Kadang-kadang bukan sebab kita lemah, tapi sebab hati tu terlalu lembut bila melibatkan anak dalam kandungan. Itulah dirasakan oleh pempengaruh medial sosial, Shaniena Natasya, bila terbaca satu komen dari netizen yang terlalu kejam dengan mendoakan agar anak dalam kandungannya lahir dengan masalah.
Bukan kali pertama orang bercakap, tapi kali ini berbeza
Shaniena bukan jenis yang mudah koyak bila orang bercakap tentang dirinya. Tapi bila melibatkan zuriat yang belum pun melihat dunia, air mata dia gugur juga.
Ads
“Don’t worry I tak stress pun guys, it’s just that I terkejut how manusia can be so cruel?”.
Tersentuh, tapi tetap memilih untuk bersabar
Walaupun banyak komen baik, komen yang satu itu cukup untuk buat dia tergamam. Dia cuba pujuk hati, ingatkan diri untuk sabar dan terus positif. Tapi sebagai seorang ibu mengandung, kadang kita cuma perlukan sedikit ruang untuk rasa dan melepaskan emosi.
Ads
“Kata orang lain, takpa jangan la doa yang tak baik tapi dah tak tahan sangat dah. Dorang memang tak takut ke berbalik pada dorang?”.
Respon Shaniena yang penuh kelas dan kematangan
Yang buat netizen lagi tersentuh kerana penulisan Shaniena yang masih menjaga tutur kata. Tak melatah, tak balas dengan caci maki. Dia serahkan semuanya pada Allah SWT dan nasihatkan followers supaya jangan sesekali balas kebencian dengan kebencian.
Ads
Momen yang sepatutnya penuh gembira tetap diteruskan
Untuk yang belum tahu, Shaniena baru saja umumkan berita gembira tentang kehamilannya selepas hampir setahun menanti. Dia dan suaminya, Choudhry Wasim, bernikah pada Mei 2023 dan kini sedang menanti kehadiran si kecil yang mereka nanti-nantikan dengan penuh harapan dan kasih.
Menghitung hari untuk melahirkan cahaya mata pertama dengan Jep Sepahtu, Sari Yanti dilihat begitu berseri-seri. Menariknya juga Sari Yanti telah diraikan oleh ahli keluarga dan rakan-rakannya dalam satu majlis baby shower baru-baru ini.
Menerusi muatnaik di akaun Instagram (IG) miliknya, Sari Yanti cukup terharu diraikan dalam majlis tersebut dan berharap urusan bersalinnya nanti dipermudahkan.
“Assalammualaikum. Terima kasih cousins, sisters, and friends for the baby shower yesterday. Feel so much love for the thought.
“Alhamdulillah. I am thankful to have this silaturahim and will always cherish it all the way.
“Terima kasih untuk suami yang sentiasa ada dan menghargai. Terima kasih untuk sahabat sahabat baik, adik beradik dan cousins,” tulisnya.
Selain ucapan tahniah, peminat turut mendoakan agar kesihatan Sari Yanti dan bayinya sentiasa sihat.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat sudah mula menunjukkan rasa tidak sabar untuk melihat anak pasangan tersebut.
Mereka juga memuji wajah Sari yang kelihatan semakin cantik dan berseri selain mendoakan kesejahteraan artis kesayangan mereka.
Sumber: Instagram sariyanti
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sumbing (klef) bibir dan lelangit adalah pembentukan struktur bibir dan lelangit tidak normal serta tidak bercantum dengan normal semasa pembentukan janin seawal empat hingga lapan minggu.
Secara umumnya, klef boleh berlaku secara tersendiri atau dikaitkan dengan pelbagai sindrom.
Selalunya kanak kanak yang mana klef tidak dikaitkan dengan sebarang sindrom (isolated), mereka ini mempunyai tahap IQ yang sama dengan kanak-kanak normal yang lain dan tidak perlu dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU).
Pakar Bedah Plastik dan Rekonstruktif Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Marzida Abd Latib, berkata pelbagai faktor dalaman atau genetik dan persekitaran dikatakan menjadi penyebab terjadinya klef.
“Ada pelbagai jenis klef bibir dan lelangit dengan pelbagai tahap sumbing dialami dan tiada satu klef pun yang seiras walaupun dari segi klasifikasi ia mungkin sama kategori.
“Ini menyebabkan rawatan klef selalunya bergantung pada ciri unik bentuk dan strukturnya, permasalahan dan keperluan pesakit itu sendiri,” katanya.
Kecacatan gagal dikesan
Walaupun pembentukan struktur bibir dan lelangit berlaku pada pembentukan janin seawal empat hingga lapan minggu, ia hanya boleh dikesan melalui ultrasonografi apabila kandungan berusia dalam lingkungan 20 minggu.
Dalam klef lelangit jenis submucous, ada masanya bayi ini tidak dapat didiagnosis sejak lahir kerana struktur lelangit nampak sempurna.
Ini menyebabkan golongan ini akan datang lambat berjumpa pakar apabila menyedari suara dan pertuturan sengau dan tidak sempurna.
Sumbing bibir dan lelangit memerlukan rawatan berpanjangan iaitu daripada bayi hingga dewasa dengan membabitkan pelbagai pakar seperti pakar sakit puan.
Mereka juga dirujuk kepada pakar pembedahan plastik, pakar pergigian atau maksilofasial.
Pakar telinga, telinga, hidung dan tekak (ENT), pakar pemakanan, pakar pertuturan, pakar kanak-kanak, pakar bius, jururawat terlatih, badan bukan kerajaan (NGO) dan pelbagai kumpulan sokongan yang lain.
Rujuk segera jika ada tanda awal
“Kita menyarankan, bayi yang baharu dilahirkan dan didapati mempunyai klef, mestilah dirujuk segera kepada pakar pembedahan plastik dan rekonstruktif.
“Pakar bedah plastik selalunya menjadi moderator yang akan menyusun atur keperluan kanak-kanak klef ini, merujuk dan berbincang dengan kepakaran masing-masing untuk rawatan menyeluruh,” katanya.
Sebelum merancang pembedahan klef, doktor akan memastikan pesakit sihat untuk pembedahan dan dirujuk ke pakar bius.
Sekiranya bayi klef ini mengalami permasalahan lain seperti fungsi jantung atau paru-paru tidak normal keadaan itu perlu diatasi diatasi terlebih dulu dan pembedahan plastik surgeri terpaksa ditangguhkan.
Keseluruhan rawatan berpanjangan sehingga pesakit berumur dalam lingkungan 20-an dan pesakit klef yang datang pada peringkat dewasa, pendekatan bagi pesakit sebegini sedikit berbeza.
Info
* Peringkat pembedahan:
Pembedahan klef bibir
– Dilakukan seawal mungkin apabila kandungan haemoglobin dalam darah mencecah 10 gram
– Berat bayi lima kilogram
– Umur bayi mencecah 10 minggu.
Pembedahan lelangit:
– Bayi berumur dalam lingkungan 9 -12 bulan.
Rawatan susulan:
– Terapi pertuturan
– Rawatan gigi
– Rawatan tampalan gusi
– Pembedahan hidung dan tulang muka
– Pembedahan lain sekiranya perlu.
* Lebih kerap berlaku dalam kalangan bayi lelaki berbanding perempuan
– Nisbah sebanyak 2 (lelaki) :1 (perempuan)
Masalah klef:
* Masalah pemakanan*
* Masalah pendengaran
* Masalah pertuturan dan bahasa
* Masalah gigi dan orthodontik
* Masalah estetik muka terutama bahagian muka tengah
* Masalah kurang keyakinan diri terutama apabila meningkat remaja.
* Masalah saluran pernafasan**
* Masalah pemakanan tidak begitu serius, melainkan bayi mengalami sindrom yang menyukarkannya untuk makan.
Mak besar tapi anak kecik? Masa mengandung, badan saya naik banyak doktor, tapi bila scan baby kecik je. Kenapa?
Boleh ke jadi macam tu? Badan mak masa mengandung naik banyak tapi baby kat dalam perut, kecik je. Boleh berlaku, dan ianya satu tanda yang berbahaya kepada ibu dan bayi dalam kandungan.
Banyak sebab mengapa bayi dalam kandungan tidak membesar secukupnya dan lebih kecil dari sepatutnya mengikut tempoh kandungan. Contohnya, mengandung dah 30 minggu, tapi baby saiz macam 26 minggu je.
Salah satu sebab mengapa ini berlaku ialah kerana ibu mengalami darah tinggi semasa mengandung.
Pernah tak masa check up mengandung, doktor suruh kita buat check bp selang sehari. Aduh, lecehnya kan? Tapi tu sebab nak detect ada darah tinggi ke tidak semasa mengandung.
Kenapa darah tinggi semasa mengandung boleh menyebabkan baby jadi kecil?
Ini kerana darah tinggi semasa mengandung terjadi akibat saluran darah pada uri yang tidak normal. Sekiranya tidak dikawal, ini akan menyebabkan aliran darah dari uri kepada bayi akan terganggu dan serapan oksigen dan makanan kepada bayi juga akan terganggu. Ini akan menyebabkan tumbesaran bayi dalam kandungan akan terbantut.
Sebenarnya, baby dalm perut lebih kecil dari sepatutnya adalah satu tanda yang bahaya kepada kedua-dua ibu dan bayi, bukan hanya kepada bayi. Kerana darah tinggi yang tidak dikawal akan menyebabkan ibu mengalami sawan (eclampsia) yang membahayakan nyawa ibu dan bayi.
Bagaimana nak mencegahnya?
Sentiasa buat antenatal checkup dengan baik, ikut nasihat doktor dan sentiasa jaga pemakanan dan kekalkan kenaikan berat badan semasa mengandung yang ideal.
Jika dapat kesan darah tinggi semasa mengandung, jangan stress, ikut nasihat doktor dan makan ubat secara konsistent. Sekiranya ada masalah dengan ubat yang dimakan, segera berjumpa doktor untuk berbincang dan ubat tersebut boleh ditukar kepada ubat lain yang lebih sesuai.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.