Ajal bersama tiga beranak. Siapa sangka permintaan dua beradik yang beriya-iya mahu mengikut ayah bekerja berakhir dengan tragedi yang menyayat hati apabila ketiga-tiga mereka dijemput ilahi dalam kemalangan.
Menerusi laporan Bernama, dua kanak-kanak lelaki yang maut selepas lori treler yang dipandu ayah mereka terbabas di Kilometer 10, Jalan Malim Nawar-Kota Bharu, Gopeng (2 November) sebelum ini tidak pernah mahu mengikuti ayah mereka bekerja.
Sempat makan bersama
Bagaimanapun, keadaan hari kejadian berbeza apabila Muhammad Afeef Rafiqie, 9, serta Arrian Nuh, 6, beriya-iya mahu mengikut ayahnya, Hafize Nizam Ali Supian, 30, yang turut sama maut dalam kemalangan kira-kira pukul 10 malam itu selepas makan tengah hari bersama keluarga di sebuah restoran di Kampar.
Dua beradik menangis-nangis nak ikut ayah
Normah Khalid, nenek kepada kanak-kanak tersebut berkata sebelum kejadian, menantunya, Hafize Nizam bersama isteri Shamshira Mohd Norizin,31, dan tiga anak mereka datang ke Kampar dari Langkap, Teluk Intan untuk makan di sebuah restoran dengan menaiki kenderaan berbeza.
Ads
“Anak saya Shamshira bersama tiga anak termasuk yang bongsu, Adeeb Hud berumur dua tahun naik satu kereta kerana Hafize Nizam mahu meneruskan kerja mengambil muatan simen dengan treler di Gopeng selepas makan.
Gambar kenangan keluarga
“Entah mengapa selepas makan, Muhammad Afeef Rafiqie dan Arrian Nuh menangis-nangis mahu mengikut ayah mereka. Sebelum ini, mereka tidak pernah pun ikut ayah mereka pergi bekerja,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Unit Forensik Hospital Kampar.
Normah, 66, berkata mereka sekeluarga menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada rakan mangsa kira-kira pukul 10.30 malam dan bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat sendiri kemalangan tersebut.
“Makcik tak sanggup tengok lama-lama, anak makcik (isteri mangsa) pun sudah tidak keruan, menangis dan meraung-raung melihat keadaan treler yang remuk. Apa pun kami reda dan anggap ini sebagai satu ujian Allah,” katanya.
Ads
Isteri arwah terpaksa dipapah sebaik proses bedah siasat selesai.
Anak bongsu mula tanya ayah dan abang
Normah berkata anak bongsu mangsa, Adeeb Hud ada bertanyakan di mana ayah dan dua abangnya, namun anggota keluarga hanya mampu mengatakan ketiga-tiga mereka sedang tidur.
Anak bongsu, Adeeb Hud mengesat air mata ibunya ketika menunggu ketiga-tiga jenazah di unit forensik.
“Arwah seorang menantu yang baik dan suka membantu ahli keluarga yang lain, makcik pun memang rapat dengan cucu-cucu sebab dari pagi hingga ke malam mereka selalu datang bermain di rumah makcik di Chenderong Balai, Teluk Intan,” katanya.
Ads
Jenazah ketiga-tiga mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chenderong Balai, Teluk Intan.
Sebelum ini, media melaporkan treler jenis Volvo itu dipercayai terbabas di lorong kiri dan melanggar tiang elektrik dan juga besi penghadang jalan sebelah kiri jalan.
Akibat daripada itu kesemua mangsa cedera parah kerana tersepit dalam treler dan maut di tempat kejadian.
— BERNAMA
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam keadaan negara yang masih lagi berjaga-jaga untuk menghalang wabak COVID-19 ini daripada terus menular, apabila mendapat tahu angka positif wabak ini meningkat, pastinya ramai yang cukup risau. Tambah lagi kes kematian juga meningkat setiap hari.
Bukannya apa, wabak ini masih belum ada ubatnya dan hanya rawatan awal dan sistem imunisasi badan yang kuat akan mampu melawan serta dengan izin Allah untuk sembuh.
Hidap Leukemia
Bagaimanapun, apa yang menyedihkan melalui perkongsian dalam Facebook Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser (Pesona) seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun yang menghidap kanser darah (Leukemia) turut telah disahkan positif COVID-19.
Ujian darah sahkan positif Covid-19
Dalam perkongsian tersebut, adik Muhammad Fateh Aqil bin Mohd Nazmee sememangnya akan menjalani kitaran kimoterapinya mengikut jadual di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan namun ujian darah yang dilakukan mendapati dia dijangkiti COVID-19.
Justeru itu, pihak Pesona memohon orang ramai dapat mendoakan kesihatan adik Fateh agar terus kuat berjuang melawan penyakitnya serta dapat teruskan perjuangan walaupun diuji dengan dua ujian sekaligus.
Sembuhkan anak syurga ini Ya Allah
Setelah kisah adik Fateh ini dikongsikan, semua mendoakan agar anak kecil ini terus diberi kekuatan melawan penyakit dan diberi kesembuhan yang baik.
Moga Allah permudahkan urusan adik Fateh ini dan dapat membesar seperti kanak-kanak yang sebaya. Perjalanannya masih jauh lagi.
Mengimbau semula keputusan untuk berpisah, pelakon popular, Zamarul dan Diana akui kedua-dua ada kelemahan yang menyumbang kepada faktor hubungan menjadi renggang.
Diana disaat itu sedang aktif sebagai penyanyi dan Zamarul pula selaku pelakon seakan terlalu sibuk sehingga terlupa mengutamakan pasangan.
Selain kesibukkan kerja, Zamarul pernah ‘gila’ aktiviti basikal sehingga terlupa menghargai isteri. Bayangkan saat itu, dia telah membeli sekitar 14 buah basikal ratusan ribu ringgit dan telah menipu Diana tentang harga sebenar. Lama kelamaan, nilai kemesraan mula menghilang.
Kerana mengikut emosi dan silaturahim mula ‘panas’, Diana kemudiannya meminta untuk dilepaskan. Meskipun awalnya masih sabar, Zamarul akhirnya akur dengan desakan si isteri.
Akan tetapi, jodoh mereka berdua benar-benar kuat. Zamarul dan Diana terus bermuhasabah diri selama 4 bulan dan menyedari rasa sayang itu masih ada.
Ainul Mardhiah semakin sihat setelah menerima rawatan dan pembedahan membuang ketumbuhannya di London. Kini keadaannya bertambah baik, tampak semakin comel dan berisi.
Bapa bayi kesayangan rakyat Malaysia ini, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak dalam kemaskini Instagram mengenang kembali saat awal perjuangan mereka sekeluarga apabila anak sulungnya diuji ketumbuhan.
Orang tanya dulu masa Ainul ada ketumbuhan tu, duduk rumah je ke? .
Jawapan : Tak pun. Kadang-kadang keluar juga. Selalunya Ainul ikut Walid pergi kedai. Jaga ainul di kedai. .
Selalunya kalau bawak Ainul keluar, dia akan ditutup macam dalam gambar ni. Ya. Memang kami tutup sebab tak nak bagi orang nampak. .
Bukan sebab malu, tapi sebab tak nak nanti orang sedih bila tengok Ainul and takut orang ramai nak tengok dia.
PUJUK HATI UJIAN ORANG LAIN LEBIH BERAT
Bapa ini juga seboleh-bolehnya tidak mahu keadaan anaknya itu heboh apatah lagi viral.
Kalau boleh dulu, memang tak nak cerita pada sesiapa pun pasal Ainul ni terutama pada umum. Sebab pada ketika itu, walaupun kami rasa ujian ini terlalu berat, tapi kami berjaya pujuk hati kami bahawa ada orang lagi berat ujian mereka. .
Kedua, kami tak mahu Ainul viral. Kalau ikutkan, kami boleh je ambil kesempatan viralkan Ainul ni. Tak perlu tunggu ketumbuhan tu besar untuk raih simpati.
Tapi saya rasa serba salah ketika itu sebab saya bekerja dan mempunyai pendapatan yang tak sedikit dan tak banyak. Setakat mahu ulang-alik hospital dan biaya perubatan Ainul, alhamdulillah saya mampu ketika itu walaupun kadang-kadang bisnes tak ok. .
Alhamdulillah, Allah cukupkan rezeki kami sekeluarga. .
Tapi kami selalu doa supaya Allah bukakan jalan dan permudahkan urusan kami. .
KISAH AINUL DIVIRALKAN ORANG LAIN, PERNAH DOA “BUKAN BUKAN”
Akhirnya, kisah Ainul di viralkan oleh orang lain. Dan kesan daripada itu, Ainul sihat dan ceria pada hari ini. Dulu, kami hampir berputus asa sehingga doa yang ” bukan bukan ” kepada Ainul.
Then bila fikir-fikirkan balik, selagi nyawa masih dikandung badan, jangan sesekali menyerah kalah. Hanya mati sahaja tiada ubatnya. Selagi badan masih bernyawa walaupun sakit, tetap ada ubatnya. .
Jangan putus asa.
BERDOA DAN JANGAN BERPUTUS ASA
Allah swt ini sangat ajaib. Pada waktu kita rasa kita dah tak mampu nak berbuat apa apa setelah berusaha, maka kena akur bahawa Allah swt itu memiliki segalanya. Minta pada DIA. .
Percaya lah, DIA lebih tahu apa yang tidak kita tahu. .
Ilmu dan fikiran kita terbatas, tetapi tidak bagi Allah swt. .
Akhir sekali, kuat lah kita dalam apa jua cabaran yang kita sedang atau bakal lalui, DOA dan JANGAN SESEKALI BERPUTUS ASA!
Dr Afifah Hidayah kongsi pengalaman amalkan Baby-Led Weaning — kaedah bayi makan sendiri sejak enam bulan. Teknik moden ini bantu anak belajar berdikari dan gembira ketika waktu makan.