Ramai kalangan wanita bila dah berkahwin dan bersalin dah kurang menitikberatkan kecantikan dalaman. Kadang perkara macam ni boleh jadi punca yang kita tak sedar. Apa yang kita nampak kecantikan luaran je penting.
Lagi satu bila uruskan anak dan rumah tangga, pastinya akan letih dan emosi pun tak menentu. Sama ada suri rumah atau ibu bekerja sama-sama akan rasa kepenatannya.
Bagi yang ingin mengekalkan kesihatan dalaman dan mengekalkan kesegaran badan, boleh cuba buat sendiri air asam kunyit halia yang dikongsikan oleh Lin Na Pesona. Tak perlulah nak keluar duit beli macam-macam produk.
Orang lelaki pun elok minum air kunyit ni selain ibu dalam pantang atau yang mengalami keguguran.
Air asam kunyit halia….stock sebulan.
Resepi Air Asam Kunyit Halia
– 6 ketul kunyit hidup
– 1 ruas halia
– 3 biji manjakani (jika suka)
– 3 helai daun sireh (jika suka)
– Asam jawa semangkuk kecil
– Gula merah/ gula melaka secukup rasa
– Air
Cara-cara membuatnya:
Kisar kunyit, halia dengan air. Masuk gula merah dan asam jawa. Masuk buah manjakani dan sireh (jika suka).
Rebus sampai mendidih, dah sejuk tapis. Boleh minum suam best. Selebihnya boleh simpan dalam peti sejuk.
Cara minum:
Sebulan 3 kali..waktu pagi..
Sesuai untuk lelaki, perempuan, ibu pantang bersalin, perempuan period dan keguguran.
Khasiat Air Jamu Asam Kunyit
✔Menghilangkan sakit-sakit badan
✔Mengawal berat badan
✔Antibakteria/mempercepatkan sembuh luka dalaman
✔Melancarkan peredaran darah
✔Warna kulit menjadi cerah
✔Mengurangi lemak dalam badan
✔Melambatkan proses penuan
✔Mengecilkan/mengempiskan perut
✔Memberi tenaga
✔Membuang angin dalam badan
✔Awet muda
✔Menyegarkan tubuh badan
✔Melancarkan darah haid & nifas
✔Menaikkan seri wajah
✔Merapatkan miss v
✔Merawat keputihan & masalah senggugut
✔Menghilangkan bau-bau badan
✔Memberi kecergasan tubuh
✔Menambahkan keintiman
✔Melawaskan pembuangan
✔Menambahkan susu ibu
*Homemade
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)