Sebenarnya hubungan rapat ayah dan anak boleh dibina sejak hari pertama lahir lagi. Walaubagaimanapun, ramai menganggap anak-anak dikatakan akan lebih rapat dengan ibu berbanding ayah. Ini kerana telah wujud hubungan istimewa antara ibu dan anak sejak dalam kandungan lagi.

Jadi tidak bermakna bapa perlu meletakkan tanggungjawab menjaga anak sepenuhnya pada isteri. Sebenarnya peranan seorang lelaki yang bergelar ayah sangat penting dalam membentuk jati diri anak sejak kecil lagi.

Ini kerana kebanyakan anak-anak akan menjadikan ayah mereka sebagai idola kerana mereka mudah terpengaruh dengan peranan seorang ayah. Malah, terdapat banyak kebaikan jika anak rapat dengan ayah sejak kecil.

Hubungan Rapat Ayah-Anak Boleh Dibina Dengan Menukar Lampin Sejak Hari Pertama Lahir. Hebat Kan!

Kajian juga menyatakan anak yang rapat dengan ayah akan mempunyai sifat positif terutama dalam proses perkembangan minda dan jati diri.

Selain itu, seperti yang dikongsikan oleh Pengasas Parent Connect Consultancy, Noor Afidah Abu Bakar perhubungan yang rapat antara ayah dan anak boleh dibina dengan hanya menukar lampin anak sejak hari pertama anak lahir?

Ads

Ayah juga perlu bijak dalam memilih lampin yang sesuai untuk anak, klik disini untuk mengetahuinya

Hubungan Rapat Ayah-Anak Boleh Dibina Dengan Menukar Lampin Sejak Hari Pertama Lahir. Hebat Kan!

3 tahun pertama kehidupan seorang anak adalah waktu kritikal di mana ‘attachment’ sangat diperlukan. ‘Attachment’ inilah yang akan membina rasa percaya (trust) dan hubungan yang rapat (connection) yang berpanjangan (insya Allah) antara ayah/ibu dan bayi.

Ads

Ketika 3 tahun pertama, anak memerlukan lebih kurang 5000 kali pertukaran lampin. Jika seorang ayah menukar lampin hanya 20% kali sekalipun, itu sudah memberi 1000 peluang untuk ayah ‘bond’ dan berinteraksi dengan anak.

Ayah perlu mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan perhatian bayi untuk menukar lampinnya dan bayi pula selalunya terhibur dengan gurauan ayah ketika berinteraksi.

Interaksi yang dibina dari peringkat awal inilah juga yang menjadikan tugas mendisiplinkan anak lebih mudah kerana ‘connection’ telah pun terbina.

Hubungan Rapat Ayah-Anak Boleh Dibina Dengan Menukar Lampin Sejak Hari Pertama Lahir. Hebat Kan!

Ads

Jika menukar lampin pun tidak mahu dilakukan, bagaimana ayah hendak memainkan peranan sebagai pembimbing tingkah laku anak?

Easy peasy. Syabas saya ucapkan kepada semua ayah yang menukar lampin anak.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

Jangan lupa kod promo untuk lampin bayi anda

Hubungan Rapat Ayah-Anak Boleh Dibina Dengan Menukar Lampin Sejak Hari Pertama Lahir. Hebat Kan!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI