Hukum Anak Meragam Guna Teknik Time Out. Memang Berkesan! Terus Dengar Kata

Share

Anak-anak dan karenah yang pelbagai memang tidak dapat dipisahkan. Rungsing bukan, jika si anak suka membuat perangai tidak tentu masa. Sehubungan itu, pasti anda sudah biasa mendengar tentang penggunaan kaedah Time Out atau Naughty Corner untuk menghukum anak bukan?

Time out adalah kaedah anak sisihkan anak di suatu sudut khusus untuk dia mendiamkan diri. Dalam masa yang sama, anda tetapkan masa untuk dia berada di situ.

Ya, kaedah ini diyakini adalah hukuman terbaik kepada anak tanpa adanya unsur-unsur kekerasan fizikal.  Ia berupaya mengawal kemarahan anak daripada terus bertukar agresif. Sebaliknya menjadi anak yang lebih mendengar kata.

Berdasarkan kajian, ia adalah salah satu cara yang baik untuk mendisiplinkan anak selepas dia melakukan perkara yang tidak sepatutnya dibuat. Kaedah menyisihkan anak beberapa minit ini menunjukkan bahawa ia lebih berkesan berbanding anda mengugut, memukul dan lain-lain si anak.

Perkongsian maklumat daripada Dr Taufiq Razif ini boleh dijadikan panduan dalam usaha anda mendidik anak menggunakan hukuman bersesuain dengan tahap umurnya. Berikut adalah tempoh yang boleh digunakan untuk hukuman Time Out mengikut umur anak anda.

  • Umur 1 tahun – 1 minit
  • Umur 2 tahun – 2 minit
  • Umur 3 tahun – 3 minit

Anda pasti terpegun melihat perubahan yang bakal berlaku, kesan daripada penggunaan kaedah Time Out atau Naughty Corner ini. Emosi anak akan berubah menjadi lebih tenang dan dia pasti meminta untuk dipeluk dan pada masa yang sama memohon maaf dan mengakui kesalahan yang dilakukannya.

Dalam pada itu, anda perlu menggunakan kesempatan yang ada ini, dengan menegur kesilapan anak. Nyatakan mengapa ia salah dan apa sebenarnya yang patut dia lakukan. Dengan cara sebegini, diharap ia dapat memberi pengajaran kepada anak ini dan dapat membantu dia mengawal dirinya daripada berterusan membuat perangai di masa depan.

 

 

Published by
Intan Jastina