Bila anak dah berusia 6 bulan ke atas, mesti ibu dah fikir macam-macam makanan untuk diberi pada si kecil. Dalam tempoh itu, pelbagai resipi nak di cuba supaya anak dapat zat yang cukup.

Dalam hal ini, seeloknya elakkan penggunaan gula dan garam dalam masakan anak-anak dari awal. Ada alternatif yang boleh dibuat untuk menggantikan garam iaitu buat serbuk ikan bilis sendiri untuk bagi ada rasa dalam makanan anak.

Perkongsian dari Puan Nurdiyana Jalaludin yang menghasilkan serbuk ikan bilis untuk anaknya boleh dicuba juga oleh ibu-ibu yang mahukan makanan anak lebih sihat.

Homemade Serbuk Bilis Penyedap Makanan Anak. Nak Kurangkan Rasa Masin Rendam Bilis 4 JamProses untuk buat serbuk ikan bilis ni seeloknya kita bersihkan dulu ikan bilis dengan membuang tulang dan kotoran yang ada.

Homemade Serbuk Bilis Penyedap Makanan Anak. Nak Kurangkan Rasa Masin Rendam Bilis 4 Jam

Ads

Lepas tu bolehlah rendam dulu ikan bilis sekurang-kurangnya 4 jam.

Homemade Serbuk Bilis Penyedap Makanan Anak. Nak Kurangkan Rasa Masin Rendam Bilis 4 Jam

Toskan ikan bilis yang direndam sebelum itu biar betul-betul kering.

Ads

Homemade Serbuk Bilis Penyedap Makanan Anak. Nak Kurangkan Rasa Masin Rendam Bilis 4 Jam

Tak perlu gunakan minyak. Sangai atau goreng ikan bilis tanpa minyak sampai garing atau rangup. Jangan sampai hangit pulak. Kemudian sejukkan.

Ads

Homemade Serbuk Bilis Penyedap Makanan Anak. Nak Kurangkan Rasa Masin Rendam Bilis 4 JamBoleh guna pengisar kering dan kisar sampai hancur.

Homemade Serbuk Bilis Penyedap Makanan Anak. Nak Kurangkan Rasa Masin Rendam Bilis 4 Jam

Guna penapis untuk pastikan serbuk bilis betul-betul hancur dan halus. Penggunaan serbuk bilis tu tak perlu letak banyak. Cukup satu sudu kecil bergantung saiz hidangan anak.

Sumber: Nurdiyana Jalaludin

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI