‘Hubungan Anak Dan Ibu Takkan Terputus’. Fazley Yaakob Ucap Selamat Hari Ibu Pada Datin Rosmah Mansur

Share

Sempena sambutan Hari Ibu semalam chef selebriti Dato’ Fazley Yaakob turut tidak terkecuali mengucapkannya kepada tiga orang ibu penting dalam hidupnya.

Dalam posting di Instagramnya semalam Fazley bukan sahaja mengucapkan Selamat hari ibu kepada ibu dan isteri tersayangnya tetapi juga kepada ibu mertuanya, Datin Seri Rosmah Mansur.

Happy Mothers day buat semua yang bergelar Ibu, Umi, Mama, Mommy, Emak! Selamat Hari Ibu buat 3 insan yang bergelar ibu ini: Ibu saya, Ibu kepada anak-anak saya dan Ibu mertua saya

Sebagai seorang anak, Fazley yang sememangnya dikenali sebagai seorang anak yang amat menyayangi ibunya tetap menghormati ibu mertuanya Datin Rosmah Mansur.

Walaupun hubungan mereka agak ‘tegang’ apatah lagi selepas Fazley dan isterinya Azrene membuat pendedahan tentang perbuatan Rosmah terhadap mereka selama ini di media sosial baru-baru ini namun atas dasar hormat hubungan ibu dan anak (dengan isterinya) beliau membuat perkongsian tersebut.

Manusia mana tak buat salah

Mungkin akibat terikut nafsu amarah yang sekian lama dipendam membuatkan suami isteri ini berani membuat pendedahan terbuka mengenai apa yang berlaku ke atas mereka selama 13 tahun hidup berumah tangga.

Namun bila keadaan sudah tenang, keberanian membuat kemaafan secara terbuka patut diberikan pujian. Memang tak seharusnya mereka berkongsikan segala aib dan kesalahan yang dilakukan oleh wanita bergelar ibu tersebut.

Keputusan Fazley untuk berkongsi ucapan hari ibu kepada ibu mertuanya mendapat pujian daripada segelintir netizen.

Semoga hubungan mereka sekeluarga akan kembali bertaut dan jadikan semuanya sebagai pengajaran. Pasti ada hikmah yang tersembunyi daripasa semua yang berlaku. InshaAllah.

Sumber: Instagram Fazley Yaakob

 

Published by
Hasnita Sawal