Honey Chicken Wings Padu!, Resipi Campak-Campak, Berebut Anak Makan!

Share

Sebut sahaja ayam goreng atau ayam panggang, anak-anak pastinya kegirangan malah ternanti-nanti sajian ibu. Selain ayam goreng, ayam panggang madu pastinya mampu menarik perhatian anak. Asal letak sahaja di atas meja, habis licin.

Resipi mudah yang dikongsikan oleh Aliah Yahaya Alia ini wajib cuba. Cukup senang!


Resepi campak-campak. Bukan campak piew gitu. Tak ada sukatan makna nyer.

Bahan-bahan:
Bawang putih & halia – tumbuk pakai lesung
Brown sugar
Sos tiram
Sedikit kicap manis
Serbuk cili -letak sebab nak bagi naik warna & suka pedas
Honey
Garam

Campurkan semua sekali dan gaulkan rata.

Perap chicken wings. Lagi lama lagi sedap.

Saya bakar pakai air fryer, bakar pada suhu 170c /15 minit pertama dan tambah masa & suhu, 180c/ 5-6 minit. Ikut masing-masing punya af ye.

Selamat mencuba!

Artikel berkaitan: Resipi Ayam Panggang Ala Dominos Padu, Mudah & Sedap, Jadi Rebutan Anak-Anak

Ayam Panggang Ala Dominos Rasa Cukup Padu, Anak Confirm Suka

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM