Suami isteri mana yang tak teruja menanti kelahiran anak pertama. Begitu juga bagi Anzalna Nasir dan suaminya yang bakal menyambut kelahiran bayi sulung mereka tidak lama lagi.
Teruja dengan kelahiran ini, aktres cantik ini sudahpun mempersiapkan sebuah bilik tidur yang baru dihias indah. Anzalna menerusi instagramnya berkongsi foto bilik tidur yang baru siap dihias buat anak lelakinya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
“His room is ready!” tulisnya ringkas di instagram.
Setiap sudut ruangnya dihias indah dengan tema warna kelabu dan putih. Di satu sudut lagi diletakkan patung teddy bear bersaiz besar, bewarna putih. Cukup selesa malah perinciannya kemas, tersusun dan minimalis, sesuai untuk menyambut si comel.
Paling menarik, Anzalna turut memuat naik video keseluruhan bilik buat si comelnya ini. Tulisnya, “Kami sudah bersedia untuk berjaga malam dan lakukan apa saja boss!” Sangat cute!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Anzalna memuji bilik tidur tersebut, ada juga yang menyamakannya seperti bilik pengantin.
“Lawanya…Macam bilik pengantin,” tulis netizen.
“Selalunya nampak baby boy colour biru je, yang ni cantik”
Sedang sarat hamil lapan bulan, bayi lelaki di dalam kandungan Anzalna bakal dilahirkan pada bulan hadapan. Peminat pastinya tak sabar menantikan kelahiran si cilik boss!
Kredit: @anzalnanasir88
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI