Kenaikan kos harga barang dan kos sara hidup yang semakin meningkat ditambah dengan jumlah anak pastinya buat kehidupan hari ini makin keras.
Menurut anggaran Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW), sebuah keluarga dengan tiga anak di kawasan bandar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memerlukan sekitar RM7,641 sebulan! Ini bermakna setiap ibu atau bapa perlu memperoleh gaji sekitar RM3,820 seorang.
Adakah jumlah ini dicapai oleh setiap isi rumah terutama yang mempunyai anak yang ramai? Tentu sahaja tidak mencukupi bukan.
Kadar PAKW juga menetapkan perbelanjaan minimum bagi makanan di Kuala Lumpur pada RM467 seorang sebulan, berdasarkan piramid makanan Kementerian Kesihatan yang menentukan kalori harian yang diperlukan.
Namun, anggaran ini tidak termasuk pilihan makanan yang lebih mahal yang mungkin diingini oleh pengguna untuk gaya hidup lebih sihat.
Ads
Nak tahu berapa anggaran kos hidup mengikut keperluan keluarga anda? Layari https://mypakw.dosm.gov.my/ dan kira sendiri untuk melihat bagaimana realiti kos hidup ini mempengaruhi kehidupan harian kita.
MyPAKW merupakan salah satu laman sesawang yang berfungsi untuk mengira perbelanjaan asas kehidupan wajar berdasarkan kepada dua faktor utama iaitu lokasi dan ciri-ciri demografi seperti umur, jantina dan saiz isi rumah.
Jika anda tinggal di lokasi lain seperti yang dinyatakan di atas, anda pun boleh juga membuat kiraan seperti berikut:
2. Kemudian, pengguna perlu memasukkan maklumat lokasi pada ruangkan negeri, daerah dan lokaliti serta maklumat ahli isi rumah iaitu bilangan ahli isi rumah, umur dan jantina. Contoh maklumat yang telah diisi;
3.Setelah selesai mengisi maklumat pada ruangan, klik pada tanda ‘Kira’ untuk mengetahui jumlah pendapatan sepatutnya yang diperlukan oleh anda.
4.Manakala tekan ‘Reset’ untuk set semula ruangan maklumat.
Ads
5.Paparan jumlah pendapatan asas kehidupan akan dipaparkan pada skrin telefon bimbit atau komputer anda seperti ini.
Perkongsian di Instagram milik pengasas HijabistaHub, atas nama Wanielena, mencuri perhatian warganet apabila memuat naik beberapa keping gambar dan video model menggayakan koleksi busana nikah serta kahwin terbaru.
Apa yang lebih mencuri tumpuan, model yang memperagakan busana indah itu bukan calang-calang orang, sebaliknya penyanyi popular Amira Othman, yang cukup dikenali dengan lagu Dalam Sujudku dan Bila Nak Kahwin.
Video yang dikongsikan itu berulang kali ditonton semula oleh netizen yang rata-rata terpesona melihat penampilan Amira dalam persalinan serba putih dengan solekan manis dan gaya anggun bagaikan pengantin sebenar. Ada yang berseloroh, “Nanti kahwin makeup sweet macam ni lah!”
Tidak kurang juga yang mula ‘membaca’ tanda, seolah-olah Amira memberi bayangan dirinya bakal menamatkan zaman bujang pada usia 32 tahun. Malah ramai yang mengimbas kembali pengakuannya sebelum ini, bahawa dia pernah menyasarkan usia 26 tahun dan 30 tahun untuk berkahwin. Namun, kata Amira, kini dia lebih tenang dan bersabar, percaya bahawa soal jodoh adalah aturan terbaik daripada Tuhan.
Sedikit gosip lama turut kembali disebut warganet Amira pernah dikaitkan dengan aktor terkenal Fattah Amin, tetapi kedua-duanya pernah tampil menjelaskan bahawa hubungan itu hanyalah urusan kerja semata-mata.
Apa pun, peminat lebih selesa melihat sisi positif penyanyi ini yang sentiasa mesra dengan keluarga, sekaligus mendoakan agar pintu jodohnya dipermudahkan.
