Tempoh menyusukan anak adalah satu nikmat indah yang dirasai oleh setiap ibu yang menyusukan badan. Rasa bahagia kala dapat membekalkan anak dengan susu dan nutrien yang sihat dengan penuh kasih sayang. Satu pengalaman cukup bermakna bagi seorang wanita.
Ketika menyusukan badan, tubuh badan seorang wanita akan dipenuhi dengan segala nutrien semula jadi yang diperlukan oleh seorang bayi. Ketika ini juga, tubuh badan wanita akan menghasilkan sejenis hormon bernama prolactinis yang membantu penghasilan susu dalam payudara.
Ia terletak di kelenjar pituitari pada otak dan membantu penghasilan susu. Inilah yang dikongsikan oleh Dr Nurhaya Lactation Centre untuk ibu yang sedang menyusu. Dan ini adalah sembilan fakta mengenai hormon prolaktin yang ibu menyusu perlu tahu.
9 fakta ibu menyusu perlu tahu dalam penghasilan susu ibu
1) Hormon prolaktin adalah hormon yang bertanggungjawab merangsang penghasilan susu.
2) Selepas beberapa minit penyusuan berlangsung, hormon prolaktin akan di rembeskan ke dalam darah selama kira-kira 30 minit selepas setiap kali penyusuan.
3) Rembesan hormon prolaktin ketika penyusuan ini akan menyebabkan payudara menghasilkan susu untuk penyusuan berikutnya.
4) Oleh kerana itu penyusuan yang kerap itu di katakan membantu dalam penghasilan susu bukan milkbooster semata-semata, “More demand more supply!”.
5) Salah satu fungsi besarnya adalah penghasilan susu kerana itu namanya ‘pro’ – ‘lactin’. Namun, hormon ini di katakan memiliki kira-kira 200 fungsi lain di dalam tubuh manusia.
6) Nama lain hormon prolaktin adalah luteotropic hormon.
7) Hormon prolaktin di hasilkan di kelenjar pituitari (dalam otak) apabila terjadinya rangsangan hisapan bayi di payudara ibu (refleks saraf).
8) Penyusuan di waktu malam adalah sangat penting untuk memastikan penghasilan susu yang banyak kerana hormon prolaktin lebih tinggi di malam hari.
9) Dengan penyusuan yang kerap, bayi “exclusive breastfeed”, usia bayi 6 bulan dan ke bawah dan ibu belum datang haid, hormon prolaktin juga membantu dalam menghalang proses ovulasi dan menjarakkan kehamilan.
Sekiranya ibu sedang alami susu drop, kerapkan menyusu ya.
Artikel berkaitan: Susu Masih 2oz Walay Bayi Sudah 3 Bulan, Hasilkan Susu Yang Banyak, Ini Tip Dari Pakar Laktasi
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents