Ajal bersama tiga beranak. Siapa sangka permintaan dua beradik yang beriya-iya mahu mengikut ayah bekerja berakhir dengan tragedi yang menyayat hati apabila ketiga-tiga mereka dijemput ilahi dalam kemalangan.
Menerusi laporan Bernama, dua kanak-kanak lelaki yang maut selepas lori treler yang dipandu ayah mereka terbabas di Kilometer 10, Jalan Malim Nawar-Kota Bharu, Gopeng (2 November) sebelum ini tidak pernah mahu mengikuti ayah mereka bekerja.
Sempat makan bersama
Bagaimanapun, keadaan hari kejadian berbeza apabila Muhammad Afeef Rafiqie, 9, serta Arrian Nuh, 6, beriya-iya mahu mengikut ayahnya, Hafize Nizam Ali Supian, 30, yang turut sama maut dalam kemalangan kira-kira pukul 10 malam itu selepas makan tengah hari bersama keluarga di sebuah restoran di Kampar.
Dua beradik menangis-nangis nak ikut ayah
Normah Khalid, nenek kepada kanak-kanak tersebut berkata sebelum kejadian, menantunya, Hafize Nizam bersama isteri Shamshira Mohd Norizin,31, dan tiga anak mereka datang ke Kampar dari Langkap, Teluk Intan untuk makan di sebuah restoran dengan menaiki kenderaan berbeza.
Ads
“Anak saya Shamshira bersama tiga anak termasuk yang bongsu, Adeeb Hud berumur dua tahun naik satu kereta kerana Hafize Nizam mahu meneruskan kerja mengambil muatan simen dengan treler di Gopeng selepas makan.
Gambar kenangan keluarga
“Entah mengapa selepas makan, Muhammad Afeef Rafiqie dan Arrian Nuh menangis-nangis mahu mengikut ayah mereka. Sebelum ini, mereka tidak pernah pun ikut ayah mereka pergi bekerja,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Unit Forensik Hospital Kampar.
Normah, 66, berkata mereka sekeluarga menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada rakan mangsa kira-kira pukul 10.30 malam dan bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat sendiri kemalangan tersebut.
“Makcik tak sanggup tengok lama-lama, anak makcik (isteri mangsa) pun sudah tidak keruan, menangis dan meraung-raung melihat keadaan treler yang remuk. Apa pun kami reda dan anggap ini sebagai satu ujian Allah,” katanya.
Ads
Isteri arwah terpaksa dipapah sebaik proses bedah siasat selesai.
Anak bongsu mula tanya ayah dan abang
Normah berkata anak bongsu mangsa, Adeeb Hud ada bertanyakan di mana ayah dan dua abangnya, namun anggota keluarga hanya mampu mengatakan ketiga-tiga mereka sedang tidur.
Anak bongsu, Adeeb Hud mengesat air mata ibunya ketika menunggu ketiga-tiga jenazah di unit forensik.
“Arwah seorang menantu yang baik dan suka membantu ahli keluarga yang lain, makcik pun memang rapat dengan cucu-cucu sebab dari pagi hingga ke malam mereka selalu datang bermain di rumah makcik di Chenderong Balai, Teluk Intan,” katanya.
Ads
Jenazah ketiga-tiga mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chenderong Balai, Teluk Intan.
Sebelum ini, media melaporkan treler jenis Volvo itu dipercayai terbabas di lorong kiri dan melanggar tiang elektrik dan juga besi penghadang jalan sebelah kiri jalan.
Akibat daripada itu kesemua mangsa cedera parah kerana tersepit dalam treler dan maut di tempat kejadian.
— BERNAMA
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun maut dipercayai tercekik buah mangga ketika makan bersama bapa di rumahnya di bandar Paka, Dungun petang Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang, Nur Amanda Ahmad Helmi disahkan meninggal dunia ketika diberi rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Paka, kira-kira jam 5.20 petang.
Mangsa mengalami sesak nafas ketika disuapkan buah mangga oleh bapanya, kira-kira jam 3.50 petang.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.
Katanya, sebelum kejadian, kanak-kanak terbabit dikatakan disuapkan potongan buah terbabit oleh bapanya, kira-kira jam 3.50 petang.
“Mangsa dikatakan tiba-tiba mengalami sesak nafas dan keadaan itu menyebabkan bapa mangsa yang berusia 32 tahun itu bertindak mengejarkan mangsa ke Klinik Kesihatan Paka.
“Bagaimanapun, ketika diberi rawatan kecemasan di Klinik terbabit mangsa gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia, “katanya.
Baharudin berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.
“Siasatan polis mendapati tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuh badan mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Adakalanya sesuatu yang berlaku itu ada hikmah di sebalik ujian Allah walaupun kita dah merancang. Hanya Dia Yang Mengetahui dan keredaan kita sebagai hamba-Nya menjadi kunci utama.
Bagi pasangan suami isteri ini yang sembilan bulan menunggu kehadiran zuriat tercinta, namun Allah dah takdirkan mereka untuk menjadi ibu bapa kepada anak syurganya hanya beberapa hari saja selepas dilahirkan.
Dugaan ini cukup berat lagi-lagi bayi ini adalah anak sulung dan hanya dapat memberi nikmat selama 3 hari saja sebelum Allah jemputnya kembali ke tempat abadi.
Menerusi laman Facebook Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia, beberapa keping gambar sekitar pengebumian yang dikongsikan itu dah cukup mengambarkan kesedihan kehilangan anak syurga buat ahli keluarga.
Maklumat terperinci tidak dinyatakan mengenai punca kematian ank syurga ini namun kita yang melihatnya juga cukup rasa terkesan.
Dakapan sayu anak sulung 3 hari
“Ada waktunya Allah meminjamkan kepada kita sesuatu nikmat itu hanya sebentar sahaja sebelum mengambilnya kembali.
Begitu jugalah dengan pasangan ini yang menunggu selama 9 bulan 10 hari untuk menyambut kelahiran anak sulungnya, namun Allah meminjamkan nikmat memiliki anak kepada mereka cuma 3 hari sahaja sebelum anaknya pergi untuk selamanya.
Ibunya mendakap sayu jasad kaku bayi yang dikandungnya selama ini sebelum dilepaskan kepada bapanya untuk disemadikan buat selamanya.
Kelihatan juga wajah sayu datuk dan nenek anak Syurga ini yang mungkin mengharapkan kelahiran cucunya ini dapat menghiburkan mereka seisi keluarga.
Atas izin Allah, anak syurga ini akan beri syafaat
Walaupun sedih dan hiba tatkala kehilangan sesuatu yang kita sayangi sepertimana anak kecil ini, ketahuilah sesungguhnya ada suatu ganjaran besar yang menanti buat ibu dan bapanya di akhirat kelak.
Anak kecil itu mengingati ibu bapanya dan akan memberikan syafaat kepada ibu bapa mereka dengan izin Allah.
Daripada Abu Hassan RA, maksudnya: “Aku bertanya kepada Abu Hurairah keadaan dua anak kecilku yang sudah meninggal dunia: ‘Boleh tidak engkau menyampaikan kepadaku satu hadis daripada Rasulullah SAW yang boleh memujuk jiwa-jiwa kami kerana kematian ini?’
Jawab Abu Hurairah: “Boleh, anak-anak mereka ialah Da’amis Syurga. Salah seorang daripada mereka menemui ayah mereka atau ibu bapa, lalu menarik bajunya atau menarik tangannya seperti aku menarik hujung jahitan bajumu ini.
Anak itu tidak akan melepaskannya sehingga Allah memasukkan ibu bapanya ke dalam syurga.’” (Hadis riwayat Imam Muslim – 2435)
Berkata Imam al-Nawawi Rahimahullah: “Da’amis itu bererti ahli syurga yang kecil, asalnya ialah du’mus yang bermaksud haiwan-haiwan kecil yang berada di dalam air. Mereka tidak berpisah dengannya. Maksudnya, anak-anak kecil di dalam syurga tidak berpisah darinya.” (Rujuk kitab Syarh Muslim – 16/182)
Bersabarlah duhai ayah dan ibu..
