Ibu ini melakukan homeschooling kerana suka dan passion! Dia membiar anak meneroka sebelum ke tadika dengan cara yang menyeronokkan. Langsung tak menyangka ia dapat membantu orang lain. Ini satu kisah yang menginspirasikan!

Faizatul Akma Fauzi menyifatkan aktiviti yang dilakukan bersama dengan anak, Siddiq Mikhail Bin Saufi ialah satu aktviti yang menyeronokkan (fun learning activity).

Homeschooling Sebab Passion, Biarkan Anak Meneroka Sebelum Ke Tadika. Ibu Tak Sangka Dapat Membantu Orang Lain

RAMAI YANG SALAH FAHAM TUJUAN HOMESCHOOL

Ibu yang meluangkan masa bersama anak untuk melakukan aktiviti homeschooling menyifatkan ramai yang salah faham tentang tujuan homeschool yang sebenarnya.

“Ramai salah faham tujuan homeschool ini. Saya masih akan hantar anak ke tadika pada masa akan datang tetapi untuk permulaan, saya mulakan pembelajaran di rumah dahulu.

Homeschooling Sebab Passion, Biarkan Anak Meneroka Sebelum Ke Tadika. Ibu Tak Sangka Dapat Membantu Orang Lain

“Saya buat homeschooling kerana saya ada ‘passion’ nak tengok anak saya mempelajari sesuatu ilmu dan explore persekitaran fun learning sebelum ke tadika.

Homeschooling Sebab Passion, Biarkan Anak Meneroka Sebelum Ke Tadika. Ibu Tak Sangka Dapat Membantu Orang Lain

IKLAN

KONGSI PENGALAMAN & AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN BERSAMA ANAK

Ibu ini mengakui yang dia masih baru dalam komuniti homeschooling tap tidak mahu ketinggalan berkongsi aktiviti-aktiviti yang dilakukan bersama Siddiq. Aktiviti tidak terhad dilakukan di rumah, malah ada yang boleh dilakukan di luar rumah.

Homeschooling Sebab Passion, Biarkan Anak Meneroka Sebelum Ke Tadika. Ibu Tak Sangka Dapat Membantu Orang Lain

“Saya masih baru dalam ‘homeschooling community’ tetapi saya ingin berkongsi pengalaman dan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama di rumah dan juga di luar(contohnya apabila keluar makan, traveling),” kata Faizatul.

Homeschooling Sebab Passion, Biarkan Anak Meneroka Sebelum Ke Tadika. Ibu Tak Sangka Dapat Membantu Orang Lain

BAHAN TAK SEMESTINYA MAHAL

IKLAN

Mungkin ramai yang beranggapan bahan yang digunakan Faizatul melibatkan kos yang tinggu. Dia menjelaskan yang bahan-bahan yang diperlukan tidak semestinya mahal,dan dengan hanya menggunakan bahan yang ada di rumah.

Ibu bapa boleh mempelbagai aktiviti  menggunakan bahan yang ada untuk anak-anak. Tidak semestinya perlu membeli yang baru.

Homeschooling Sebab Passion, Biarkan Anak Meneroka Sebelum Ke Tadika. Ibu Tak Sangka Dapat Membantu Orang Lain

DAPAT MEMBANTU ORANG LAIN

Ibu muda ini juga turut berkongsi kisah-kisah yang diperolehi dari kenalan-kenalan. Setap aktiviti yang dilakukan bersama Siddiq tidak disangka-sangka boleh memberikan kesan positif kepada ibu-ibu lain. Anak-anak kecil kenalannya dapat berpisah dengan gajet dan tantrum dapat dikawal adalah berita gembira buat ibu ini.

IKLAN

Homeschooling Sebab Passion, Biarkan Anak Meneroka Sebelum Ke Tadika. Ibu Tak Sangka Dapat Membantu Orang Lain

“Saya mendapat positive feedbacks daripada kenalan  di mana ada anak mereka tidak boleh berpisah dengan gajet, tv, tantrum apabila tidak diberikan sesuatu yang mereka mahu. Mereka mengambil langkah untuk melakukan aktiviti-aktiviti homeschool bersama anak mereka.

Homeschooling Sebab Passion, Biarkan Anak Meneroka Sebelum Ke Tadika. Ibu Tak Sangka Dapat Membantu Orang Lain

RENGGANGKAN DENGAN GAJET & KENALAN SELURUH DUNIA

Faizatul mengakui menerima mesej-mesej yang menyatakan penghargaan kepadanya. Melalui aktiviti homeschooling dengan Siddiq juga dia memperolehi rakan-rakan di seluruh dunia.

Homeschooling Sebab Passion, Biarkan Anak Meneroka Sebelum Ke Tadika. Ibu Tak Sangka Dapat Membantu Orang Lain

“Hasilnya, ada yang mesej saya berterima kasih untuk kesedaran ini kerana anak mereka sudah boleh berenggang dengan gadjet, tv. Saya juga mendapat kenalan di serata dunia di mana ibu-bapa yang lain turut berkongsi idea-idea yang menarik untuk sesi ‘bonding’ dan belajar sambil bermain.

Sumber: Faizatul Akma Fauzi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI