Hiruscar Kids Bantu Rawat Parut Dan Cela Hitam

Share

Kanak-kanak yang aktif dan cergas memang sukar duduk diam. Ada sahaja yang ingin mereka teroka dan pelajari. Jangan risau kerana ia adalah sebahagian daripada perkembangan sihat kanak-kanak. Namun, dalam masa yang sama ia juga mengundang kepada risiko kecederaan mereka.

Suka atau tidak, adakalanya kecederaan akibat terjatuh yang dialami oleh kanak-kanak semasa mereka bermain boleh menyebabkan luka seterusnya meninggalkan parut. Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mahu melindungi anak-anak daripada sebarang kemalangan.

Apabila si kecil menangis kerana kecederaan yang dialami semasa bermain, kita sebagai orang tua juga turut berasa sakit. Luka yang berlaku pada kulit bayi yang sangat lembut membuatkan kita panik bagaimana untuk merawat dan menghentikan kesakitan tersebut.

Sekiranya rawatan tidak diberikan dengan segera, kesan luka tersebut akan bertukar menjadi parut yang hodoh, di mana untuk kesan jangka panjang ia boleh mengganggu emosi anak itu sendiri kerana diejek oleh kawan-kawan.

Maka sangat penting bagi ibu bapa untuk mengetahui cara terbaik merawat luka anak dengan betul dan berkesan supaya kulit anak cepat sembuh tanpa kesan cela hitam yang hodoh.

Terdapat banyak cara untuk menghilangkan parut namun kebanykannya agak menakutkan walaupun kepada orang dewasa seperti radiasi, pembedahan, suntikan corticosteroid, gel silikon dan sebagainya lagi.

Sebenarnya, cara paling mudah, selamat dan berkesan untuk merawat parut adalah menggunakan gel. Bahkan ia telah terbukti lebih lembut, selamat, tanpa alergenik dan boleh membuatkan parut kurang kelihatan serta melembutkan kulit. Gel juga mudah diserap untuk memulihkan kulit dan menjadikan ia lembut dan halus semula jadi.

Gel Hiruscar Kids dipercayai berkesan dalam merawat parut dan cela hitam. Seramai 98% pengguna bersetuju parut mereka semakin pudar selepas dua minggu menggunakan produk ini. Produk gel ini diperbuat daripada lima bahan yang berkesan untuk membantu memudarkan, melembutkan, melicinkan dan memperbaiki kesan parut dan cela hitam dengan berkesan.

Antara lima bahan yang digunakan dalam Hiruscar Kids adalah:

  • Aloe vera yang terkenal membantu memperbaiki kulit lebih lembap dan melicinkan kulit.
  • Allium cepa pula kaya dengan anti bakteria dapat mengurangkan parut yang hitam, memperbaiki proses pengeluaran tisu baru menjadikan tekstur kulit lebih lembut.
  • Ekstrak oat yang mengandungi anti oksidan menjadikan kulit lembut dan lembap.
  • MPS (Mucopolysaccharide polysulphate) pula melembapkan dan melembutkan parut yang sedia ada, meningkatkan penyerapan bekalan oksigen dan lain-lain nutrien kepada kulit.
  • Allantoin pula membantu menyingkirkan sel-sel kulit mati seterusnya menjadikan kulit sentiasa lembap.

Produk ini sesuai digunakan untuk semua jenis parut kerana ia cepat bertindak, mudah disapu, tidak berminyak dan berbau harum. Jangan risau untuk menyapukan ia ke atas parut di kulit anak anda yang lembut kerana ia terbukti selamat dan tidak merengsakan kulit.

 


Sila jawab soalan-soalan berikut dan e-melkan jawapan anda kepada pamagrup@gmail.com

(TAIP SUBJEK: CONTEST HIRUSCAR KIDS PA&MA) bermula dari 1 – 31 Julai 2015 dengan menyertakan bersama:

Nama penuh anda, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat surat-menyurat serta nama penuh anak anda dan usianya.


 

  1. Apakah cara terbaik untuk merawat parut pada kulit si kecil yang lembut dan sensitif?
  2. Apakah lima bahan utama dalam Hiruscar Kids yang membantu memudarkan, melembutkan, melicinkan dan memperbaiki kesan parut dan cela hitam dengan berkesan?
  3. Berikan nama kolum yang dikhususkan untuk mendidik dan mengasuh anak dalam majalah Pa&Ma.

Hadiah menarik menanti pemenang:

50 penyertaan dengan jawapan yang betul akan menerima hadiah daripada Hiruscar Kids. Pembaca juga mendapat baucar sebanyak RM10 untuk pembelian produk Hiruscar Kids. Anda hanya perlu klik pada link berikut

 

Ingin menang lebih banyak hadiah Hiruscar Kids? Sertai peraduan di Instagram kerana ada banyak hadiah yang boleh dimenangi. Follow Instagram Majalah Pa&Ma di @majalahpama

Published by
Shahar Najmi