Percayalah setiap apa yang Allah aturkan ini, perjalanannya dah elok. Mungkin kita rasa tak kuat tapi ingatlah Allah akan selalu bersama. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.
Ingatlah anak syurga ini akan menantikan ibu ayahnya untuk sama-sama masuk syurga atas izin-Nya.
Semoga pasangan ini akan terus tabah menghadapi ujian Allah dan mana tahu ada rezeki lebih baik lagi menanti untuk masa akan datang. Insya-Allah.
Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati. Ibu bapa selalunya menganggap di rumah anak-anak akan selamat, tetapi salah ye tanggapan begitu! Perhatikan setiap inci di rumah, mesti akan ada beberapa bahagian yang boleh menyebabkan kemalangan bermula dalam rumah.
Misalnya kejadian yang berlaku pada Jumaat, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dikejarkan ke hospital swasta di Subang Jaya selepas ibu jarinya tersangkut pada tombol pintu yang rosak. Semasa kejadian, kanak-kanak lelaki itu telah memasukkan ibu jari kirinya ke dalam lubang tombol pintu yang rosak.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya Timbalan Penguasa Bomba Syed Shahril Anuar Syed Sulaiman, pihaknya terima kecemasan daripada pihak hospital mengenai kejadian itu pada 4.04 petang dan seramai tujuh orang anggota bersama dua jentera dikejarkan ke hospital untuk beri bantuan.
Pihak hospital memaklumkan kanak-kanak terbabit mengalami luka yang agak dalam pada ibu jarinya dan pihak bomba mengambil masa beberapa minit untuk memotong tombol pintu berkenaan menggunakan mesin ‘grander’.
Sebelum ini, ahli keluarga mangsa cuba mengeluarkan sendiri ibu jarinya yang tersangkut itu tetapi gagal kerana sudah membengkak sebelum ia luka.
Oleh itu, penting untuk ibu bapa periksa kembali keadaan sekeliling rumah supaya perkara yang tidak diingini seperti tidak terjadi di rumah kita pula. Antara aspek keselamatan yang ibu bapa boleh ambil di rumah :-
1. Jauhkan segala soket, wayar atau sebarang perkakasan yang ada arus elektrik daripada boleh di capai oleh anak kecil. Jika anak dah besar boleh ajar tips bahaya dan keselamatan menggunakan perkakasan elektrik di rumah. Tetapi dengan pantauan orang tua.
2. Asingkan peralatan rumah yang rosak atau disyaki rosak. Anak-anak kecil kalau boleh semua benda mereka anggap mainan mereka. Dengan mengasingkan barang-barang ini dapat elak dari mereka main.
3. Pastikan bilik air berkunci setiap kali digunakan supaya anak-anak tidak masuk ke dalamnya. Banyak kes anak-anak kemalangan dalam rumah disebabkan tandas, ibu bapa harus peka dengan perkara sebegini!
4. Awas dengan plastik sampah!Anak-anak ni nak buka baju pun macam nak lemas bila baju tu tersangkut di bahagian kepala apatah lagi bila bermain dengan plastik sampah yang boleh menghalang oksigen sampai ke otak bila ditekup rapat ke hidung ataupun terikat tanpa sengaja.
5.Simpan ubat di tempat tinggi, sebaiknya simpan ubat ni 1.7 meter daripada aras lantai. Walaupun sekadar paracetamol ataupun Vitamin C sekalipun jangan kita main letak je. Anak yang tengah dalam fasa berkembang ni memang tinggi elemen ‘curiosity’.
Kisah mengharukan bayi tersangkut pokok selepas banjir di Palembayan menggemparkan Indonesia apabila bayi tiga bulan ditemui hidup sebagai satu-satunya yang terselamat. Sebuah keajaiban yang membangkitkan harapan komuniti.