Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itu keadaan seorang ketua keluarga di Pangsapuri Rakyat, Jalan Cengal, di sini, yang hilang pekerjaan kerana terpaksa menguruskan bayinya yang sakit.
Malah, dia kini runsing dengan keadaan kewangannya semakin meruncing. Mohd Rizal Kamarudin, 32, berkata dia bukan sahaja perlu memikirkan wang perbelanjaan harian keluarga malah bayinya Abdul Qayyum, sembilan bulan, turut memerlukan wang bagi rawatan dan suntikan vaksin tambahan kerana mengalami masalah saluran pernafasan yang sempit.
“Anak bongsu saya memerlukan tiga lagi dos suntikan vaksin tambahan sebelum usia mencapai setahun termasuk vaksin pneumokokal dengan satu dos berharga kira-kira RM250.
Ads
Terpaksa Cuti Tanpa Gaji Sejak Bulan 10 Untuk Urusan Bayi
Bekas pemandu lori penghantaran ayam itu berkata pada mulanya dia hanya mengambil cuti tanpa gaji sejak Oktober tahun lepas bagi urusan rawatan Abdul Qayyum di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum terpaksa memutuskan berhenti kerja pada pertengahan bulan lepas.
Menurut Mohd Rizal, dia bercadang untuk mencari kerja baharu, namun, tidak menyangka berlaku Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19 dikuatkuasakan kerajaan mulai 18 Mac lepas.
Ads
Daerah Kulai juga diisytiharkan sebagai zon merah semalam selepas mencatatkan 41 kes positif COVID-19, sekali gus menjadi antara 29 kawasan berada yang dalam zon berkenaan di seluruh negara.
Hidup Dengan Duit Baki Simpanan
Ads
Menurut bapa kepada lima anak itu, dia kini menggunakan sedikit baki wang simpanan untuk urusan seharian dan meneruskan kelangsungan hidup menerusi sumbangan barangan keperluan asas daripada orang ramai serta sebahagian wang Bantuan Prihatin Nasional (BPN) RM1,600 daripada kerajaan.
“Cuma, untuk jangka panjang saya risau kerana saya tidak boleh bekerja semula dalam tempoh PKP ini, sedangkan anak saya perlu mendapatkan rawatan,” katanya.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun 11 bulan ditemui tidak sedarkan diri selepas empat jam ditinggalkan dalam kereta di sebuah tadika kira-kira jam 12.15 tengah hari pada Selasa.
Ibu mangsa, Nor Azira Abd Halim, 36, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan kejadian yang menimpa anak bongsu dua beradik itu ketika sedang bekerja.
Menurutnya, mangsa, Muhammad Harraz Aryan Mohd Hafizi telah mengikuti pembelajaran di tadika terbabit sejak tahun lalu dan dijemput kakitangan tadika di rumah yang terletak berdekatan pada jam 7.45 pagi hari kejadian.
Katanya, setiap hari, dia menghantar anaknya ke tadika namun disebabkan dia bekerja di Pulau Pinang pada Selasa dan Rabu, dia meminta guru terbabit mengambil anaknya di rumah di Taman Ria.
Pada hari lain pula dia bekerja dari rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk menguruskan anak sulungnya, Nurhana Sakinah Mohd Hafizi, 7, yang belajar di Sekolah Kebangsaan Taman Ria di Sungai Petani.
“Sebelum keluar bekerja lepas Subuh semalam, saya tengok Muhammad Harraz Aryan masih tidur dan kebiasaannya disiapkan nenek untuk ke tadika.
“Sebelum ini, petugas tadika menjemput anak setiap pagi tetapi selepas Perintah Kawalan Pergerakan, hanya Selasa dan Rabu sahaja, selebihnya saya hantar kerana bekerja pada hari tertentu sahaja,”jelasnya.
Harraz seorang yang ceria di rumah namun agak pendiam apabila berada di sekolah. Mungkin kerana takutkan guru.
Menurutnya, mangsa diletakkan di tempat duduk penumpang belakang manakala seorang kanak-kanak lima tahun berada di tempat duduk penumpang hadapan.
“Mangsa ketika itu dalam keadaan sihat dan duduk di tempat duduk belakang bahagian kiri. Apabila sampai di tadika, seorang petugas lain telah mengambil kanak-kanak lima tahun bagi memulakan sesi pembelajaran.
“Pengetua terus parkir kereta di tepi luar tadika dan mematikan enjin kereta,”katanya.
Mangsa berada dalam kereta dengan keadaan pintu dan cermin tertutup serta tiada ruang pengudaraan antara jam 8 hingga 12.15 tengah hari. Ketika pengetua mahu hantar semula mangsa ke rumah, dapati mangsa tiada dalam kelas dan guru kelas memberitahu kepada pengetua yang mangsa tidak hadir ke sekolah. Pengetua terus menuju ke arah kereta miliknya yang diletakkan di tepi jalan berhampiran dengan tadika dan dapati mangsa dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri. Mangsa dibawa ke hospital dengan ambulan dan hasil pemeriksaan doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia semasa sampai di hospital dan tiada kesan kecederaan luaran.
“Naluri saya sebagai ibu dapat rasakan anak saya, Muhammad Harraz Aryan Mohd Hafizi menahan sakit sebelum dia menghembuskan nafasnya kerana saya nampak bibirnya gelap. Namun, saya reda dengan pemergiannya kerana Allah hanya pinjamkan arwah untuk kami buat seketika,”
“Ketika kejadian, saya sedang bertugas di bangunan Komtar di Pulau Pinang dan bergegas pulang sebaik menerima panggilan pada jam 12.25 tengah hari. Mulanya saya ingat anak saya kemalangan sebab tadika itu terletak berhampiran jalan tapi guru yang menghubungi saya menangis dan memberitahu anak saya tak sedarkan diri.”
Nor Azira berkata, dia bergegas pulang ke Sungai Petani namun tidak tahu apa yang berlaku kepada anaknya. Katanya, dia sempat menghubungi suami, Mohd Hafizi Husin, 36, yang bertugas sebagai anggota tentera di kem Sungai Petani dengan harapan suaminya akan cepat sampai untuk melihat keadaan arwah.
“Sepanjang perjalanan pulang, saya tak henti berdoa supaya anak selamat dan mungkin hanya mengalami kecederaan. Namun, suami menghubungi saya dan meminta saya terus ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani untuk melihat keadaan anak kami,” katanya.
“Cuma saya tak tau anak saya meninggal waktu bila sebab dia berada dalam kereta itu sejak 8 pagi sebelum disedari jam 12.15 tengah hari. Tak nampak langsung perubahan pada arwah dan merengek tu biasalah,” katanya.
“Saya menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk tindakan lanjut mengikut prosedur sekiranya berlaku kecuaian atau unsur jenayah, semuanya bergantung kepada hasil bedah siasat yang dijalankan”
Proses bedah siasat dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada Rabu. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Solihin Sungai Petani selepas selesai bedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, hasil maklumat awal, mangsa dan seorang kanak-kanak lain telah diambil oleh pengetua tadika pada jam 7.45 pagi. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pertama kali nak bawa bayi menaiki kapal terbang bukan sesuatu yang mudah. Pengalaman baharu ni kadang-kadang buat si manja jadi cemas dan mulalah meragam. Sesetengah bayi akan menangis tanpa henti kerana persekitaran yang mereka tak biasa.
Keadaan dalam pesawat pun menjadi faktor kenapa anak jadi tak selesa. Dalam flight, kita berada dalam ruangan yang sempit. Kadang-kadang rasa sukar nak bernafas. Tak boleh tengok keadaan di luar. Dengan wajah-wajah orang yang tak dikenali, memang buat anak jadi takut.
Bercerita tentang pengalaman pertama bawa anak menaiki kapal terbang, seorang ibu mengambil inisiatif untuk memberikan cenderahati kepada lebih 200 orang penumpang dalam pesawat tersebut.
Risau anaknya merengek dan membuat bising, ibu tersebut memberikan bungkusan plastik berisi gula-gula, chewing gum serta penyumbat telinga. Terdapat juga satu nota pendek yang memberitahu tentang situasi anak kecilnya.
“Hello, nama saya Jun Woo. Saya berusia 4 bulan. Ini adalah penerbangan pertama saya ke Amerika. Saya bersama ibu dan nenek. Saya sedikit gugup dan takut. Ini kali pertama, jadi perasaan ini normal. Saya risau saya akan menangis dan buat anda semua rasa terganggu. Saya cuba bertenang tapi saya tak janji takkan menangis. Sila gunakan jika tangisan saya terlalu kuat. Nikmati perjalanan anda..”
Bukan mudah nak bawa bayi berusia empat bulan menaiki pesawat dalam satu tempoh masa sehingga 10 jam. Perjalanan dari Korea Selatan ke Amerika Syarikat tidaklah dekat. Bagus usaha ibu ini dan semoga mereka selamat tiba ke destinasi.
Tahniah juga kepada penumpang-penumpang lain kerana memahami situasi ibu dan anak ini!
Penyanyi, Siti Sarah Raissudin terpaksa ditidurkan setelah dimasukkan ke ICU kerana jangkitan Covid-19.
Menurut suaminya, Shuib Sepahtu, petang ini operation akan dilakukan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan yang baru berusia 7 bulan demi keselamatan ibu dan bayi.
Shuib sempat memohon doa ramai agar Sarah dan bayi dapat diselamatkan. Rakan media, rakan artis serta para pengikut di laman instagram tidak putus-putus menghantar kata-kata semangat dan doa.
Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), akibat tahap oksigen dalam badan tidak stabil, pada pagi, hari ini (Jumaat).
Sebelum ini Shuib sempat memohon doa ramai supaya kesihatan isterinya kembali pulih.
“Assalammualaikum salam Jumaat semua. Pagi tadi isteri saya dimasukkan ke ICU disebabkan oksigen yang tak berapa stabil dan keadaan dia yang tak berapa baik.
“Saya mohon di hari baik hari Jumaat, doakan Sarah dan anak dalam kandungan. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka.
“Semoga Allah merahmati kita semua, amin,” katanya.
Siti Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu.
Pasangan itu berkahwin pada 2011 dan memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...