
Pernah tengok kan lidah bayi bertompok putih? Biasanya apa ibu akan buat untuk pastikan ia bersih. Ada macam-macam pendapat dan antara yang biasa dilakukan adalah dengan memberi air kosong.
Melalui perkongsian Dietitian Nur Hafizah M Sobri, Oral thrush (seperti gambar bawah)
adalah jangkitan yis. Ada tompok-tompok putih di sekitar mulut dan dalam bibir dan ini boleh menyebabkan anak sakit.
Jika terkena anak akan kurang selera nak minum susu atau minum sekejap, lepas dan jika berlarutan boleh mengalami dehidrasi. Jika keadaan ini berlarutan BAWA JUMPA DOKTOR dan perlu dapat rawatan.
Bayi boleh dapat jangkitan ni dari puting ibu atau botol yang tak bersih.
Kesan susu selepas anak menyusu badan atau botol biasanya akan hilang dalam tempoh 1-2 jam. Hanya ada di lidah. Jika anak masih menyusu normal, happy je keadaan ini TIDAK BERBAHAYA. Jangan suka-suka nak bagi air kosong nak basuh lidah dari kesan susu ni.
Kenapa tak perlu beri air kosong kepada anak bawah 6 bulan?
1. Anak mudah kenyang
Air kosong cecair seperti susu ibu tapi boleh memenuhkan perut baby. Bagi 10-50ml pun cukup nak kurangkan selera baby. Kalau baby dah kenyang minum air kosong macam mana baby nak minum susu dengan baik???
2. Tiada zat
Walaupun air kosong sihat untuk kita tapi bukan untuk baby bawah 6 bulan. Air kosong mengandungi ZERO kalori dan zat. Dahlah anak kenyang tapi tak dapat zat lagi.

3. Dah cukup dari susu ibu dan formula
Susu ibu, titisan emas ni dah cukup segalanya..walaupun minum susu formula tak perlu ‘bilas’ dengan air kosong selepas minum.
Semua dah cukup..zat, air.
4. Kebersihan
Tahukah anda air mineral, air tapis, air reverse osmosis tidak sesuai untuk diberi atau diguna untuk bancuh susu baby?
Semua air ini dikhuatiri kebersihan sebab kuman dan bakteria ni sangat kecil. Kalau kerap guna kita mungkin perasan anak selalu batuk.
Kita galakkan guna air masak suam yang ditapis (of coz bukan yang tengah didih menggelegak tu), kalau nak tapis lepas masak silakan.
Nak bagi air kosong lepas 6 bulan..bolehhhhh..Tunggu lepas 6 bulan.
Ingat ya ibu bapa jangan ikut ‘petua-petua’ yang belum tahu kesahihannya. Jika perlu jumpa doktor dahulu. Jangan bertangguh sebab nak cuba petua kerana keadaan yang tak kritikal boleh jadi kritikal walaupun tangguh 24 jam.
Sumber: Dietitian Fizah Sobri
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tumpah Darah Lepas Bersalin Bukan Hal Biasa-Biasa, Boleh Sebabkan Kematian, Ibu Hamil Perlu Ada Ilmu!

Kes kematian ibu selepas melahirkan anak bukanlah hal biasa yang boleh dipandang ringan oleh ahli keluarga. Disebabkan itulah orang-orang lama selalunya menasihatkan ibu berpantang supaya ditemani suami atau ahli keluarga ketika berpantang.
Sepanjang 42 hari selepas dilahirkan, ibu yang baru melahirkan anak mudah terdedah dengan pelbagai risiko yang mampu mengundang bahaya sehingga menyebabkan kematian mengejut. Antara salah satu sebab kematian dikalangan ibu melahirkan anak adalah tumpah darah.
Menurut Dr Norintan Zainal Shah daripada Hospital Columbia Asia, kes kematian ibu selepas 42 hari bersalin diklasifikasikan sebagai “late maternal death”.
Punca Kematian Ibu
Banyak masalah yang menjadi punca kematian ibu selepas bersalin. Antara salah satu penyebab yang utama adalah masalah tumpah darah ketika bersalin.
