Rasa marah ibu itu muncul bila hati ibu mula berserabut. Ketika ibu tak dapat keluar daripada keserabutan tu, waktu tu rasa marah mudah diluahkan. Kadang-kadang, marah yang keluar tu tak sepatutnya dengan kesalahan yang dibuat.
Contohnya kita tahukan anak kecil tu kalau makan, selalu berterabur. Sebahagian ibu yang hatinya sedang marah, boleh jadi meluahkan rasa marah yang maksimum ketika tengok anak makan terabur. Sedangkan ibu tahu anak kecil yang makan terabur tu memang sifat harian dia.
Maksudnya marah ibu itu kadang-kadang bukan atas faktor luaran tapi faktor dalaman. Faktor luaran itu, sekadar peluang bagi ibu untuk meluahkan rasa marah.
Apa nak buat ketika ibu ada rasa nak marah?
1) Bertenang
Ads
Kalau ibu ada rasa nak marah.. perkara penting yang perlu buat adalah berusaha untuk tenang. Nabi SAW ajar cara bertenang ketika marah.Jika berdiri maka duduk. Jika duduk maka berbaring. Lepas tu ambil wuduk.Duduk ambil nafas seketika, tenang sebentar, insya-Allah rasa marah itu akan berkurang atau hilang langsung.
2) Fikirkan terlebih dahulu
Sebelum memarahi anak, fikirkan adakah anda suka kalau dimarahi sebegitu oleh emak atau orang lain. Adakah anda mahukan anak anda memarahi anda pula seperti itu suatu hari nanti. Apa jua kesalahan yang dilakukan masih ada cara yang boleh diberitahu secara baik pada anak..
Ads
3) Elakkan mengeluarkan kata-kata negatif
Elak dari memarahi anak sehingga keluar kata-kata yang tidak elok. Setiap apa yang keluar dari mulut ibu bapa ibarat doa untuk anak. Walaupun anak mungkin belum faham tapi adakah elok jika anak juga akan meniru perkataan yang kita keluarkan apabila mereka bercakap dengan rakan-rakan. Fikir-fikirkanlah!
4) Anak bukan robot
Ads
Selain itu, kena tahu anda bukan melahirkan seorang robot yang mengikut apa sahaja arahan anda. Anda melahirkan seorang manusia yang mempunyai perasaan.Cuba fahami perasaan anak dan elakkan memarahi anak secara melulu tanpa fikirkan emosinya.
Perasaan marah ini bukan setakat pada ibu sahaja tetapi ayah pun perlu memanfaatkan perkara yang sama juga. Dalam membesarkan anak-anak, keseimbangan dalam mendidik harus ada agar anak dapat membesar dengan cemerlang.
Hakikatnya kini, dek kerana kesibukan bekerja bagi kedua ibu bapa, seolah-olah anak jadi mangsa keadaan. Anak buat silap sikit ditengkingnya dan anak menyepahkan mainan dipukul sehingga menangis teresak-esak.
Sedarlah anak-anak seperti kita juga melalui zaman bayi, zaman kanak-kanak, zaman remaja dan dewasa sama seperti anda. Jangan anggap anak-anak boleh berfikir dengan baik kerana mereka tetap memerlukan bimbingan dari ibu bapanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah ibunya disahkan mengidap kanser, Hadiff mula mendapat galakkan daripada ibunya untuk menceburi dunia lakonan. Sejak itu tahun lepas pada usia empat tahun, Hadiff menjadi pilihan untuk penerbitan drama dan iklan komersial.
Pernah tengok tak pelakon cilik ni dalam iklan Wonda Coffee 2018 atau drama Dendam Aurora 2017 dan beberapa iklan atau drama lain. Itulah adik Nik Hadiff Dani atau lebih dikenali sebagai Hadiff.
“Sejak saya didiagnos dengan penyakit kanser saya mula-mula tidak tahu tentang apa masa depan dan arah kesihatan saya. Saya berfikir sementara saya masih ada bersama anak-anak saya mahu mereka buat apa sahaja aktiviti yang mereka suka dan minat.
“Seterusnya dapat membantu mereka pada satu masa nanti andainya saya sudah tiada,”terus terang ibu Hadiff yang kini sedang menjalani rawatan kemoterapi bagi kanser payu dara tahap empat.
AKTIF BERLAKON, IKLAN DAN CATWALK WALAUPUN MASIH KECIL
Antara drama yang pernah dilakonkan oleh Hadiff termasuk Drama Cinta Yang Ku Rasa 2018, Telefilm Shah Vs Sha Edisi Raya 2018,Shortfilm Chinese New Year2018, Telefilm Toyol 2018, Drama Dendam Aurora 2017 dan Astro Seram Selebriti 2017. Antara barisan pelakon yang pernah digandingkan dengan adik Hadiff termasuklah Nabila Huda,Bront alare,Amar Baharin,Izara Aisyah,Zila Bakarin,Kamal Adli dan Syatilla Melvin
Iklan pula termasuk Wonda Coffee 2018, Nian Jiom Malaysia 2018, Nescafe 2018
Tesco 2018, Wyeth S26 2018, Teh Boh 2018, Plus Highway 2017, Ikea 2017
Maybank Raya 2017 dan Permata Kurnia Video 2017.
Hadiff yang pandai bergaya ini turut terlibat dalam sesi shooting dan catwalk antaranya Petit Moi Raya 2018, Watie Collection Catwalk 2018,Sony Event 2018,Hijrah Couture Syawal 2018, Jovian 2018, Wakdan Syawal 2017, SensiTeeth 2017, Parkson Catwalk 2018 / 2017 dan Jubah 5 Waktu Catwalk 2017.
HAFAL SKRIP
Menurut ibunya, walaupun Hadiff belum lancar lagi membaca, dengan bantuannya, Hadiff dapat hafal skrip dengan mudah.
“Hadiff belum boleh membaca lagi.Jadi sebelum masuk ke set saya kena cerita dulu macam mana keseluruhan jalan cerita sebenar. Dan untuk scene yang Hadif lakonkan saya kena cerita situasi dan beritahu Hadif apa dialog dan macam mana perlu deliver watak itu.Memang kena hafalah dialog tu,”jelas puan Wan Musfirah Aimi.
Baru-baru ini perkongsian kisah Hadiff turut dipaparkan ruangan personaliti Genius Pa&Ma edisi Mei 2018. Berikut petikannya.
Nama: NIK HADIFF DANI NIK MOHD YUSOFF Tarikh lahir 31 JANUARI 2013 Nama ibu ayah : WAN MUSFIRAH AIMI & NIK MOHD YUSOFF Hobi : BERMAIN PERMAINAN KERETAPI & KERETA HOTWHEELS Cita-cita: JURUTERBANG
NIK HADIFF DANI, GAYA PERSIS MODEL HANDALAN
Sekali pandang, gaya anak cilik ini, persis seorang model handalan. Benar kata orang, usia bukan penghalang untuk sesiapa sahaja melakukan apa yang diinginkan. Apa yang penting ada kemahuan. Inilah yang dibuktikan oleh anak kecil yang baru berusia lima tahun ini tampil dengan yakin dalam dunia komersial dan lakonan.
Anak bongsu daripada tiga beradik ini mula penglibatan dalam dunia komersial dan lakonan sejak setahun lalu. Nik Hadiff Dani menunjukkan minat mendalam dengan mengikuti jejak langkah abangnya di dalam bidang seni ini iaitu Nik Harraz Danish.
Hadiff seorang yang mengemari fesyen, suka bergaya stylo dan mengikuti trend trend fashion terkini.
“Seperti abangnya, Hadiff suka berfesyen dan mengekspresi diri. Jadi saya yakin bidang ini sesuai dengan citarasa dan minat mereka. Bagi saya tidak menjadi masalah untuk mereka menunjukkan prestasi dan menyumbang dalam industri ini walaupun masih kecil,” jelas ibu Hadiff yang merupakan pesakit kanser payudara sejak tiga tahun lalu.
Beliau juga berharap dengan memberi sokongan sebegini ini dapat memberi kekuatan kepada anak-anak setelah ketiadaannya nanti.
“Sejak saya didiagnos dengan penyakit kanser saya mula-mula tidak tahu tentang apa masa depan dan arah kesihatan saya. Saya berfikir sementara saya masih ada bersama anak-anak saya mahu mereka buat apa sahaja aktiviti yang mereka suka dan minat. Seterusnya dapat membantu mereka pada satu masa nanti andainya saya sudah tiada.
Walaupun baru setahun lebih dalam dunia komersial, Hadiff aktif mendapat pelbagai tawaran seperti model pakaian, iklan dan lakonan. Antara pencapaiannya ialah terlibat sebagai pelakon Drama Dendam Aurora 2017, Astro Seram Selebriti 2017. Manakala iklan pula ialah Nescafe 2018,Tesco 2018, Wyeth S26 2018 dan Plus Highway 2017. Bagi photoshot majalah pula ialah Ikea 2017Hijrah Couture Syawal 2018, Jovian 2018, Parkson Catwalk 2018 / 2017 dan Maybank Raya 2017.
PERUBAHAN KAREKTOR
Menyentuh mengenai karektor Hadiff setelah memasuki bidang komersial, Wan Musfirah Aimi mendapati karektor anaknya telah berubah kepada seorang yang bersikap mudah mesra dan terbuka.
“Apabila berada dalam bidang ini saya dapati sikap Hadiff lebih terbuka berbanding sebelum ini. Jika sebelum ini, agak memilih dengan siapa dia mahu berkawan atau bercakap. Namun sekarang dia lebih ramah dan sudah boleh berbicara dengan sesiapa sahaja.
“Juga menjadi lebih berani dan lebih expresif sama seperti yang ditonjolkan oleh abangnya. Bagi Hadiff, abangnya adalah idolanya dan dia mahu jadi setanding dan lebih baik prestasi daripada abangnya. Ini membuatkan sikapnya untuk memajukan diri lebih kuat dan bersaing dengan lebih sihat.
“Sikap dengki dan iri hati langsung tidak wujud kerana kami terapkan bahawa setiap anak-anak punyai keistimewaan yang berbeza-beza dan perlu diasah, digilap dan bukan untuk dibandingkan atau diperkecilkan. Saya percaya setiap anak harus disayangi dan dipupuk dengan cara tersendiri mengikut karektor masing-masing.
RAJIN BUAT HOMEWORK
Sebagaimana ibubapa yang lain, pastinya ingin memberikan pendidikan yangn terbaik buat anak. Begitulah yang dilakukan oleh ibu Hadiff. Lebih selesa memilih tadika aliran bahasa Cina.
“Sama seperti abangnya, Hadiff yang mudah untuk belajar dan merujuk tentang pelajaran terutama Bahasa Cina. Hadiff suka dan gembira jika hadir ke tadika dan mempunyai sangat ramai kawan-kawan yang kebanyakannya berbangsa Cina dan guru-guru di sekolah amat prihatin terhadap perkembangan pelajar.
“Setiap kali tidak dapat ke sekolah, guru pasti membantunya untuk memahami subjek atau pelajaran yang tertinggal dan memastikan homework tetap dapat disiapkan walaupun tidak bersekolah,”jelas ibu Hadiff
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak jenis kinestetik atau tak boleh duduk diam memang selalu dilabel nakal, suka main sahaja dan tak suka belajar.
Sebenarnya tuduhan tersebut tak berasas sama sekali. Sudahkah anda kenal pasti dan faham karektor anak anda?
Penting ya bagi ibu ayah untuk tahu anak anda jenis yang mana satu sebab kalau anak jenis kinestetik memang semula jadi mereka tak boleh duduk diam dan nampak macam asyik nak main saja.
Bila anda tahu anak jenis kinestetik jadi janganlah letak harapan untuk dia duduk diam dalam tempoh masa yang lama dan buat aktiviti yang memerlukan daya fokus.
Anda perlukan approach yang berbeza untuk tackle mereka supaya suka belajar atau membuat sesuatu aktiviti.
Perkongsian daripada Puan Ilyani Munsarikh, seorang pendidik dan Pengasas Loppy (Islamic leraning circle for kinesthetic children) mengenai cara tepat tackle anak-anak bersifat kinestetik mesti dijadikan panduan oleh semua ibu ayah.
7 tip memahami kanak-kanak kinestetik. Mereka selalu disalah faham, tidak suka belajar, suka main saja. Tidak dapat fokus, selalu mahu habis cepat.
Sukar duduk lama untuk table task. Sebenarnya mereka perlukan approach yang berbeza.
Belajar dengan baik melalui projek. Buat banyak projek-projek seperti kapal terbang, kereta dan sebagainya daripada bahan kitar semula.
2. Suka aktiviti hands on berbanding melihat saja atau mendengar saja. Contoh eksperimen untuk faham sesuatu
3. Biasanya mereka ‘gifted’ dengan kemahiran bersukan, menari dan pergerakan fizikal.
4. Apabila mereka buat sesuatu secara praktikal, baru mereka mudah faham dan ingat.
5. Suka bergerak-gerak semasa belajar berbanding duduk saja.
6. Suka sentuh sesuatu berbanding lihat saja atau dengar.
7. Bagus koordinasi tangan dan mata.
Diharap selepas anda kenalpasti jenis anak anda maka mudahlah untuk didik dan ajar mereka menggunakan cara yang berbeza.
Ingat, setiap anak itu tak sama karektor mereka jadi approach yang sama tak boleh digunakan untuk semua anak.
Home schooling adalah satu proses pembelajaran secara penuh yang dilaksanakan di rumah menerusi aktiviti-aktiviti secara rutin dengan kaedah pembelajaran dan pengajaran yang tersusun dan berobjektif.
Kelasnya adalah rumah dan gurunya adalah ibu-bapa mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu menguasai dua karektor sebagai ibu bapa dan sebagai guru bergantung kepada situasi yang dihadapi.
Ibu bapa perlu banyak menguasai ilmu pendidikan dan ilmu keibubapaan bagi menjamin homeschooling yang dijalankan memberi kejayaan kepada anak-anak.
Ibu bapa perlu tahu apa sebenarnya keperluan, objektif dan matlamat yang ingin dicapai terhadap anak-anak. Setiap anak-anak ada karektor dan keistimewaan yang tersendiri. Memilih aktiviti amat penting bagi kesesuaian dan kecenderungan anak-anak.
Para ibu bapa juga perlu mempunyai pembahagian masa yang cukup untuk anak bagi memenuhi jadual yang telah dirangka lebih awal.
Untuk anak saya, alat bantuan mengajar perlulah kreatif dan bersifat DIY lebih menarik dan memberi impak jangka masa panjang dalam konteks pembentukan kreativiti dan merangsang otak berfikir. Saya lebih gemar alat bantu mengajar yang multifungsi dibuat sendiri tidak dibeli terus di kedai.
Usia emas iaitu dari usia 0 ke 4 tahun adalah satu tempoh kritikal bagi setiap anak-anak kerana pada fasa ini, otak mereka sekadar menyerap segala maklumat yang dipaparkan di hadapan mata, didengari oleh telinga, dihidu oleh hidung malah segala pembentukan kekuatan fizikal dan pemantapan psikomotor kasar dan halus terbentuk pada usia ini.
Kelebihan Home School;
Anak-anak lebih rapat dan erat dengan ibu bapa. Ramai ibu bapa yang terlepas waktu-waktu anak membesar sehingga selalu wujud permasalahan anak-anak lebih rapat dengan pengasuh atau guru-guru taska/tadika berbanding ibu-bapa mereka sendiri.
Penglibatan ibu-bapa dalam aktiviti harian anak-anak merupakan satu item yang amat penting untuk anak-anak menghargai dan merasa kasih sayang sepenuhnya.
Anak-anak belajar dalam keadaan yang santai tidak terlalu terikat dengan silibus atau modul sekolah.
Belajar di rumah lebih menyeronokkan dan fleksible jika dijalankan mengikut objektif yang hendak dicapai dalam pengajaran.
Ibu bapa perlu sentiasa menghasilkan aktiviti yang kreatif bagi mewujudkan suasana yang menyeronokkan.
Ibu bapa yang lebih rapat dan mengenali anak boleh memfokuskan pendidikan mengikut minat dan personality masing-masing.
Dengan merancang aktiviti bersesuaian, mereka akan menjadi lebih bersemangat lalu dapat mengembangkan lagi potensi diri mereka.
Anak berpeluang untuk belajar dalam persekitaran yang berbeza setiap hari. Kelebihan ini membolehkan ibu bapa mengajar mengikut kesediaan anak-anak tanpa perlu dipaksa selagi ianya berjalan mengikut kurikulum standard Prasekolah kebangsaan.
Selain daripada itu, anak-anak lebih selamat berada dalam kawasan rumah mengurangkan isu keselamatan di kalangan kanak-kanak yang kerap berlaku.
Langkah Persediaan
ibu bapa hanya perlu rajin dan tahu kaedah bagaimana untuk mengambil hati anak-anak untuk belajar dalam keadaan yang menyeronokkan. Sekiranya anak-anak belajar dengan ibu bapa sendiri, mereka lebih cenderung untuk ambil sikap acuh tidak acuh sahaja.
Pasti akan ada masa di mana anak-anak kelihatan jemu dengan wajah ibu bapa. Namun dalam mengajar, anak-anak sentiasa perlu didekatkan dengan hubungan sesama adik beradik, jiran tetangga, pasukan beruniform di sekitar komuniti dan masyarakat awam yang mempunyai pelbagai latar yang amat menarik untuk dijadikan sebagai satu bahan pendidikan.
Sumber: Puan Suraya Ismail Pengasas Pusat Jagaan
Kanak-Kanak Sufi Kreatif Perak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.