Hilang Dahaga, 5 Resipi Air Sesuai Untuk Dihidang Di Hari Raya. Memang Lazat!

Share

Walaupun kita beraya dalam keadaan pandemik COVID-19, namun jangan pula kita tidak meraikan hari kemenangan umat islam ini. Raikanlah dengan juadah-juadah yang menarik untuk keluarga kita.

Jika mama buntu air apa yang ‘special’ untuk hari raya, apakata mama cuba resipi ini. Selamat mencuba!

#1 Air sirap cincau

500ml sirap
500g cincau
3 liter air
Ais

Cara penyediaan;

1. Hiris nipis atau potion cincau dengan potongan dadu kecil.

2. Dalam jug besar, campurkan sirap dan air dan kacau hingga sebati.

3. Masukkan cincau

4. Masukkan ais ke dalam jug bila ingin hidangkan minuman.

5. Kacau minuman sebelum minuman dihiding supaya cebisan cincau tertuang ke dalam gelas.

Tip: Jika sirap cincau terasa agak manis, boleh tambahkan air kosong.

#2 Air sirap bandung soda

500ml sirap
720g susu sejat
1.65 liter ais krim soda
500ml air
Ais

1. Campur sirap dan susu sejat dalam jug besar. Kacau sehingga sebati.

2. Masukkan air. Kacau.

3. Masukkan ais. Kacau.

4. Akhir sekali, masukkan ais krim soda dan kacau.

Tip: Jangan tambah air pada minuman ini untuk mengurangkan kemanisannya. Ais yang dimasukkan tadi akan cair dan mengurangkan rasa manis minuman ini.

#3 Air soya cincau

4 liter air soya sejuk tanpa gula
1 kg cincau
250g gula Melaka
250g air panas

1. Parut gula Melaka

2. Dalam periuk kecil, campur air mendidih dan gula Melaka parut dan kacau sehingga cair.

3. Hiris nipis atau potong cincau dengan potongan dadu kecil.

4. Tuang air soya ke dalam jug besar.

5. Tamabah cecair gula Melaka dan kacau sehingga sebati.

6. Masukkan cincau.

7. Jangan lupa mengaut keluar cincau dan masukkan ke dalam gelas bila dihidang.

Tip: Elakkan menambah ais kepada minuman kerana air soya yang berair tidak enak diminum.

#4 Air punch buah-buahan


200ml cordial oren
200ml sirap
3 liter Sprite atau 7-up
3 liter ais krim soda
2 lemon besar
2 oren besar
Ais

1. Potong nipis oren dan lemon

2. Dalam jug atau dispenser minuman besar, campurkan cordial oren dan sirap. Kacau sehingga sebati.

3. Tambah Sprite atau 7-up dan ais krim soda. Kacau.

4. Masukkan oren, lemon dan ais.

Tip: Buah-buahan yang dihiris tidak perlu dimasukkan ke dalam gelas semasa menghidang. Kalau ada mangkuk punch, boleh guna supaya kelihatan lebih aesthetic.

#5 Air rosmary limau

325g gula putih
325g air
10g rosemary segar (lebih kurang 10 tangkai)
350g jus limau kasturi
350g jus lemon (kira-kira 8 biji lemon)
3 liter air soda
Ais

1. Gabung gula putih dan air dalam satu keriuk dan kacau atas api sederhana tinggi untuk membuat air gula.

2. Pukul tangkai rosemary dengan alu. Hanya magu meremuknya. Jangan pukul hingga hancur.

3. Masukkan rosemary, termasuk cebisan tercabut, ke dalam jug besar.

4. Tambahkan jus limau kasturi dan lemon. Kacau.

5. Masukkan 1 hingga 1.5 liter air soda dan kacau sehingga sebati.

6. Masukkan air gula yang sudah disejukkan.

7. Tambah baki air soda dan kacau.

Selamat mencuba dan selamat menyambut Hari Raya!

Kredit: Sinar.my

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
NuFa