Hokkaido baked cheese tart durian memang sangat terkenal kerana rasanya yang kaya dengan cheese dan durian ditambah pula dengan kulit tart rangup memang kombinasi terbaik.
Harganya bagi satu biji tart lebih kurang RM6, tapi kalau anda teringin nak makan dalam kuantiti yang banyak untuk seisi keluarga, apakata anda cuba resipi mudah ini yang dikongsi oleh Azizi Zamani.
Hokkaido baked cheese tart durian. My favourite. Kalau beli mahal. Buat sendiri lagi puas.
Resepi Hokkaido Baked Cheese Tart Durian
*Kulit Tart*
100 gm marjerin
30 gm gula kaster
150 gm tepung gandum
1 kuning telur grade B
Cara-caranya;
-Kacau marjerin dan gula dengan sudip kayu hingga rata.
-Masukkan kuning telur, kacau sebati.
-Masukkan tepung dan uli menjadi doh yang lembut.
-Masukkan ke dalam acuan tart dan trim bahagian atasnya.
-Simpan selama 15 minit di dalam peti sejuk.
-Bakar pada suhu 180C selama 20 minit.
-Angkat dan sejukkan dahulu sebelum di isi filling cheese tu
*Filing Cream Cheese*
250 gm cream cheese
200 gm isi durian
40 gm mentega
1 putih telur
1 sudu kecil esen vanila
1 kuning telur untuk sapuan
120 gm dairy whipping cream
60 gm gula kaster
Cara-Caranya
Satukan cream cheese, mentega, whipping cream, isi durian dan gula ke dalam periuk.
Whisk di atas api perlahan hingga licin dan tidak berketul.
Tutup api, masukkan putih telur dan esen vanila. Kacau rata. Kalau berketul saya kacau pakai mixer hingga licin.
Masuk kan dalam plastic piping dan fill dalam tart tu. Masukkan dalam peti sejuk selama 30 minit dan lepastu sapu kuning telur.
Bakar dalam oven dengan Suhu oven 200°c selama 6 minit
#Selamat mencuba ye kawan2….
Selamat mencuba!
Kredit: azizi zamani
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI