Situasi yang selalu kita lihat di pusat beli-belah, ada ibu bapa yang terpaksa naik/turun menggunakan escalator kerana lift sentiasa penuh dengan orang dewasa yang sihat tubuh badan.
Ada kalanya hampir 15-30 minit ibu bapa terpaksa menunggu di depan lift namun hampa ditambah pula dengan si kecil yang sudah mula meragam. Akhirnya ibu bapa ini terpaksa membawa stroller sambil mendukung bayi untuk menggunakan escalator. Sudah tentu ianya bahaya untuk si kecil. Namun pedulikah kita yang sihat tubuh badan ini dengan nasib ibu bapa yang ada anak kecil, ibu mengandung, orang kurang upaya dan warga emas?
Puan Wanis yang mengalami nasib yang sama meluahkan rasa kecewa dengan sikap sesetengah pengujung di pusat beli-belah tersebut yang tidak memberi keutamaan kepada golongan yang sepatutnya untuk menggunakan lift.
“Tolong tolong malaysian semua please faham dan ada sensitivity bab-bab ni. Bukan tak ada kes sebelum ni, dah banyak kes budak jatuh escalator kan kat malaysia?”
“Minta tolong ya yang mana takda bawa wheelchair, stroller, benda-benda besar kat tangan, minta tolong sangat naik la escalator.”
“Malaysian masih LEMAH dan kurang sensitivity la benda-benda ni. Kami tunggu depan lift ni dah 4 round tau. (Untuk turun bawah dari 2nd fllor ke LG)”
Ads
“Tak ada seorang manusia pun yang ada belas ihsan dan tolak ansur untuk bagi kami ruang masuk dalam lift ni.”
“Sedangkan yang dalam tu cukup sifat, muda, tak bawa wheelchair, stroller atau bawa barang-barang yang banyak.”
Ads
“Dalam bahasa kurang cantiknya, depa melenggang-lenggang kangkung ja.”
“Last round macam dah hilang sabar dah, jom je la naik escalator tapi aku nak ambil jugak gambar depa dalam lift ni!”
Ads
“Tolong ada kesedaran yang PRIORITY @ KEUTAMAAN untuk naik lift adalah mereka yang naik wheelchair, ada stroller, bertongkat, yang bawa anak-anak, hampa yang sekadar bawa satu dua paperbag tu jangalah naik sini.”
“Kami bukan saja-saja nak naik lift hampa weyy. Bukan kami ja ada few parents pun bawa stroller atas escalator ni jugak. Kami bukan selfish ya tolong la faham, yang tahu ja tahu.”
Kementerian Kesihatan Malaysia melalui kenyataan rasminya mengumumkan dua lagi kes polio yang dilaporkan di Sabah yang melibatkan dua kanak-kanak yang tidak di vaksin menjadikan keseluruhan 3 kes dan kesemuanya masih dirawat di hospital.
Ikuti kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ini;
KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESHITAN MALAYSIA TENTANG POLIO
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia bertarikh 8 Disember 2019 yang telah memaklumkan kejadian satu kes disahkan dijangkiti virus polio di Sabah yang melibatkan seorang bayi lelaki warganegara Malaysia berumur tiga (3) bulan dari Tuaran, Sabah. Pesakit masih dirawat di Bilik Isolasi hospital dengan bantuan pernafasan dan berada dalam keadaan stabil. Berikutan daripada itu, KKM telah meningkatkan liputan imunisasi kepada kanak-kanak, memperkukuhkan survelan acute flaccid paralysis (AFP) dan survelan virus polio dalam persekitaran khususnya air kumbahan serta pendidikan kesihatan bagi mempertingkatkan pengetahuan mengenai penyakit polio, kepentingan imunisasi dan kebersihan diri serta persekitaran.
Hasil daripada tindakan KKM mempergiatkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan, terdapat dua kes AFP baharu yang disyaki polio telah dikesan. Sampel najis bagi kedua-dua pesakit ini selanjutnya telah dihantar ke World Health Organization Polio Regional Reference Laboratory (WHO Polio RRL) di Melbourne, Australia untuk ujian pengesahan dan genetic sequencing. Pada 9 Januari 2020, isolat virus bagi kedua-dua kes ini telah disahkan positif virus polio oleh WHO Polio RRL. Kedua-dua pesakit polio ini adalah seperti berikut:
i. Seorang kanak-kanak lelaki bukan warganegara berumur 11 tahun yang menetap di Kinabatangan, Sabah. Kanak-kanak ini tidak pernah mendapat sebarang imunisasi. Beliau telah mengalami demam pada 17 November 2019 dan telah mendapatkan rawatan di klinik. Pada 1
Disember 2019, beliau dimasukkan ke hospital setelah mengadu sakit di bahagian belakang dan tidak boleh berjalan. Pesakit kini boleh berjalan dengan bertongkat. ii. Seorang kanak-kanak lelaki bukan warganegara berumur 8 tahun yang menetap di Sandakan, Sabah. Kanak-kanak ini tidak pernah menerima sebarang imunisasi. Pada 9 Disember 2019, beliau telah mengalami demam dan tiga (3) hari kemudian tidak boleh berjalan. Beliau masih dirawat dengan bantuan pernafasan di hospital.
Dengan pengesahan dua kes polio baharu ini, jumlah kes polio yang disahkan adalah sebanyak tiga (3) kes. Kesemua pesakit masih dirawat di hospital dan berada dalam keadaan stabil. Ujian makmal WHO Polio RRL di Australia juga mendapati bahawa virus polio yang menjangkiti ketiga-tiga kes ini mempunyai perkaitan genetik dengan kes polio di Filipina.
Siasatan rapi telah dijalankan bagi mengenalpasti punca jangkitan kedua-dua kes baharu ini sebaik sahaja dikenalpasti sebagai AFP. Sehingga kini, seramai 705 orang penduduk di kawasan tempat tinggal kedua-dua kanak-kanak tersebut telah diperiksa dan tiada kes AFP lain yang dikesan. Seramai 65 orang kanak-kanak didapati cicir imunisasi polio dalam kawasan tempat tinggal kes-kes terbabit dan telah diberi suntikan vaksin polio menggunakan vaksin kombinasi lima serangkai (DTaP-IPV//HiB).
Aktiviti kawalan wabak polio di seluruh negeri Sabah juga sedang giat dilaksanakan. Kempen Imunisasi Polio Sabah (KIPS 2019/2020) yang menyasarkan semua kanak-kanak berumur bawah lima (5) tahun di seluruh Sabah telah dimulakan pada 27 Disember 2019. Mereka diberikan dua (2) dos vaksin polio secara titis (oral polio vaccine – OPV). Vaksin ini akan membina imuniti dalam usus untuk membunuh virus polio sekiranya kanak-kanak tersebut dijangkiti, sekaligus memastikan virus ini tidak terus menular dalam komuniti.
Hasil Mesyuarat Penyelarasan Wabak Polio di Sabah yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat pada 31 Disember 2019, adalah diputuskan agar Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM membentuk sebuah Jawatankuasa Kerja Peringkat Pusat dan Jawatankuasa Kerja Peringkat Negeri bagi menangani wabak polio ini. Mesyuarat juga bersetuju agar kerjasama rentas sempadan seperti dengan Kementerian Kesihatan negara
Filipina dan kolaborasi dengan pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations Children’s Fund, UNICEF) terus diperkukuhkan bagi memastikan liputan imunisasi kepada kanak-kanak Filipina yang berada di Sabah dapat dipertingkatkan. Selain daripada itu, advokasi kepada masyarakat termasuk kepada ibu bapa, perlu dipertingkatkan agar lebih peka terhadap kepentingan imunisasi. Mesyuarat juga bersetuju agar pemantauan pengambilan imunisasi seawal di peringkat taska lagi perlu dijalankan bagi memastikan kanak-kanak dilindungi dengan pengambilan vaksin yang lengkap seperti yang disarankan oleh KKM.
KKM ingin menyeru kepada semua masyarakat di Sabah terutama ibu bapa agar memastikan seperti berikut:
i. Anak-anak berumur bawah lima (5) tahun menerima dua dos vaksin OPV semasa kempen ini dijalankan di daerah masing-masing;
ii. Imunisasi rutin di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan perlu diteruskan dan diambil mengikut jadual yang ditetapkan;
iii. Menjaga kebersihan diri termasuk mandi menggunakan air terawat, cuci tangan selepas ke tandas dan sebelum makan serta sebelum menyediakan makanan untuk kanak-kanak;
iv. Menggunakan tandas yang bersih dan sempurna dengan tidak membuang air besar terus ke dalam air/sungai/laut. Lampin pakai buang perlu dibuang di tempat yang sanitari;
v. Jangan mandi dalam sungai atau air yang disyaki terdapat najis manusia di dalamnya dan tidak menggunakan airnya untuk membersihkan peralatan memasak;
vi. Sentiasa menjaga kebersihan persekitaran agar makanan dan minuman tidak tercemar dengan najis. Masak makanan dan air ke tahap suhu yang selamat sebelum dimakan. Peralatan makanan dan minuman bayi perlu sentiasa bersih dan dinyahkuman sebelum digunakan;
vii. Menggalakkan semua kanak-kanak berumur
6 bulan ke bawah diberi susu badan sepenuhnya bagi mengurangkan kemungkinan pencemaran silang ketika penyediaan botol susu; dan viii. Segera dapatkan rawatan awal di klinik atau hospital berdekatan sekiranya terdapat tanda-tanda dan gejala penyakit polio.
Orang ramai adalah diminta agar sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan yang disarankan oleh KKM dan hendaklah sentiasa memberikan kerjasama dalam semua aktiviti yang dilaksanakan. KKM dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Kerajaan Negeri Sabah, Majlis Keselamatan Negara, Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADMA), Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen Malaysia dan semua Kementerian dan Agensi yang terlibat akan terus meningkatkan kerjasama dalam membendung wabak polio ini daripada terus menular.
Sekian, terima kasih.
DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 10 JANUARI 2020
Selepas menimang cahaya mata ketiganya pada Januari lalu, pelakon Mawar Rashid dan suami, Raf Yaakob masih belum mendedahkan wajah buah hati kesayangan mereka.
Namun selepas dua bulan melahirkan Raden Seri Riyanna Sayang, Mawar dan Raf sepakat mendedahkan wajah kesayangan mereka di Instagram.
Pun begitu bukan hanya wajah dikongsikan bahkan Mawar dan Raf rupanya turut menukarkan nama puteri mereka itu. Semuanya bagi mengekalkan pangkal nama Rose pada nama mereka.
Menurut Mawar, dia mahukan kesemua anak perempuannya mempunyai nama Rose.
“Raden Seri Roseanna Camilya @camilyaraf. Yes tukar nama sebab nak anak-anak perempuan semua ada ‘rose’,” ujar Mawar dikapsyennya.
Malah Mawar juga turut mendoakan anak ketiganya yang dipanggil Lya itu menjadi anak solehah malah dipermudahkan urusannya kelak.
“Doakan baby Lya jadi anak solehah ya semua. Amin,” kongsi Mawar.
Menerusi video yang dikongsikan Mawar, si comel Lya yang memiliki kulit putih melepak itu tampil dalam tema puteri salju atau ‘snow white’ ketika sesi fotografi.
Wajah comel Camilya terlihat comel dengan gaun ‘snow white’ tersebut malah turut memegang epal merah di tangan. Comel sekali.
Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet memuji kecomelan wajah anak ketiga pasangan ini. Tidak kurang juga yang turut sama mendoakan perjalanan anak ketiga Mawar itu.
Semoga Baby Camilya terus sihat dan membesar menjadi anak yang solehah serta menjadi pelengkap bahagia ibu dan ayahnya.
Terdahulu, Mawar selamat menimang cahaya mata ketiganya itu pada tanggal 21 Januari yang lalu. Mawar dan Raf turut mempunyai dua orang cahaya mata, Muhammad Rafael, 4, dan Raden Seri Rosabella Cinta yang kini berusia dua tahun.
Ajal maut semua itu rahsia Allah. Siapa kita hendak menidakkan takdir-Nya. Tak cepat atau tak lambat walaupun sesaat. Itu semua dah dijanjikan.
Berita pemergian Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan pagi tadi cukup mengejutkan rakyat Malaysia. Paling terkesan sekali ahli keluarga arwah Abam dan rakan baiknya dalam industri hiburan.
Menerusi perkongsian di instagram pelawak Ali Puteh yang juga adik kepada arwah Abam, berita mengejutkan ini sungguh tak disangka sama sekali.
“Dapat panggilan dari isteri arwah Abam yang memberitahu Abam meninggal dunia macam tak percaya. Bila dah sampai dirumahnya dan tengok keadaan Abam baru saya reda Allah lebih sayangkannya,” katanya dalam nada sedih.
Ali juga turut memuat naik status “Al-Fatihah Abanggg” dan posting itu dihujani dengan ucapan takziah selain mendoakan arwah Abam ditempatkan dikalangan orang beriman.
Tak sampai 3 bulan kehilangan dua insan tersayang
Bukan itu sahaja, Ali juga mengakui berita kehilangan Abam ini juga turut mengembalikan kesedihannya yang telah kehilangan anak keduanya tidak sampai tiga bulan lalu akibat komplikasi jantung.
Memang berat dugaan dan ujian yang menimpa Ali dan keluarga. Kehilangan dua insan tersayang dalam sekelip mata mengundang sebak pengikutnya yang kebanyakan seakan-akan tidak mempercayai perkara tersebut.
Abam mendirikan rumah tangga dengan Nor Hidayah pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.
Al- Fatihah dan takziah buat seluruh ahli keluarga.
Sumber : ig Ali Puteh
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.