Kerajaan Pahang mengetatkan larangan Perintah Kawalan Pergerakan dengan menutup beberapa premis perniagaan bermula jam 7 malam di lima daerah positif COVID-19 bermula Sabtu ini.
Antara premis yang perlu menutup operasi bermula jam 7 malam ialah kedai serbaneka 24 jam, kedai makan dan stesen minyak.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata lima daerah itu ialah Kuantan, Pekan, Jerantut, Temerloh dan Bentong berikutan jumlah keseluruhan kes terbaru dicatat pada hari ini ialah 32 kes.
“Penutupan ini bermula jam 7 malam sehingga 7 pagi. Cameron Highlands sudah melaksanakan arahan penutupan premis bermula jam 7 malam sejak semalam,” katanya dalam satu sidang media di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.
Beliau berkata, orang ramai diharap dapat mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan dengan kekal di rumah masing-masing bagi memastikan tiada peningkatan kes yang ketara dalam masa terdekat.
Sementara itu, katanya, kerajaan negeri menyediakan peruntukan khas sebanyak RM2 juta sebagai bantuan khas kepada golongan yang terjejas sumber pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan, berikutan penularan wabak COVID-19.
Katanya, peruntukan menerusi Kerajaan Negeri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu akan diperincikan kemudian.
“Kerajaan negeri juga akan mempercepat Bayaran Bantuan Am (Peruntukan Kerajaan Negeri) bulanan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri yang membabitkan 2,895 penerima.
“Ini bermakna Bayaran Bantuan Am (Peruntukan Kerajaan Negeri) untuk bulan April akan dipercepat pembayarannya pada 27 Mac 2020 ini.
“Selain itu, bagi meringanan beban penyewa premis perniagaan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), pihak PKNP akan memberikan kelonggaran tempoh bayaran sewaan premis,” katanya.
Dalam membina sesebuah keluarga, antara tanggungjawab paling besar ibu bapa adalah memastikan pendidikan anak-anak terjamin.
Setiap fasa pembesaran mereka dari kecil hinggalah ke alam remaja merupakan peluang membentuk karakter, kemahiran dan masa depan.
Justeru, bila ada cadangan seperti yang dibangkitkan oleh Datuk Seri Rafizi Ramli berkenaan sistem pendidikan negara, pastinya ia membuka perbincangan hangat di kalangan keluarga Malaysia.
Dalam satu sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat, bekas Menteri Ekonomi dan Ahli Parlimen Pandan itu mencadangkan agar umur persekolahan dihadkan sehingga 16 tahun sahaja. Katanya:
“Sekolah mesti berakhir lebih awal pada umur 16 tahun… kerana satu, kita negara menua. Keduanya, supaya anak-anak kita dapat mula menyertai sektor pekerjaan dengan lebih awal pada umur 21 tahun.”
Ujar beliau, idea ini bukan sekadar untuk mempercepatkan penyertaan anak muda dalam tenaga kerja, malah merupakan satu langkah proaktif menangani isu penuaan populasi negara.
Namun dalam masa yang sama, Rafizi turut menekankan bahawa fokus sebenar RMK13 kali ini adalah pada pendidikan awal kanak-kanak, bukan lagi pembangunan mega mahupun angka-angka ekonomi.
Dalam hal ini, beliau menekankan kepentingan menyediakan perkhidmatan pra sekolah yang universal untuk kanak-kanak seawal usia lima tahun.
Beliau juga memberi peringatan tegas bahawa jika pendidikan awal tidak diberi perhatian, murid akan mula ‘ketinggalan’ seawal Darjah Satu dan ini akan memberi kesan berpanjangan.
Sebagai ibu bapa, adakah kita bersedia dengan perubahan ini? Adakah kita bersedia melepaskan anak tamat sekolah pada usia 16 tahun, dan bersaing dalam dunia kerja lebih awal? Atau patut kita fokus terlebih dahulu kepada kekuatan sistem early childhood education agar asasnya cukup kukuh sebelum membuat perubahan drastik seperti pemendekan tempoh sekolah. Apa pun, pastinya setiap ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tragedi kanak-kanak 5 tahun lemas selepas majlis graduasi tabika ini mengundang pilu dan menjadi peringatan penting tentang keselamatan air. Ketahui kronologi, luahan keluarga dan langkah pencegahan.