Negara pernah dikejutkan dengan satu tragedi memilukan apabila berlaku kemalangan tragis di hadapan UiTM Dungun, yang meragut nyawa tiga sahabat dalam sekelip mata, manakala seorang lagi terselamat.
Walaupun kejadian ini sudah berlalu hampir enam bulan, peristiwa tersebut masih meninggalkan kesan mendalam di hati rakyat Malaysia, khususnya mereka yang mengikuti rapat perkembangan tragedi ini.
Hari ini, Majalah Keluarga berpeluang menemubual secara eksklusif pelajar yang terselamat, iaitu Mohd Ammar Danish Mohammad Ridhuan. Ikuti luahan hati adik Ammar yang pastinya menyentuh jiwa, penuh dengan rasa kehilangan dan kesyukuran. Semoga perkongsian ini menjadi iktibar dan pengajaran buat kita semua.
Dengan nada suara yang tenang namun jelas bergetar menahan sebak, Ammar Hakim bin Ahmad Faiz memulakan kisahnya. Beliau membawa kami kembali ke detik cemas itu saat segalanya berubah dalam sekelip mata. Setiap bait kata yang dilafazkan penuh rasa kehilangan, namun tetap disulami kesyukuran kerana masih diberi peluang untuk terus bernafas.
“Saya buka mata, rasa macam dalam longkang…”
Itulah detik yang Ammar sedar dari kemalangan ngeri itu. Dunia seakan kelam, suara jeritan bergema di sekelilingnya. Dalam kekeliruan dan sakit, Ammar mendengar ayat yang meremukkan hati, ‘tiga orang mati.’
Dia bertanya dalam hati, “Siapa yang mati? Bukankah kami berempat bergerak bersama?” Namun sakit di tubuhnya mengingatkan Ammar ini bukan mimpi.
Menurut Ammar, keadaan dirinya masih separa sedar. Katanya mungkin hentakan yang kuat. Namun Ammar tetap tabah, walau dalam kekeliruan tentang apa sebenarnya yang berlaku.
Ads
Doktor bertugas memberitahu kepadanya bahawa dia dan tiga kawannya telah dirempuh oleh kendeeraan CRV. Berita yang paling menyedihkan doktor berkenaan memberitahu tiga kawannya telah meninggal dunia.
“Saya tahu, tapi dalam hati saya tetap rasa kosong, clueless… tak percaya semua ini berlaku.”
KELUARGA SANGKA AMMAR MENINGGAL DUNIA
Hati ibu ayah mana yang tidak keruan apabila mendapat tahu anak tersayang dikatakan terlibat dalam nahas ngeri.
Menurut ibu saudara Ammar, Cik Mawar Sharif, mereka mendapat berita itu menerusi media sosial yang dikongsi orang ramai. Malah nama anak saudaranya turut disebut terlibat dalam nahas itu.
Namun dalam keadaan kelam itu, Allah hadirkan cahaya. Khabar indah apabila Ammar disahkan terselamat namun cedera.
Ads
“Ammar masih hidup. Alhamdulillah, dia selamat, walau cedera.”
Tangisan syukur bercampur pilu. Keluarga bergegas ke hospital, dengan hati penuh debaran. Ammar, walaupun tubuhnya penuh luka, tetap tersenyum menerima kehadiran orang tersayang.
Hidup Dengan Kenangan
“Saya hidup, tapi saya bawa semangat mereka — Kiril, Wak, Adib — dalam setiap langkah saya.”
Kisah Ammar mengajar kita tentang rapuhnya kehidupan, tentang kasih sayang yang tidak pernah mati, dan tentang keajaiban sebuah peluang kedua.
Ads
Dalam gelap paling dalam sekalipun, Allah tetap hadirkan sinar. Setiap hela nafas adalah nikmat, dan setiap detik bersama insan tersayang adalah hadiah terindah.
Dalam pada itu, Ammar tidak pernah lupa untuk berterima kasih kepada insan-insan yang menjadi penyambung nyawanya pada hari yang paling gelap dalam hidupnya.
“Terima kasih juga kepada semua yang membantu, keluarga, kawan-kawan, dan semua yang mendoakan saya tanpa henti, yang datang ziarah, yang kirimkan semangat dan doa walaupun saya tak sempat balas satu-satu.”
“Saya hidup hari ini untuk terus menghargai peluang kedua yang Allah berikan, dan untuk terus membawa doa dan kenangan sahabat-sahabat saya yang telah pergi. Terima kasih semua. Hanya Allah yang mampu balas kebaikan kalian.
CERITA PENUH DI SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kemunculan anak pasangan selebriti dan usahawan berjaya, Neelofa dan PU Riz, Muhammad Bilal sentiasa dinantikan oleh peminatnya.
Namun sekian lama menanti wajah comel Bilal, kelibat anak kesayangan pasangan ini hanya muncul sipi-sipi di Instagram ibunya.
Terbaru, Muhammad Bilal yang kini sudah pun berusia lapan bulan kini sudah pun didedahkan dengan pelbagai jenis rangsangan di rumahnya.
Melalui Insta Storynya, Neelofa turut memuat naik video comel Bilal yang begitu teruja.
“Masyaallah ada orang tu happy sangat at his first class,” tulisnya dikapsyen.
Menerusi kapsyen yang dikongsikan oleh Neelofa, Bilal memulakan kelas pertama dengan mengenal jenis haiwan melalui alunan lagu dan lampu-lampu.
Ternyata anak kecil itu begitu teruja hingga melompat-lompat kala di pasangkan lagu dengan intonasi yang sesuai ditambah pula dengan lampu-lampu yang menarik perhatian. Nampak Bilal cukup teruja dengan sesi pertama itu.
Dalam pada itu, perkongsian video yang dimuat naik oleh akaun kelab peminat Neelofa itu turut mendapat perhatian ramai.
Terdahulu, Muhammad Bilal dilahirkan pada 29 Januari yang lalu dan kini Bilal sudah pun berusia lapan bulan.
Tentu ramai yang gemar makan buah naga merah atau putih. Namu tahukah anda bahawa ini sebenarnya ada perbezaanya khasiat.
Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad menerusi halaman facebooknya
Warna yang berbeza antara buah naga merah dan buah naga putih disebabkan oleh pigmen yang terdapat dalam daging buah tersebut:
Buah Naga Merah mengandungi pigmen yang dipanggil betalain. Betalain adalah pigmen yang memberikan warna merah atau ungu pada buah naga merah. Pigmen ini juga terdapat dalam bit dan beberapa jenis bunga. Buah ini memberi rasa sedikit manis dan masam.
Buah Naga Putih mengandungi pigmen yang lebih sedikit atau tiada betalain, menyebabkan isi buahnya berwarna putih. Warna putih ini adalah hasil daripada kandungan pigmen yang rendah. Rasa buah ini lebih tawar.
Pigmen ini bukan sahaja memberikan warna yang menarik tetapi juga mempunyai sifat antioksidan yang bermanfaat untuk kesihatan.
Kedua-dua jenis buah naga mempunyai kandungan nutrisi yang hampir sama, iaitu mengandungi vitamin dan mineral penting seperti vitamin C, serat, dan antioksidan.
Namun, buah naga merah cenderung mempunyai lebih banyak antioksidan berbanding buah naga putih.
Kedua-dua buah naga merah dan putih membantu melancarkan sistem pencernaan, mencegah kerosakan sel tubuh, menurunkan kadar kolesterol, meningkatkan kekebalan tubuh, dan menjaga berat badan.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi menghargai kesabaran mak ayah mendidik anak-anak istimewa atau kurang upaya (OKU) atau pemilik kad OKU itu sendiri boleh memohon untuk mendapatkan road tax percuma dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan ini merupakan salah satu kelebihan kad OKU yang masih ramai tidak tahu.
Perkongsian seorang ibu yang berkongsi mengenai hal ini dan cara-cara untuk memohonnya boleh dijadikan panduan buat semua. Jangan ketinggalan!
Untuk ibu bapa semua, ini merupakan salah satu kelebihan jika anda daftar untuk kad OKU dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu boleh dapat road tax JPJ secara percuma! Pengalaman saya melalui proses buat kad OKU ini dengan JPJ Bangi hanya 15 minit sahaja, pantas!
Apa yang saya boleh kongsikan berdasarkan pengalaman adalah:
1. Terus saja pergi JPJ negeri/cawangan.
2. Pastikan anda tahu siapa pewaris sebenar untuk anak-anak OKU sama ada ibu atau ayah. Macam dalam situasi saya, saya adalah pewaris Dilan, ibu.
3. Muat turun aplikasi JPJeQ sebelum pergi ke cawangan JPJ. Anda memerlukan aplikasi ini untuk imbas kod QR di kaunter JPJ bagi mendapatkan nombor giliran. Untuk OKU, ibu hamil dan warga emas, akan ada laluan khas untuk proses lebih cepat.
4. Pastikan bawa siap-siap salinan IC/MyKid anak OKU walaupun tiada dalam senarai dokumen perlu dibawa.
5. Waris perlu pastikan anak-anak dah ada kad fizikal OKU sebelum mohon dengan JPJ ini. Kalau masih dalam proses atau belum dapat kad OKU secara fizikal, pihak JPJ tidak akan terima sebarang permohonon untuk dapatkan road tax percuma ini.
6. Penting untuk anda tahu bahawa kalau kereta nama waris, kena sama nama waris OKU tau. Contoh: tak diterima kalau kereta nama ayah tapi waris rasmi dalam sistem JKM ialah ibu. Boleh semak dekat JKM nama waris ini juga.
Dokumen perlu dibawa:
1. Kad OKU
2. Kad pengenalan OKU
3. Kad pengenalan waris
4. Lesen waris
5. Geran kenderaan
6. Isi borang permohonan di kaunter JPJ
Syarat permohonan:
1. Mempunyai lesen memandu.
2. Kenderaan pemasangan tempatan dan kenderaan nasional sahaja.
3. Hanya satu kenderaan kereta dan satu motosikal sahaja untuk satu permohonan.
kelebihan kad oku
Foto: Harian Metro (contoh kad OKU)
*Permohonan hanya sekali sahaja boleh digunakan. Sebagai contoh, sekiranya individu OKU sendiri memohon untuk dirinya, maka waris dikira tidak berkelayakan. Untuk makluman, caj percuma hanya untuk road tax sahaja. Insuran tetap perlu dibayar ya!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.