Bila anak dah berusia 6 bulan ke atas, mesti ibu dah fikir macam-macam makanan untuk diberi pada si kecil. Dalam tempoh itu, pelbagai resipi nak di cuba supaya anak dapat zat yang cukup.
Dalam hal ini, seeloknya elakkan penggunaan gula dan garam dalam masakan anak-anak dari awal. Ada alternatif yang boleh dibuat untuk menggantikan garam iaitu buat serbuk ikan bilis sendiri untuk bagi ada rasa dalam makanan anak.
Perkongsian dari Puan Nurdiyana Jalaludin yang menghasilkan serbuk ikan bilis untuk anaknya boleh dicuba juga oleh ibu-ibu yang mahukan makanan anak lebih sihat.
Proses untuk buat serbuk ikan bilis ni seeloknya kita bersihkan dulu ikan bilis dengan membuang tulang dan kotoran yang ada.
Ads
Lepas tu bolehlah rendam dulu ikan bilis sekurang-kurangnya 4 jam.
Toskan ikan bilis yang direndam sebelum itu biar betul-betul kering.
Ads
Tak perlu gunakan minyak. Sangai atau goreng ikan bilis tanpa minyak sampai garing atau rangup. Jangan sampai hangit pulak. Kemudian sejukkan.
Ads
Boleh guna pengisar kering dan kisar sampai hancur.
Guna penapis untuk pastikan serbuk bilis betul-betul hancur dan halus. Penggunaan serbuk bilis tu tak perlu letak banyak. Cukup satu sudu kecil bergantung saiz hidangan anak.
Bila hamil selera ibu biasanya akan bertambah dan ada yang akan mengidam yang bukan-bukan. Namun untuk elakkan daripada mengunyah kudapan yang kurang sihat sebaiknya ibu-ibu hamil memilih makanan sihat yang mana ia baik untuk kesihatan ibu dan juga anak dalam kandungan.
Dr Zubaidi Hj Ahmad menyenaraikan makanan tambahan yang sihat untuk diamalkan oleh ibu hamil. Lengkap dengan nutrisi dan info menarik untuk diketahui:
MAKANAN TAMBAHAN SIHAT UNTUK WANITA HAMIL
Bagi wanita hamil, saya cadangkan perbanyakkan makanan ini sepanjang kehamilan kerana ia barakah (disebut dalam al Quran) dan sangat bernutrisi. Bagi mereka yang hamil tanpa masalah kesihatan, perbanyakan makanan tambahan ini dan elakkan makan makanan yang berproses.
Pertama: KURMA
Bagi mereka yang rasa lapar di antara waktu makan, ambillah 2-3 kurma sebagai kudapan. Kurma sangat kaya dengan pelbagai jenis protein, vitamin dan mineral. Ia mengandungi serat yang banyak. Kurma mempunyai gula dan serat, jadi penyerapan gula agak sederhana. Sangat bagus bagi menambahkan tenaga sepanjang kehamilan. Tidak perlu ambil banyak dalam setiap hidangan. 2-3 biji sudah memadai.
Kedua: BUAH TEEN
Buah teen mengandungi Omega 3 dan Omega 6 yang membantu perkembangan saraf anak. Makan buah teen mengurangkan kelelahan, meningkatkan daya memori otak dan mencegah anemia. Ia juga mengandungi serat membantu keseimbangan gula dan kolestrol dalam darah.
Ia mengandungi kalsium, potasium, zink dan zat besi yang baik untuk ibu hamil.
Ketiga: MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun adalah makanan tambahan yang terbaik untuk wanita hamil. Ia mengandungi ‘essential fatty acid’ yang diperlukan untuk perkembangan saraf dan otak bayi.
Keempat: BUAH DELIMA
Buah delima mengandungi fitokimia yang baik untuk jantung dan dapat dapat mngimbangi tekanan darah. D
Buah delima sangat bagus untuk pembentukan tulang bayi dalam rahem.
Kelima: MADU
Pilih madu yang asli dan kita akan mendapat kebaikan darinya. Madu mengandungi vitamin, mineral dan enzim yang bermanfaat. Ia sudah terbukti keberkatannya, dan disebut dalam al Quran dan terdapat satu surah yang dinamakan lebah iaitu surah An Nahl.
Keenam: SUSU
Minumlah susu segar sama ada susu lembu atau susu kambing. Ia membekalkan tenaga dan nutrisi yang banyak pada wanita hamil dan anak dalam rahem. Pastikan tiada masalah alahan atau lactose intolerance pada mana-mana susu ini. Saya mencadangkan minum 2-3 gelas susu segar setiap hari bagi menampung keperluan tenaga yang bertambah diperlukan oleh wanita hamil.
Semoga bermanfaat.
sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Akan bersiaran setiap Rabu pada jam 9 malam, dan ulangan setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.
Kesian tengok anak-anak yang belajar dari pagi hingga ke petang, bukan sahaja penat fizikal, otak pun turut penat. Selain makanan nak tambah tenaga, makanan untuk otak juga perlu supaya mereka kekal cerdas untuk hari-hari berikutnya.
Nak bantu anak punya otak cerdas dan cergas, boleh cuba amalkan minum air pegaga yang dicampur madu seperti yang dikongsi oleh Dr Rizal Abu Bakar ini!
Air Pegaga untuk memori anak yang baik, maklumat segera dihadam!
Apabila anak pulang ke sekolah mereka letih. Begitu juga otak mereka. Lebih-lebih apabila tiada nutrisi untuk otak diambil mereka.
Petang ada kelas PAFA. Malam pula ada tuisyen. Sampai lembik budak-budak ini.
Soalnya dengan begitu banyak aktiviti gunakan otak sepanjang hari, dapatkah mereka bertahan? Dapatkah otak mereka mencerap semua maklumat? Atau ia hanya jadi kelas sosial?
Kita pastinya tidak mahu duit yang dilaburkan hanyut begitu sahaja. Keputusan anak masih tidak seberapa. Hasil masih jauh dari yang kita suka.
Cara mudah ialah sediakan secawan air pegaga:
Ambil seikat pegaga. Basuh. Bersihkan.
Masukkan ke dalam blender.
Masukkan air. Ikut kepekatan mana yang kita mahu.
Blend.
Campurkan dengan madu.
Hidangkan. MUDAH dan CEPAT.
Pegaga tingkat imun sistem. Buka pembuluh darah di dalam OTAK.
Nutrisi mudah masuk. Maklumat segera dihadam. Memori semakin baik.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai tahu bahawa susu ibu adalah susu yang terbaik sepanjang zaman. Susu ibu merupakan susu yang lengkap penuh nutrisi, zat dan vitamin adalah sangat penting untuk tumbesaran bayi.
Susu ibu dihasilkan daripada payudara mengikut keperluan bayi sendiri dari semasa ke semasa. Menurut kajian, susu ibu juga mempunyai antibodi semulajadi yang dapat membantu bayi-bayi melawan penyakit.
Untuk mendapatkan hasil susu yang terbaik, ibu seharusnya mengamalkan cara pemakanan yang sihat. Jadi ibu bolehlah menambah beberapa makanan ini dalam menu seharian anda.
Sebenarnya ada banyak jenis makanan yang boleh jadi penggalak susu (galactogogue).
Menurut Kaunselor Laktasi, Nad Masrom menu sayur-sayuran yang biasa kita makan itu sebenarnya penggalak susu yang cukup membantu ibu memperbanyakkan susu.
Berikut antara perkongsian Puan Nad.
In shaa Allah sayur-sayuran ini boleh menjadi penggalak susu yang baik.
Menu ni disediakan oleh mak mertua Kak Nad sewaktu berpantang dan memang sayur-sayuran ini mengikut kajian boleh meningkatkan penghasilan susu ibu.
Paling penting mommies kenalah jaga jadual mengepam, minum air secukupnya pada waktu malam, jaga emosi dan pastikan ambil pemakanan yang seimbang.