Kecil Anda Diserang Resdung Yang Serius
Ibu-ibu, ayah-ayah atau cikgu-cikgu di luar sana, apabila kejadian ini berlaku di depan mata anda, sama ada di rumah, di sekolah atau di mana-mana sahaja, lakukanlah langkah-langkah bijak ini. Mudah, selamat dan amat penting sebelum pesakit dibawa ke fasiliti kesihatan terdekat.
Ads
Bertenang. Ini amat penting supaya anda mampu melakukan dan bertindak mengikut langkah seterusnya. Kalau anda gelabah, apa-apa perkara pun tidak akan jadi.
Tekan atau ‘pinch’ bahagian luar hidung pesakit. Lakukan selama sepuluh minit tanpa henti. Minta pesakit bernafas melalui mulut. Langkah ini akan menghalang darah daripada terus keluar daripada depan hidung.
Tundukkan kepala pesakit. Ini penting bagi mengelakkan darah daripada mengalir ke belakang, masuk ke saluran pernafasan dan seterusnya disedut ke paru-paru. Jangan dongakkan kepala. Ini amat berbahaya!
Letak ais pada bahagian dahi pesakit. Ini juga bertujuan bagi mengawal pendarahan daripada terus berlaku.
Ulang langkah-langkah ini jika pendarahan semakin berkurang.
Jika tiada tanda-tanda pendarahan akan berhenti, segera bawa pesakit ke hospital. Langkah kecemasan perlu dilakukan oleh doktor.
Semoga tip ini berguna untuk kita semua. Jom kita saling berpesan. Sebarkan ilmu ini supaya lebih ramai mendapat manfaat.
Dr Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak (ENT)
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ameera Zaini berkongsi tips bagaimana dia telah berjaya wean off atau menghentikan penyusuan susu ibu kepada anak. Mudah rupanya tapi ibu mesti konsisten dan cekal.
Bagi ibu yang menyusukan anak, memang agak sukar untuk memutuskan penyusuan susu ibu. Ini kerana penyusuan susu ibu bukan sekadar memberikan susu tetapi ia melibatkan ikatan emosi antara ini dan anak.
Ameerai berkongsi tip di Instagram tentang caranya memutuskan penyusuan susu ibu dengan anaknya, Mateen yang kini berusia 2 tahun 2 bulan.
Sebelum ini Ameera mengakui yang dia sudah pun menggunakan pelbagai cara untuk menghentikan penyusuan kepada Mateen.
Selalunya apabila masuk ke dalam kereta Mateen akan meminta susu. Apa yang dilakukan pengacara ini ialah buat-buat menangis dan sakit. Kata nak pergi jumpa doktor. Tak lama kemudian anaknya tertidur sendiri.
Selalunya Mateen akan cuba memujuk Ameera untuk menyusu dengan perlahan, tak mahu ibunya sakit.
Penularan pandemik Covid 19 yang boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa ada simptom sedikit sebanyak menimbulkan rasa risau ibu-ibu yang bakal bersalin dalam tempoh PKP dilaksanakan.
Justeru mungkin ada yang memilih untuk bersalin di rumah sendiri kerana bimbang diri dan bayi akan dijangkiti virus tersebut sekiranya keluar dan bersalin di hospital. Dr Maiza Tusimin, Pakar Obstetrik dan Ginekologi dari Prince Court ketika sesi live bersama Majalah Pa& Ma menegaskan, ibu-ibu hamil jangan sesekali mengambil risiko dengan berbuat demikian.
Menurutnya ramai ibu-ibu hamil yang bertanyakan keadaan tersebut kepadanya. Namun nasihatnya tidak perlu risau kerana pihak klinik dan hospital sudah mengambil langkah-langkah pencegahan ketika merawat para pesakit yang hadir.
“Mungkin ada ibu-ibu yang takut nak ke klinik memandangkan bimbang dijangkiti, tapi usah risau kerana pihak klinik sudah mengambil langkah-langkah melakukan keselamatan. Pakai mask jika selesema atau batuk. Jika tiba-tiba batuk ketika sampai di klinik, ikut etika atau cara batuk yang betul. Jangan harapkan kepada doktor dan petugas kesihatan semata-mata. Kita sendiri kena alert dan menjaga diri.
“Jangan sesekali ambil risiko untuk bersalin di rumah kerana di rumah tiada petugas kesihatan yang boleh memantau proses bersalin. Jika tidak sempat ke hospital yang telah dipilih untuk bersalin, pergi sahaja ke mana-mana hospital berdekatan.
Jujur dan maklumkan jika ada kontak rapat atau gejala
“Jangan pula tertinggal buku kehamilan yang ada rekod kesihatan anda. Paling penting tolong jujur dan maklumkan kepada doktor jika ada masalah kesihatan seperti demam, batuk dan sebagainya. Jangan lupa juga untuk maklumkan jika ada kontak rapat dengan pesakit Covid-19 juga amatlah perlu dimaklumkan.”
Tambahnya lagi ibu yang bakal bersalin tidak perlu risau kerana prosedur untuk ibu bersalin yang akan dibuat ketika musim pandemik ini juga sama seperti waktu lain, Cuma jika ibu tersebut positif Covid, cara pengendalian yang akan dibuat mungkin berbeza.
“Jangan risau kerana setiap rawatan dan prosedur untuk melahirkan anak yang diberi semuanya sama, Cuma cara nak handle kes jika ibu positif Covid akan berbeza. Petugas kesihatan perlu memakai PPE sebagai langkah pencegahan supaya tidak dijangkiti kepada bayi dan juga orang sekeliling. Namun jika ibu tiada Covid, prosedurnya adalah seperti biasa.”
Ibu tidak boleh jangkiti bayi dalam kandungan
Turut ditanya apakah ibu hamil boleh mengjangkiti anak dalam kandungan, jelas Dr Maiza berdasarkan pemerhatian saintifik, tiada pemindahan virus secara langsung dari ibu kepada bayi. Yang ada Cuma melalui kontak langsung.
“Berdasarkan pemerhatian saintifik, tiada pemindahan virus direct dari ibu kepada baby. Yang ada Cuma melalui contact direct, misalnya selepas bersalin ibu positif dan terbersin, maka keadaan itu yang memungkinkan si kecil dijangkiti virus tersebut.”
Diharap dengan apa yang dijelaskan oleh Dr Maiza sedikit sebanyak memberikan kelegaan buat ibu-ibu yang bakal melahirkan. Jaga diri, amalkan langkah pencegahan dan jangan lupa untuk buat pemeriksaan berkala seperti biasa. Teruskan berdoa semoga penularan wabak ini dapat dibendung dan kita semua dapat menjalani kehidupan normal seperti dahulu.
Semoga ibu-ibu yang bakal melahirkan dipermudahkan segala urusan dan segalanya berjalan dengan lancar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lepas seminggu Nora Danish melahirkan anak, ada peminat seakan-akan tak berpuas hati apabila melihat gambarnya keluar bersama Nedim dan anak, Mohamed Neqyal atau Ney Ney.
Ada yang berpendapat Nora Danish tidak mengambil berat bab penjagaan dalam pantang dan boleh mengundang bahaya pada dirinya kerana Nora Danish bersalin secara pembedahan. Sepatutnya dia perlu rehat yang cukup dan tak boleh ambil mudah.
Bagaimanapun, dalam entri instagramnya sebelum itu, Nora Danish ada memuat naik status yang dia sebenarnya keluar melakukan pemeriksaan kesihatan Ney Ney di hospital.
Mungkin ramai peminat salah sangka sebab penampilannya yang seolah-olah seperti keluar berjalan-jalan sehingga mengundang ketidakpuasan hati netizen.
Apa-apa pun jangan cepat membuat andaian jika kita tak tahu apa disebaliknya yang berlaku.
Malah nasihat yang diberikan oleh pengikut Nora Danish di Instagram mengenai bab penjagaan dalam pantang ada betulnya. Diharapkan Nora Danish cepat sihat bersama Ney Ney.
Sumber: Instagram Nora Danish
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menulis sememangnya memerlukan kekuatan tangan kemahiran sejak awal. Disebabkan itulah anak kecil kita perlu dilatih lebih awal untuk memegang pensil dan dapat menulis dengan baik.