Pemergian anak syurga Muhammad Fawwaz Adli pada 28 Ogos lalu selepas setahun dua bulan terlantar sakit akibat dihempap peti ais masih dirasai oleh kedua ibu bapanya. Mana tidaknya, sepanjang arwah Fawwaz sakit, pelbagai ikhtiar dilakukan untuk memastikan anak sulung daripada tiga beradik itu kembali sihat.
Namun takdir Allah, siapa yang dapat menolaknya kerana ketika sedang melakukan rawatan dan Fawwaz mula menunjukkan perkembangan yang baik, Allah ambil buat selama-lamanya.
Sebelum ini, kisah adik Fawwaz telah dilaporkan selepas kejadian malang menimpanya pada 13 Julai 2019 dan tragedi itu mendapat perhatian masyarakat yang turut bersimpati.
Coretan dari hati seorang ayah, Mohd Bukhari Zainal Anuar yang reda atas pemergian anak syurganya itu dan turut berterima kasih pada semua pihak terlibat kerana sentiasa mendoakan dan menghulurkan sumbangan sepanjang arwah Fawwaz masih ada.
Rasa macam Fawwaz masih ada
18 September 2020Jumaat ke-4 wildan syurga Muhammad Fawwaz Adli pergi menghadap ilahi. Terasa masa berlalu dengan begitu pantas. Rasa macam baru semalam kami mendakap erat tubuh badan wildan syurga ini.
Ads
Satu kehilangan yang sangat mengejutkan di saat Fawwaz semakin menunjukkan perkembangan yang positif. Fawwaz langsung tak menunjukkan sebarang tanda yang dia ingin pergi. Fawwaz kelihatan tenang, pernafasan stabil dan tiada langsung suara merengek kesakitan sehinggalah kami dimaklumkan oleh perawat yang Fawwaz sedang tenat.
Seakan-akan tidak percaya dengan apa yang kami dengar. Kami terasa bagaikan mimpi dan hilang arah. Air mata yang mengalir tidak mampu kami tahan bila mendengar perkhabaran yang Fawwaz sedang nazak.
Perginya Fawwaz dalam keadaan tenang
Selama lebih setahun dua bulan Allah bagi kami peluang menjaga dan berikhtiar mencari rawatan terbaik untuk merawat kesakitan yang Fawwaz alami. Namun Allah lebih sayangkan Fawwaz dan Fawwaz pergi keadaan yang sangat tenang.
Kami sekeluarga menangisi pemergian Muhammad Fawwaz Adli dengan reda. Berlari-larilah Fawwaz di taman syurga. Hilang sudah segala kesakitan yang Fawwaz lalui. Segala kenangan kita bersama akan tersemat di dalam hati kami buat selamanya.
Terima kasih atas doa anda semua
Buat semua sahabat-sahabat yang mengikuti perjalanan hidup wildan syurga Fawwaz Adli sehingga ke hari ini, sekali lagi saya ingin mengucapkan rasa syukur dan terima kasih buat kalian semua atas bacaan ayat suci al-Quran, doa serta kata semangat buat kami sekeluarga. Mohon maaf seandainya coretan saya berkenaan Fawwaz sebelum ni menganggu emosi tuan puan semua.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Akibat penularan wabak Covid-19, ramai rakyat Malaysia mula berasa bimbang dengan keadaan ekonomi diri sendiri dan negara. Ada yang mula terjejas dan tidak bergaji malahan ada yang kehilangan kerja ketika krisis ini.
Prihatin dengan situasi yang dialami negara, Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin mengumumkan beberapa inisiatif yang dapat mengurangkan beban rakyat ketika ini.
KENYATAAN SIDANG MEDIA YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN PERDANA MENTERI MALAYSIA 23 MAC 2020
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamuálaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan salam sejahtera.
Sebentar tadi saya telah selesai mempengerusikan mesyuarat kedua Majlis Tindakan Ekonomi. Dalam mesyuarat ini saya telah diberikan penerangan terperinci mengenai situasi terkini kewangan negara. Ini termasuk penurunan mendadak harga minyak mentah dunia dan penularan wabak COVID-19 yang memberi kesan ke atas pertumbuhan ekonomi dan kedudukan semasa kewangan negara.
Saya sedar pada waktu ini antara perkara utama yang sedang bermain di fikiran sebahagian besar rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah, ialah bagaimana untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Saya tahu dalam keadaan krisis yang sedang kita lalui ini, ramai yang kehilangan sumber pendapatan. Peniaga-peniaga kecil terpaksa tutup kedai, pemandu teksi dan grab kehilangan pelanggan, pekerja bergaji harian tidak menerima gaji, malah para majikan pun ramai yang menanggung kerugian kerana perusahaan dan perniagaan mereka terpaksa ditutup buat sementara waktu.
Oleh sebab itu, Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi pada hari ini telah memutuskan beberapa inisiatif utama yang saya harap dapat membantu meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh anda semua ketika melalui waktu yang sukar ini. Inisiatifinisiatif yang akan saya umumkan ini adalah sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat yang lebih komprehensif yang akan saya umumkan dalam masa terdekat.
Inisiatif-inisiatif yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi pada hari ini ialah:
Pertama, kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM40 billion. Menerusi kemudahan ini, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan. Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020. Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP,dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion.
Saya berharap inisiatif ini dan juga pengurangan kadar caruman KWSP pekerja sebanyak 4% yang berkuatkuasa pada bulan April 2020 akan membolehkan para pekerja mempunyai lebih wang dalam poket masing-masing untuk membeli barangbarang keperluan harian.
Nasihat saya kepada anda semua yang akan menerima manfaat ini, gunalah wang ini sebaik mungkin. Beli barangbarang yang perlu sahaja dalam waktu yang agak sukar ini. Yang penting, pastikan setiap hari ada makanan di atas meja untuk seisi keluarga. Mungkin juga wang ini sebahagiannya boleh digunakan untuk menampung bayaran bil air atau bil elektrik atau sewa rumah mengikut keperluan masing-masing.
Walaupun jumlahnya mungkin tak seberapa, tetapi inilah wang hasil titik peluh anda sendiri yang sepatutnya digunakan untuk hari tua, tetapi kerajaan benarkan wang ini digunakan pada masa ini memandangkan ada dalam kalangan saudara-saudari yang memerlukan. InsyaAllah, jika wang ini digunakan secara berhemah akan ada keberkatannya untuk saudara dan saudari
seisi keluarga.
Kedua, kerajaan juga bersetuju untuk menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta kepada Kementerian Kesihatan bagi menyokong usaha menangani COVID-19. Peruntukan ini antara lainnya akan digunakan untuk membiayai pembelian peralatan perubatan seperti ventilator dan peralatan ICU, peralatan perlindungan diri (PPE) tambahan bagi kakitangan perkhidmatan perubatan awam serta keperluan
makmal untuk saringan COVID-19. Untuk menyegerakan pembelian barangan kritikal, kerajaan telah meluluskan tatacara perolehan secara darurat.
Selain itu, peruntukan sebanyak RM100 juta juga disediakan kepada Kementerian Kesihatan untuk melantik 2,000 kakitangan baharu secara kontrak, terutamanya jururawat. Ramai jururawat dan kakitangan hospital yang amat keletihan pada masa ini kerana mereka terpaksa bekerja siang dan malam untuk membuat saringan kes COVID-19 dan merawat mereka yang disahkan positif. Saya berharap pengambilan kakitangan baharu ini dapat dibuat dengan segera supaya semua hospital di negara kita mempunyai kakitangan
yang mencukupi untuk menangani penularan wabak COVID 19.
Ketiga, kerajaan juga telah bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM130 juta kepada negeri-negeri untuk membantu kerajaan negeri menangani krisis COVID19. Peruntukan ini boleh digunakan untuk memberi bantuan kepada penjaja dan peniaga kecil yang terjejas akibat krisis COVID-19, bantuan kepada pesakit COVID-19 dan ahli keluarga mereka serta menyediakan keperluan kepada petugas-petugas di peringkat kerajaan negeri yang terlibat dalam menangani krisis ini.
Peruntukan sama rata akan diberi kepada setiap negeri, tanpa mengira parti mana yang membentuk kerajaan negeri berkenaan. Krisis yang sedang kita hadapi ini memberi kesan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan kecenderungan politik. Sebab itulah saya berpandangan semua pihak tanpa mengira fahaman politik mestilah bersama-sama berganding bahu dan bersatu-padu untuk menangani krisis
yang sedang kita hadapi ini. Menjaga keselamatan rakyat,kesihatan rakyat dan nyawa rakyat adalah tanggungjawab kita bersama yang melangkaui batas politik.
Keempat, kerajaan juga telah bersetuju untuk memberikan lanjutan masa dari 3 bulan kepada 6 bulan bagi penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang melibatkan jumlah kutipan sebanyak RM750 juta. Penangguhan ini yangberkuatkuasa serta-merta pada hari ini sehingga 30 September 2020 dijangka akan memberi manfaat kepada hampir 1.5 juta peminjam PTPTN.
Selain daripada inisiatif-inisiarif yang saya umumkan ini, kerajaan juga sedang mengkaji langkah-langkah tambahan untuk membantu rakyat menghadapi keadaan yang agak sukar pada waktu ini. Langkah-langkah komprehensif sedang diteliti oleh Kementerian Kewangan yang akan mengambil kira kepentingan setiap kelompok masyarakat di negara ini. Samada anda peniaga kecil, pemandu teksi, petani, nelayan, penternak, pekerja kilang, kakitangan swasta, kakitangan kerajaan, semuanya akan diberi perhatian oleh kerajaan. InsyaAllah, jika diizinkan oleh Allah s.w.t. saya akan umumkan Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat yang lebih komprehensif pada 30 Mac 2020.
Kesemua langkah yang bakal saya umumkan nanti akan mengambil kira usaha untuk mengukuhkan kedudukan kewangan negara kita dalam jangka masa sederhana. Saya berharap dengan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan, kehidupan saudara-saudari akan lebih terjamin dan ekonomi negara kita juga akan kekal kukuh.
Dalam situasi krisis yang sedang melanda negara kita pada waktu ini, yang paling penting kita hendaklah sentiasa bermuafakat, berganding bahu dan cekal dalam mencari penyelesaian kepada setiap masalah yang kita hadapi.
Bulat air kerana pembentung
Bulat manusia kerana muafakat
Berat sama dipikul
Ringan sama dijinjing
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon, Diana Danielle yang sudah memiliki sepasang cahaya mata mengakui belum masanya untuk menambah ahli keluarga buat masa sekarang.
Menurut Diana Danielle, 31, dia ingin lebih memberikan tumpuan dalam membesarkan kedua-dua anaknya yang kini sudah mencecah 9 tahun dan 6 tahun .
“Anak dah besar tambah la lagi sorang” 🤭
“Yes betul anak yang kedua pun dah 6 tahun, tapi bagi D nilah usia diorg perlukan bimbingan dan input setiap masa sebelum melangkah ke fasa remaja. Nampak saja “besar” tapi masih nak pelukan, nak manja, nak kita explore dan explain soalan-soalan yang makin rumit, makin “deep”.
“Curiosity mencanak, personaliti makin terbentuk, makin pandai counter point kita, makin nak berkawan dan mengenali dunia luar. D tak nampak itu sebab untuk tambah dan tambah. Sorang pun dah amanah seumur hidup.”
Tambahnya lagi, membesarkan anak bukan mudah dan ikutlah kemampuan bukan hanya dari segi duit malah mental, emosi serta masa lebih-lebih lagi bagi ibu yang bekerja sepertinya.
“So kita ikut pada kemampuan yang bukan hanya dari segi duit tapi mental, emosi dan masa. The right time will come if and when we feel it should happen. Working moms lagi la fikir lebih.”
“Tak nak baby baru membesar dengan orang gaji, dengan cikgu taska saja. That’s not why we want to have kids.. I want to be the parent, I want to be their guide and point of reference.”
“Til now – i’ve got a lot more parenting to do. Even with myself”
Rata-rata bersetuju dengan pendapat Diana termasuklah rakan selebriti.
Diana mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Farid Kamil pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad 9 tahun dan Aurora 6 tahun.
Kredit: Diana Danielle
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Achey yang baru menyambut hari lahir hari ni terkejut dengan surprise daripada isterinya, Anne. Hadiah paling bermakna itu diletakkan di bawah tutup saji.
Rupa-rupanya hadiah yang paling mahal dan tidak ternilai itu ialah Tiara Zinnirah,anak angkat mereka. Tiara yang dibedungkan seolah-olah ikut sama menyanyikan lagu Happy Birthday bersama ibu. Alahai comel sangat!
Achey memberikan reaksi terharu dengan kejutan ini dan mengalirkan air mata bersama-sama Anne dan terus memeluk Tiara.
Video ini mendapat tontonan hampir 200k dalam masa 9 jam. Para follower yang menonton turut sama menitiskan air mata dengan mengucapkan selamat hari lahir buat selebriti ini.