Ketika berjalan, berdiri atau berlari, tapak kaki merupakan kawasan yang akan tampung keseluruhan berat badan kita. Oleh itu, kawasan tersebut merupakan kawasan yang sangat terdedah dengan kecederaan kerana kawasan tersebut kerap menerima tekanan yang tinggi daripada badan.
Masalah ini bukan sahaja dialami pada bahagian tapak sahaja malah bahagian tapak jari atau kawasan tumit.
Sebab itulah sakit tapak kaki antara masalah yang sering berlaku pada ramai orang. Masalah ini akan berlaku kepada hampir setiap orang. Jika dibiarkan ia boleh melarat dan memberi ketidakselesaan.
Bagi anda yang mengalami masalah ini, boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Ruvaintie Roslan.
PETUA MUJARAB HILANGKAN SAKIT KAKI
Masa memula Mak bagitau petua ni, KakVee tak berapa nak buat sangat. Still lagi pergi berurut dekat spa dengan bayaran rm45-rm60 untuk sejam. Tu pun lepas urut tak hilang gak sakit kaki.
Stresskan bila sakit kaki. Tambahan lagi kalau sakit tu mencucuk cucuk dibahagian tumit. Rasa berat jer kaki nak berjalan. Nak bekerja pun jadi lemau.
Bila dalam pantang ni baru ada kesedaran nak buat. Hanya berspa di rumah. Jimat dari segi kos sebab bahan-bahan nak buat memang dah tersedia di dapur dan boleh diamalkan bila-bila masa.
Tapi kesannya bergantung pada individulah, ada yang hilang sakit terus lepas sekali buat. Ada yang kena buat sampai tiga kali baru rasa betul-betul berkesan. KakVee lepas buat hari tu sakit kaki dan lenguh lenguh terus hilang. Jadi ringan jer kaki nak melangkah. Tu yang KakVee nak share petua ni sebab betul-betul menjadi.
Bahan bahan yang diperlukan:
Garam
Halba
Serai
Halia
Lengkuas
Daun limau purut
Daun pandan
(tambahan kalau ada, daun mengkudu, cekur daun sireh) – sebenarnya boleh letak daun apa saja yang ada khasiat.
Cara penyediaan:
Hiris atau ketuk bahan bahan diatas.
Kemudian rebus sehingga mendidih.
Masukkan garam ketika proses rebusan
Cara penggunaan:
Ambil air rebusan (termasuk bahan-bahan) masukkan dalam baldi dan campurkan dengan air paip. Suhu ikut individu. Tapi jangan sampai melecur kulit. Kalau boleh paras air tu sampai boleh rendam dari kaki hingga ke lutut. Baru puas hati.
*masa rendaman tu akan terasa seolah olah kaki kita disedut-sedut. Sangat selesa dan bau pun wangi kalah bau dekat spa.
#PS ini hanyalah penyediaan tradisional, sekiranya sakit kaki tu berlarutan dan bertambah teruk segeralah berjumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan yang sepatutnya.
#SILAKANSHARE supaya gejala sakit kaki dapat dikurangkan bersama-sama. Nak cara jimat bolehlah cuba. Nak mudah g spa urut kat sana
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kita kerap mendengar istilah Sindrom Aspirasi Mekonium atau ‘bayi tertelan najis’ ketika dalam proses kelahiran. Apakah keadaan yang sebenarnya berlaku?
Sindrom Aspirasi Mekonium merujuk kepada masalah pernafasan bayi. Ia sama ada disebabkan oleh bayi membuang najis dalam kandungan dan menyebabkan ia memasuki paru-paru. Menurut Dr Siti Aishah Daud, Pakar Obstetrik & Ginekologi Subang Jaya Medical Centre mengenai keadaan ini.
Kita kerap mendengar istilah ‘bayi tertelan najis’ ketika dalam proses kelahiran atau dipanggil Sindrom Aspirasi Mekonium. Apakah keadaan yang sebenarnya berlaku? Mekonium ialah najis berwarna hijau kegelapan yang dihasilkan oleh saluran gastrousus janin sebelum lahir. Ia terdiri dari sel epitilial usus, lanugo, mukus, air ketuban, hempedu dan air. Ia pekat dan melekit seperti tar. Pada kebiasaannya mekonium akan berada di dalam usus sehingga lahir. Selepas lahir bayi akan mengeluarkan mekonium selama beberapa hari dan diikuti oleh najis biasa yang berwarna kekuningan.
Tetapi dalam kes tertentu, bayi telah membuang air besar ketika di dalam kandungan lagi. Kebanyakan kes terjadi kepada bayi yang ‘stres’ (fetal distress) akibat oleh kekurangan darah atau oksigen. Lazimnya, ia disebabkan oleh masalah fungsi plasenta atau uri. Tetapi ada juga yang terjadi secara rawak tanpa sebab seperti kes Anis di mana bayinya tidak stres atau tertekan tetapi sudah melewati tarikh jangkaan bersalin.
BAYI TERTELAN MEKONIUM
Apabila mekonium dikeluarkan dan terbebas ke dalam air ketuban, ia kemudiannya akan disedut atau ditelan oleh bayi ke dalam paru-parunya. Hal ini juga akan menyebabkan tubuh bayi diselaputi najis dan menyumbat saluran pernafasan bayi selepas dilahirkan.
Ads
Pasukan yang merawat akan segera merawat bayi yang mengalami sindrom ini. Sejurus selepas dilahirkan, pasukan perubatan akan bertindak pantas dengan menyedut mulut, hidung dan tekak bayi untuk mengeluarkan mekonium jika bayi dalam keadaan lemah, tidak bernafas dan diselaputi mekonium. Mereka kemudiannya dirawat dengan antibiotik jika terdapat risiko jangkitan yang tinggi dan diberikan bantuan sampingan dengan oksigen juga akan diberi jika diperlukan. Bayi yang diberi alat bantuan pernafasan akan dipantau untuk mengelakkan sebarang komplikasi seperti pneumothorax atau PPHN.
SIAPA BERISIKO?
Ibu yang berisiko menyebabkan bayi mengalami stres sehingga membuang najis ketika dalam kandungan
Kehamilan melebihi tarikh jangkaan 40 minggu menyebabkan uri tidak berfungsi baik. Kandungan yang melewati 40 minggu boleh menyebabkan uri `lebih matang’. Uri adalah organ yang memberi khasiat dan oksigen kepada janin di dalam rahim. Apabila uri matang, ia tidak dapat memberi oksigen secukupnya kepada janin. Air ketuban juga pada waktu ini juga akan berkurangan dan menyebabkan kandungan mekonium menjadi pekat. Oleh itu MAS lebih kerap terjadi kepada kandungan yang ‘lebih hari’ (past due) berbanding dengan bayi pramatang atau cukup bulan.
Jangkitan kuman pada ibu.
Ibu yang menghidap diabetes semasa hamil.
Ibu yang menghadapi proses kelahiran yang mempunyai komplikasi menyebabkan ia lama atau sukar.
Ibu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi.
Ibu yang merokok dan mengambil dadah.
KESAN TERTELAN NAJIS KEPADA BAYI
Ads
Sindrom ini boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kepada bayi. Antaranya ialah;
Mekonium boleh menyebabkan saluran pernafasan bayi tersumbat. Secara tidak langsung paru-paru terlampau berkembang sehingga menyebabkan `pneumothorax’ iaitu keadaan di mana paru-paru bocor.
Ia juga boleh menyebabkan tekanan yang tinggi pada saluran darah di paru-paru atau Persistent Pulmonary Hypertension of Newborn (PPHN). Oleh itu bekalan darah ke paru-paru berkurangan menyebabkan bayi sukar bernafas.
Walaupun mekonium itu steril, kehadirannya di dalam saluran pernafasan boleh menyebabkan jangkitan/ keradangan paru-paru (Pneumonitis)
Di dalam situasi yang jarang berlaku, Sindrom Aspirasi Mekonium yang teruk boleh menyebabkan kurang bekalan oksigen ke otak bayi.
USAHA PENCEGAHAN
Memang ia tidak boleh dielakkan tetapi sekurang-kurangnya ibu boleh mengambil langkah berjaga-jaga. Tidak terhad kepada golongan yang berisiko sahaja. Bagi ibu yang disenaraikan berisiko tinggi, mereka perlu sentiasa berwaspada dan melihat sekiranya terdapat lelehan air ketuban bermula dari minggu ke-34 kehamilan.
Ads
Selain itu, segera mendapatkan rawatan dan nasihat daripada doktor pakar sekiranya merasakan ciri-ciri bayi stres seperti bayi kurang bergerak, pendarahan, perut berasa senak dan kejang, tekanan darah naik serta kenaikan berat badan secara tiba-tiba.
Bagi mengurangkan risiko terjadinya Sindrom Aspirasi Mekonium, proses kelahiran perlu dipendekkan lebih-lebih lagi bagi bayi yang sudah stres di dalam kandungan. Kerjasama ibu dan pasangan menerima cadangan doktor untuk melahirkan menerusi pembedahan atau menggunakan alat bantu dapat mengurangkan masa kelahiran dan seterusnya mengelakkan terjadinya sindrom ini.
Kira-kira 5 % sahaja bayi yang membuang najis dalam kandungan akan mengalami Sindrom Aspirasi Mekonium. Bayi yang awalnya mengalami pernafasan laju akan mula bernafas secara semula jadi selepas empat hari. Sindrom ini jarang menyebabkan kerosakan kepada paru-paru.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Vokalis Kumpulan Floor 88, Ayie Elham mendedahkan dia pernah berdepan dengan peristiwa mistik dan ilmu hitam malah dalam kalangan ahli keluarganya turutmenjadi mangsa.
“Saya pernah berdepan dengan gangguan ilmu hitam. Malah ada dalam kalangan ahli keluarga juga turut menjadi mangsa.
Ayie turut memberitahu pengalaman mistik itu juga membuatkan dia mengambil masa untk berkongsi wajah anak di laman sosial.
“Apa yang pernah saya alami itu, dijadikan pengajaran juga pada masa hadapan”
“Itu juga antara salah satu sebab kenapa saya mengambil masa sebelum berkongsi wajah anak di media sosial.
Untuk info, Ayie mendirikan rumah tangga dengan isterinya iaitu Nur Natasha Ahmad Nawawi pada 21 Oktober tahu lalu dan dikurniakan cahaya mata bernama Nayla Amanda pada 22 Julai lepas.
Selepas tujuh hari melahirkan bayi keduanya, selebriti media sosial, Aisyah Hijanah yang sering berkongsi ilmu keagamaan menerusi Instagramnya tampil berkongsi nama indah buat anaknya.
Sepakat memilih nama indah, Aisyah dan suaminya, Alif Teega tampil berkongsi pilihan nama buat putera sulung mereka.
Menerusi Instagramnya kata Aisyah, menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk memberikan nama yang baik buat anak-anak.
“Alhamdulillah masuk hari ke 7 kelahiran, hari yang sunnah diberikan nama untuk putera sulung kami. Satu amanah untuk ibu bapa untuk diberikan nama yang baik untuk anak.
“Khususnya diambil dari nama Allah, nama Nabi & maksud yang baik. Bismillah…‘Mohd Hassan Syarif bin Mohd Hazalif’,” tulis Aisyah berkongsi.
Menerusi entri yang sama juga, ibu kepada Khadeejah Hijanah ini juga turut berkongsi makna disebalik nama pilihan mereka itu.
“Mohd adalah sempena nama Nabi Muhammad saw. Hassan pula sempena nama pahlawan Islam Turki yang teguh memegang panji Islam walau dipanah banyak kali & jasadnya kekal di atas tembok Konstantinopel (Hassan Ulubate).
“Dan juga, Hassan Ali diambil dari nama cucu sulung Nabi saw yang dalam riwayat, wajahnya paling mirip dengan Nabi saw.
“Syarif pula, bermaksud mulia yang kami mengharapkan putera kami ini diberikan kehidupan & kematian yang dimuliakan dr Allah, dijauhkan dari kezaliman manusia, jin & syaitan,” kongsinya lagi.
Tidak hanya berkongsi nama pada hari ketujuh kelahirannya, bahkan ibu cantik manis ini juga turut membingkiskan doa dan harapan buat anak lelakinya itu agar dipermudahkan perjalanan hidupnya dalam mencari reda Allah.
“Semoga Hassan menjadi anak yang soleh, lelaki yang berani & diberikan kebaikan di dunia & Akhirat. Diberikan jodoh yang terbaik di dunia Akhirat, diberi kekuatan dalam menimba ilmu & memanfaatkan ilmu.
“Dipilih menjadi lelaki yang syahid di Jalan Allah, anak yang taat & tegas. Diberikan qadar & qada’ yang terbaik buatnya. Doa yang baik-baik sentiasa buat Hassan Syarif & Khadeejah Hijanah,” katanya lagi.
Terdahulu, Aisyah selamat melahirkan anak keduanya pada 23 September lalu. Aisyah dan Alif turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Khadeejah Hijanah.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.