Bertuah sungguh pelakon Eira Syazira yang dilihat sentiasa ceria dan bahagia sepanjang menjalani tempoh berpantang anak ketiga pada Januari lepas.

Suaminya, Azad yang sentiasa ceria dan lucu tak jemu memberi sokongan dan bantuan sama ada secara fizikal dan emosi.

Isteri dalam tempoh berpantang mudah merasa stres dan tertekan kerana keletihan dan emosi yang bercampur baur selepas melahirkan bayi. Dalam tempoh ini, suami mesti memberi sokongan dan bantuan.

Lagi bagus kalau suami sendiri yang menjaga isteri berpantang dan menyediakan segala kelengkapan isteri termasuk menguruskan anak.

Tetapi kalau tak biasa menguruskan isteri berpantang, suami boleh mengupah mereka yang pakar dalam bab penjagaan ibu berpantang lepas bersalin.

Apa salahnya sediakan yang terbaik untuk isteri sendiri juga! Tengok saja cara Azad memberikan sokongan dan bantuan kepada isterinya Eira Syazira.

IKLAN

Suami ku suami ku.. hahahahahaha

A post shared by E I R A S Y A Z I R A (@eirasyaziraofficial) on

Selain dari Eira juga suka berkongsi video suaminya yang gemar membuat lawak jenaka dan sering menghiburkan hatinya sepanjang masa. Sepanjang tempoh berpantang, macam-macam lawak jenaka Azad buat.

Nampaknya memang bertuah dapat suami kelakar macam Azad kerana Eira nampak sentiasa ceria dan cantik sampai tak nampak langsung macam ibu dalam berpantang.

IKLAN

Menurut Pakar keibubapaan & Kekeluargaan, Prof Dr Rozieta Shaary, semasa isteri di dalam pantang, suami perlu kuat semangat kerana ketika ini isteri sangat memerlukan suami untuk menjaganya dengan baik.

Hilang Stres Berpantang Bila Suami Beri Sokongan. Bertuah Eira Syazira Dapat Suami Kelakar

Suami perlu menjaga isteri bukan sekadar fizikal termasuk juga mental dan emosinya.
Ada ibu yang boleh meroyan kerana sangat keletihan disebabkan rutin telah bertukar.

Tidur malam terganggu, kurang rehat menyebabkan minda mudah berhalusinasi. Sebab itu ada kes ibu dalam pantang mudah stres dan rasa nak marah dan campak bayi yang kerap menangis.

IKLAN

Jadi, suami kena prihatin menjaga isteri, emosi isteri akan stabil kerana dia merasakan dirinya dikasihi dan disayangi selepas penat bertarung nyawa melahirkan anak.

Ini juga memberi kestabilan kepada emosi anak dan satu kepercayaan yang sangat penting akan wujud di dalam diri anak iaitu “Aku dikasihi”.

Oleh kerana tenaga itu terpancar dari ibu dan meresap ke anak maka anak-anak yang merasa dikasihi akan mengasihi dan mempunyai ketenangan dalam emosinya.

Ketenangan emosi memberi kekuatan EQ dan SQ dan ini sangat penting untuk kejayaan dunia dan akhirat. Patutlah anak sulung Eira dan Azad ni sangat bijak dan petah bercakap!

Sumber: eirasyaziraofficial

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI