Tanyalah mana-mana anak pun, mesti ramai yang suka nuget. Tapi kadang tu terdetik kerisauan kerana ia boleh menjejaskan kesihatan anak untuk jangka masa panjang kerana kebanyakan produk ini mengandungi bahan pengawet dan perasa tambahan.
Ada anak memang nasi tolak ke tepi tapi jika dihidangkan makanan jenis ini, laju je makan. Cuma itulah nak beli yang dah siap dan terjamin untuk kesihatan anak susah.
Tak apa, mama tak payah fikir banyak lagi. Cuba buat sendiri nuget resipi sihat yang dikongsikan oleh Habibah sekali dengan langkah membuatnya.
Ni resepi nuget sihat. Takde guna MSG, takde pengawet. Pilihan sihat untuk anak anak.
Rasa sedap, nak buat pun senang. Boleh buat banyak banyak, goreng separuh masak, lepas tu kita simpan dalam freezer.
Dalam ni kita letak carrot. Anak yang tak suka sayur pun makan laju.
Ads
HOMEMADE CHICKEN NUGET
6 keping dada ayam dikisar halus (buang tulang lembut tu dulu)
1 batang carrot dikisar halus
Serbuk lada putih (agak agak jek)
Garam secukup rasa
Bread crumbs putih (agak agak dalam 1-2 cawan)
1/2 sudu makan baking powder
1 telur
1 sudu besar butter
Bahan salut
Bread crumbs secukupnya. Kak Bib guna warna oren untuk nugget nampak menarik.
Ads
Cara penyediaan:
Campur semua bahan. Bentukkan mengikut bentuk kegemaran. Kalau guna pencetak, basahkan dulu pencetak setiap kali sebelum di terap pada ayam supaya tak melekat.
Salut dengan bread crumbs. Goreng hingga masak.
Ads
# Boleh tambah kepingan cheese kalau suka. Kisar sekali dengan isi ayam tadi.
Jom cuba!
#DapurCasadiab
Kredit: Habibah
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selain dibuat gulai labu dan pengat labu, labu juga sesuai dibuat kuih bingka. Kalau nak cuba buat boleh ikuti resipi yang dikongsi ini, hanya guna sukatan cawan je!
Kisar semua bahan-bahan tersebut sehingga sebati kecuali bijan. Panaskan ketuhar pada suhu 190C selama 10 minit. Tuang bahan kisar ke dalam bekas loyang yang telah disapu marjerin atau mentega. Tabur bijan dan bakar selama 60 minit menggunakan api atas dan bawah. Sejukkan dan potong menggunakan pisau plastik supaya cantik potongannya
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Rendang antara juadah yang popular pada hari raya. Memandangkan raya haji tak lama lagi jom kita cuba resipi rendang daging power ni. Selamat mencuba!
Rendang Daging Power
Bahan-bahan;
1 sudu besar biji ketumbar *
1 sudu besar jintan manis*
1 sudu besar jintan putih *
1/2 sudu besar lada hitam*
5 tangkai cili kering*
-sangai bahan2 bertanda* smp cili kering jd rapuh.. api slow je
-kisar kering smp halus(ketepikan)
1kg daging(potong nipis) @seekor ayam
5 ulas bwg merah kecik*
4 ulas bwg putih*
2 inci halia*
2 inci kunyit hidup *
4 btg serai*
10 tangkai cili kering*(rebus dulu) nak pedas lg lebihkan
3 sudu besar kerisik
minyak masak secukupnya
sekilo santan
garam
daun kunyit(hiris halus)
Cara Penyediaan;
kisar bahan-bahan bertanda *
tumis bahan-bahan kisar smp garing@pecah minyak
masukkan rempah yg dikisar halus td..kacau sebati
masukkan daging.. air daging akan keluar sendiri
bila air daging dah agak kering sikit.. masukkan santan msk smp pekat
masukkan kerisik.. tabur daun kunyit
rasakan dgn garam.. sy tak suka rendang yg manis, kalau suka manis nak letak gula pun blh
saya buat byk rendang ni.. blh frozen kan.. in case ada tetamu dtg mengejut blh p cari lemang, panaskan je rendang ni, senang kan☺️
Rendang sy tak ada lengkuas.. kalau nak tambah blh jer, selera masing2
(Dah try buat rendang ni msa raya tahun lepas mmg sedap)
Credit :Zuriati Mustaffa
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepanjang musim PKP ini, permintaan ‘Box Of Happiness’ yang mana siap dijual dengan kek dan cream untuk dihias sendiri baik untuk kita yang dewasa mahupun kanak-kanak ini laris terjual. Mesti seronok anak-anak boleh hias kek sendiri kan?
Tak perlu beli, apa kata kita buat sendiri kek span vanila dan buttercream untuk anak-anak hias. Jom cuba resipi perkongsian Pn Noratiqah Nordin ini.
Resepi kek span vanila dan resepi buttercream. Sekarang tengah hot dengan kek deco sendiri kan. Diy kek. Ika nak share resepi kek span dan buttercream semudah ABC.
Bahan-bahan kek span vanila
300g margerin
300g gula kastor
6 biji telur
320g tepung naik sendiri
1 sudu besar esen vanila
250ml @ 1 cawan susu atau air
Masukkan gula dan margerin. Pukul hingga gebu putih.
Dah gebu. Masukkan telur satu persatu.
Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
Masukkan tepung berselang selikan dengan susu/air.
Berselang seli dengan tepung hingga habis tepung dan susu.
Siap untuk di bakar. Lupa amik gambar yang dah di bakar. Suhu 150 dan bakar 45 min atau hingga masak.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.