Masalah tumpah darah selepas bayi dilahirkan dikenali sebagai post-partum hemorrhage (PPH). Sebanyak 25 peratus kes Maternal Mortality ratio atau MMR disebabkan oleh PPH ini.
Kes-kes tumpah darah berlaku kerana rahim tidak mengecut atau masalah uri yang dikeluarkan (selepas kelahiran bayi) tidak lengkap.
Ibu yang melahirkan bayi di rumah mempunyai risiko yang dilaporkan 3 hingga 5 kali lebih tinggi untuk mengalami PPH. Mereka yang mengandungkan bayi kembar atau berganda juga lebih berisiko untuk mengalami PPH.
Para wanita yang mengandungkan anak ke 6 atau lebih dari itu, juga mengalami risiko PPH. Walau bagaimana pun, risiko tumpah darah atau PPH ini boleh dikurangkan dengan cara ini:
l – Memastikan tahap hemoglobin kekal tinggi sewaktu hamil.
l – Mengamalkan perancangan keluarga agar tidak hamil lebih dari 5 orang.
l – Melahirkan bayi anda di hospital-hospital besar.
/ – Elakkan memilih untuk bersalin sendiri
Oleh itu, bagi ibu yang mengandung anak pertama terutamanya harus mendapatkan informasi lebih mengenai hal ini. Tambah ilmu dan ketahui pendarahan bagaimana samada normal atau berlebihan sehingga mengundang risiko dan bahaya pada nyawa.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mata Bayi Berair Seperti Menangis, Doktor Terangkan Punca & Cara Rawatan Sesuai. Tak Perlu Bimbang Tapi Kena Ambil Tahu

Isi Kandungan
ToggleBayi yang sedang membesar memang mudah dijangkiti penyakit. Namun ada antara penyakit yang dialami tidaklah terlalu merbahaya. Walaubagaimanapun sebagai ibu bapa adalah penting untuk sentiasa menjaga kesihatan si kecil yang mana imunitinya masih lagi sedang berkembang.
Dr Zubaidi Hj Ahmad dalam satu perkongsiannya di Facebook menjawab persoalan dari seorang ibu tentang masalah mata bayi berumur yang sering berair seperti menangis.
Menurut Dr Zubaidi selalunya perkara ini bukanlan sesuatu yang membimbangkan kerana kebanyakan bayi yang mengalami masalah ini akan sembuh selepas berumur setahun. Ikuti penjelasan lanjut mengenai masalah ini yang diterangkan secara jelas untuk makluman para ibu dan ayah.
MASALAH MATA ANAK BERAIR SEPERTI MENANGIS
“Assalamu’alaikum. Dr. Pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjawab pertanyaan ini. Saya merupakan seorang ibu pada seorang anak perempuan. Alhamdulillah sekarang umur anak saya hampir mencecah 8 bulan.
Saya ada satu soalan yang ingin ditanya kepada doktor. Sudilah sekiranya doktor berkongsi pengetahuan bagi soalan saya. Untuk pengetahuan doktor, mata anak saya sering mengeluarkan cecair seperti (menangis). Ia berlaku sejak dari kecil iaitu selepas kelahiran. Pada mulanya saya fikir ia hanya perkara biasa dek kerana cuaca sejuk di Jordan ketika itu. Sehingga kini ia masih lagi berair walaupun umurnya sudah hampir 8 bulan.
Sebagai seorang ibu, sudah pasti ia menjadi satu kebimbangan buat saya. Saya sudah berkali tanya kepada beberapa orang doktor berkaitan perkara ini. Jawapan yang saya terima adalah kerana saluran air mata anak saya kecil menyebabkan air mata tidak dapat mengalir dengan baik lalu keluar menjadi titisan air mata.
Saya juga ada terbaca artikel doktor berkaitan perkara ini. Alhamdulillah saya berasa tenang. Cuma saya ingin tahu. Adakah saluran mata anak saya akan kembali normal seperti biasa seiring pertambahan umurnya? Bagaimana dengan penyakit retinoblastoma? Adakah ia boleh dikesan dari awal? Terima kasih doktor.
WA ALAIKUM MUS SALAM
Terima kasih kerana puan menulis kepada saya. Saya memahami kerisauan puan. Semoga dengan penerangan saya dapat membantu meredakan kerisauan puan.
Sebagai seorang ibu sudah tentu masalah pada anak menyebabkan hati menjadi risau. Apatah lagi mungkin masalah ini mungkin disebabkan oleh sesuatu yang lebih bahaya, seperti kanser yang selalunya boleh meragut nyawa.
Sumbatan pada saluran air mata
Namun walau bagaimanapun, saya ingin memaklumkan bahawa mata anak puan yang sering mengeluarkan cecair seperti menangis itu, berkemungkinan besar hanya disebabkan oleh sumbatan pada saluran air mata beliau. Ia bukanlah sesuatu masalah yang serius. Ia berlaku pada sebilangan kecil bayi dan keadaannya akan bertambah baik apabila mereka semakin membesar.
Untuk pengetahuan puan, mata kita sentiasa dibasahi oleh cecair bagi mengelakkan ia menjadi kering. Cecair yang banyak dan melimpah, terutama apabila kita bersedih atau kesakitan, disebut sebagai airmata.
Pada kebiasaannya air mata akan mengalir masuk ke dalam saluran airmata (lacrimal duct atau tear duct), selepas ia dikeluarkan dari kelenjar airmata (tear gland). Ia akan masuk melalui dua bukaan (puncta) yang berada di kelopak mata sebelah atas dan kelopak mata sebelah bawah, berhampiran dengan hidung.
Bukaan ini menghubungkan dengan saluran airmata melalui saluran yang kecil, dinamakan canaliculi. Jika berlaku sumbatan sama ada pada puncta, atau canaliculi atau tear duct, air mata tidak dapat disalurkan keluar ke dalam hidung, menyebabkan ia melimpah sebagai airmata.
Selain dari sumbatan pada saluran airmata, limpahan tersebut mungkin disebabkan oleh:
1. Kecacatan pada sistem saliran air mata, sama bukaan (puncta), canaliculi, atau saluran airmata. Kebiasaannya kecacatan berlaku apabila tiada bukaan, sama ada pada kelopak mata yang atas atau kelopak mata yang bawah atau kedua-duannya.
2. Jangkitan kuman pada saluran airmata.
3. Lebihan tulang yang menghalang saluran air mata akibat kecederaan trauma
Sembuh selepas bayi berumur setahun
Selalunya ia bukanlan sesuatu yang membimbangkan kerana kebanyakan bayi yang mengalami masalah ini akan sembuh selepas berumur setahun. Tiada lagi limpahan air mata kerana apabila mereka membesar, saluran air mata tersebut itu juga akan membesar, memudahkan air mata mengalir masuk ke dalam saluran tersebut.
Bagi sesetengah kanak-kanak, limphan air mata adalah minima, tetapi ada juga limpahan airmata terlalu banyak sehingga membasahi bulu mata, dan pipi. Ia dapat dilihat terutamanya apabila bayi itu baru dilahirkan sehingga umurnya berusia sebulan.
Oleh itu saya mencadangkan agar puan membawa anak puan untuk pemeriksaan doctor pakar mata jika masalah ini berlangsung selepas berumur setahun. Ini bagi memastikan masalah ini bukan disebabkan oleh masalah yang lebih serius seperti masalah penyakit glaucoma yang lebih berbahaya.
Kadang-kala ia boleh menyebabkan jangkitan kuman, sehingga kelopak airmata menjadi merah dan melekat antara satu sama lain, sehingga terdapat lendiran berwarna kuning kehijauan. Keadaan ini dnamakan “dacryocystitis” apabila jangkitan kuman berlaku pada keseluruhan saluaran airmata.
Faktor penyebab
Limpahan airmata ini boleh berlaku sesekali. Oleh itu ibubapa mengadu keadaan ini kadang-kala telah sembuh tetapi berulang-ulang. Selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman saluran pernafsan seperti jangkitan kuman pada hidung dan tekak, yang menyebabkan lebih banyak lendiran yang keluar di dalam hidung, menghalangkan cecair dari mata masuk ke dalam hidung.
Banyak cara rawatan yang boleh membantu mengurangkan masalah ini, antaranya rawatan ‘mengurut saluran air mata’. Caranya ialah dengan menekan perlahan-lahan bahagian hidung bagi membantu saluran ini lebih membuka dan memudahkan aliran airmata.
Jika ia tidak berkesan, mungkin rawatan yang lebih agresif boleh dilakukan oleh doctor mata bagi membuka bukaan dan saluran airmata.
Selain dari masalah sistem saluran airmata, limpahan air mata boleh disebabkan oleh lagi masalah penyakit yang lebih serius iaitu penyakit glaucoma di kalangan kanak-kanak dan kanser mata (retinoblastoma).
Glaucoma
Glaucoma adalah penyakit yang menyebabkan kerosakan saraf mata (optic nerve) apabila terdapat tekanan yang tinggi di dalam mata, menekan saraf mata sehingga menyebabkan tisu pada saraf mata menjadi rosak dan akhirnya menyebabkan kebutaan. Masalah glaucoma ini selalunya berlaku pada orang dewasa, namun ia boleh berlaku pada bayi dan kanak-kanak juga.
Glaucoma juga menyebabkan bayi atau kanak-kanak mengalami ‘limpahan air mata’ sehingga kelihatan seperti menangis, tetapi jika tiada limphan air mata ini, tidak bermakna kanak-kanak itu tidak mengalami penyakit glaucoma. Maknanya ‘limpahan air mata’ bukanlah suatu ciri utama bagi penyakit ini. Selain dari itu kanak-kanak ini sangat sensitif terhadap pancaran cahaya dan mereka cuba mengelakkan diri dari melihat cahaya yang terang. Pada bahagian permukaan mata (cornea) juga kelihatan berwarna kelabu dan tidak seperti permukaan mata yang normal.
Selalunya doctor mata akan memeriksa tekanan pada dalam mata (intraocular pressure) dan tekanan ini sangat tinggi. Doktor juga akan memeriksa bahagian dalam mata untuk melihat masalah pada saraf mata (optic nerve). Selalunya dilakukan setelah bayi atau kanak-kanak ini diberikan bius pengsan (general anesthesia) agar mereka tidak berasa takut dan bergerak ketika pemeriksaan dlakukan.
Retinoblastoma pula adalah kanser mata yang berlaku pada permukaan retina. Ia bermula semasa dalam rahem lagi apabila berlaku proses mutasi pada DNA di sel-sel retina. Tanda-tanda awal bagi penyakit kanser ini ialah terdapat warna putih pada anak mata (seperti mata kucing) apabila disuluh dengan lampu suluh. Mata juga akan kelihatan seperti juling dan bila kanser semakin membesar, mata akan menjadi merah.
Jika retinoblastoma tidak dirawat, ia akan membesar dan memenuhi ruang dalam mata. Apabila ia menyumbat saluran cecair dalam mata, ia menyebabkan tekanan dalam mata (intraocular pressure) akan meningkat sehingga menyebabkan rasa sakit dan kebutaan.
Retinolastoma boleh merebak ke bahagian lain seperti kelopak mata, dan tulang mata. Malah ia boleh merebak jauh pada organ lain seperti paru-paru, hati dan tulang belakang. Namun retinoblastoma adalah penyakit kanser mata yang jarang berlaku pada bayi dan kanak-kanak.
Oleh itu saya mencadangkan puan membawa anak puan untuk pemeriksaan mata oleh doctor pakar mata setelah beliau berumur setahun, jika puan masih berasa risau dengan keadaan mata anak puan. Puan boleh terus membawa anak puan tanpa menunggu umurnya setahun jika puan mendapati keadaan mata anak puan bertambah teruk atau ada tanda-tanda seperti mana yang saya sebutkan tadi.
Seperti yang disarankan oleh Dr Zubaidi, jika ini yang berlaku kepada bayi anda, sebaiknya membawa mereka untuk melakukan pemeriksaan mata jika bayi sudahpun berumur setahun. Namun jika keadaan mata anak semakin teruk, dapatkan segera rawatan daripada doktor pakar.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Teman Isteri Dalam Bilik Bersalin, Rody Kristal Cemas Macam Cari Tali Gitar Hilang.

Tahun 2020 memang ramai selebriti dan artis yang menimang cahaya mata. Sama ada zuriat yang pertama atau kedua, memang meriah dengan kehadiran bayi baharu.
Beberapa hari yang lalu pemain gitar kumpulan Kristal, Rody dikurniakan anak kedua selepas isterinya, Niena Azman selamat melahirkan bayi lelaki pada Isnin.
Rody menerusi satu hantaran di Instagram memuat naik foto isteri serta bayi lelaki yang baru dilahirkan itu di samping doktor yang bertanggungjawab menyambut kelahiran anaknya.
“Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Lahirlah seorang lagi hero dalam hidup kami,” tulisnya di Instagram.
Menurut Rody, anak kedua mereka itu dilahirkan pada jam 11 pagi dan disambut doktor yang turut menyambut kelahiran anak sulungnya, Adithya Jabbar.
Rody juga mengucapkan terima kasih dan menzahirkan rasa cinta kepada isterinya.
“Love you sayang, berjuang melahirkan anak kita,” tulisnya disertakan dengan emoji hati serta ciuman.
View this post on InstagramA post shared by official rody kristal (@rodykristal) on
Dalam posting lain di Instagram isterinya, Niena Azman yang juga merupakan pemain futsal wanita skuad kebangsaan juga turut memuat naik gambar bersama bayi terbaru mereka.
Niena dalam kapsyen di posting tersebut mengucapkan terima kasih kepada doktor yang menyambut kelahiran anaknya itu. Dia juga sempat berseloroh melihat reaksi suami yang cemas ketika dirinya sedang menahan sakit sepanjang proses melahirkan anak itu.
Disamping itu, Niena juga memohon orang ramai mendoakan kesihatan anak yang dipanggil Baby B.
“Alhamdullilah, akhirnya keluar hero jugak.. kali ni struggle skit berbanding Adith, apa2 pn tq pd Dr @yuliarifuddin dua2 hero die sambut.. tenang je die walaupun niena dh mcm apa je kt LR tu
En.Mi nk telan air liur pn x boleh muka die tgk niena sakit dh serupa muka cr tali gitar yg putus x jmpe ok gurau je! Thanks semua yg mendoakan niena dan baby B,” tulis Niena.
View this post on InstagramA post shared by Niena 💋 (Nur Izwani + Dekno) (@niena_azmann) on
Baby kena jaundis
Niena juga turut berkongsi perkembangan terbaru bayinya yang menghidap jaundis yang tinggi. Akuinya dugaan untuk bayi kedua ini agak berlainan. Namun dia percaya lain anak lain pengalaman yang bakal ibu hadapi.
Perasaan risau pasti hadir tapi Niena berharap keadaan bayinya itu akan bertambah baik.
“Untuk second baby ni, dugaan die lain skit.. hari ni kami di kejutkan dengan paras kuning baby B tggi, 16 risau,takot, sedih mcm-mcm laa.. masa Adith alhamdullilah ok.. tp Baby B ni berbeza..
“Lain anak lain pengalaman.. Semua momies dlm dunia ni pasti risau kn hope esok trn paras kuning baby B,” tulisnya lagi.
View this post on InstagramA post shared by Niena 💋 (Nur Izwani + Dekno) (@niena_azmann) on
Anak pertama mereka, Adithya dilahirkan pada 14 Januari tahun lalu.
Tahniah diucapkan kepada Rody dan Niena. Semoga Baby B cepat sihat dan selamat berpantang buat Niena.
Sumber: IG Rody Kristal & Niena Azmann
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI