Tak dinafikan bahawa anak-anak memang menguji kesabaran kita, selalunya di saat kita terlalu penat di mana pada waktu ini tahap kesabaran kita berada paling rendah.
Ada sahaja yang tak kena, sama ada bergaduh antara adik-beradik, menyepahkan permainan dan buat sesuatu perkara yang diluar jangkaan ibu bapa.
Mungkin kita fikir dengan cara merotan, anak tidak akan buat hal lagi tapi sebaliknya anda perlu tahu memukul hanya jalan sementara sahaja dan tidak memberi pengajaran kepada kanak-kanak tersebut. Mereka akan takut tapi dalam masa sama menjadikannya seorang individu yang submisif dan terlalu menurut perintah.
Harus diingat individu yang dipukul semasa kecil lebih cenderung membesar menjadi individu pendera, selalunya memukul pasangan dan anak mereka sendiri.
Kita juga sering mendengar dalam kalangan masyarakat yang mewajarkan tindakan mereka memukul anak dengan berkata, “saya pun masa kecil pernah dipukul tetapi sekarang membesar dan berjaya je.”
Ads
Harus diingat, seorang anak yang dipukul berulang kali akan lebih berdiam diri, menjadi agresif dan tidak mempercayai orang lain. Siapa lagi yang boleh dipercayai jika orang yang paling anda percaya di dalam hidup iaitu ibu bapa, menyakitinya?
Tidak memukul bukan bermakna kurang disiplin. Kata-kata boleh memberi kesan yang lebih mendalam dan berpanjangan berbanding merotan. Sebagai ibu bapa, pada peringkat awal lagi kita harus menentukan batasan-batasan dan apa yang dimaksudkan dengan tingkah laku yang baik dan buruk.
Apabila anak anda berperangai buruk, terangkan kepadanya apa yang dilakukan salah. Daripada menjerit “Jangan, Tidak Boleh!” sekuat-kuat hati, beritahu anak anda mengapa tindakannya tidak boleh diterima. Sebenarnya anda perlu faham, anak kecil yang melakukan sesuatu mesti nak tahu apa Apabila anak anda memanjat, dia bukanlah nakal tetapi hanya bersifat ingin tahu.
Jadi sebagai ibu bapa, sebaiknya gunakan pendekatan berhemah dalam mendidik dan mengajar anak. Jika mahu menggunakan rotan sekalipun biarlah berpada dan tidak memberi kemudaratan pada fizikal dan emosi anak. Semoga kita terus diberi kekuatan.
Ads
Ads
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagaimana untuk tangani fasa individuating anak yang berumur 4 tahun? Sebenarnya, Fasa individuating ini seharusnya berakhir pada umur 3.5 tahun. Namun, ada juga anak-anak yang sedikit lambat perkembangan emosinya. Banyak faktor yang menyebabkan fasa ini lambat berakhir.
Apa yang berlaku pada anak 4 tahun, seharusnya anak ini sudah mula memahami emosi, mula bijak mengurus emosi sendiri, sudah pandai meluahkan dengan cara yang betul dan mampu untuk mengikut arahan. Namun, untuk mencapai tahap ini, ibu bapa sudah banyak mendidik dan membimbing emosi anak pada usia sebelum 4 tahun.
Janganlah pula ibu bapa merasa gagal, apabila pada umur ini, anak masih berkelakuan seperti anak umur 2 tahun. Tiada istilah gagal dan terlambat dalam parenting.
Kita adalah ‘leader’, ‘person in charge’ pada anak-anak.
Mereka hanya mengikut corak dan acuan kita. Terus upgrade ilmu dan perkasakan amalan, mudah-mudahan anak-anak akan lebih bijak EQ dan SQ nya. Kenapa bukan IQ? IQ penting juga, tapi EQ dan SQ jauh lebih penting dan besar pengaruhnya dalam kehidupan hingga dewasanya dia.
Baiklah, ‘straight to the point’. Saya berikan satu gambaran situasi agar ibu bapa mudah memahami apa yang dikatakan tangani fasa ini bagi anak umur 4 tahun dengan kata-kata dan tindakan.
Situasi :
Ibu mahu membeli barang di kedai dan akan bawa anak berumur 4 tahun bersama.
Ingat ya ibubapa hebat semua, kita semua mahu jadi ibubapa yang loving&firm, penyayang & tegas BUKAN penyayang ATAU tegas. Lain tu.
So, sebelum si ibu ini mahu keluar, ibu ini perlu beritahu anak ke mana yang mereka mahu pergi dan buat perjanjian. Ini sangat bagus ye, bagi mengelakkan berlakunya ‘drama’ yang tidak diingini.
Ibu boleh katakan pada anak, “Adik, kita akan ke kedai kejap lagi. Ibu akan bawa adik bersama. Ibu hanya mahu beli gula dan tepung. Di kedai nanti akan ada banyak barang. Adik boleh beli barang di situ nanti. Tapi hanya SATU barang dan harga tak lebih dari RM2. Sebab ibu akan bawa duit cukup-cukup saja. Sekiranya adik mahu lebih dari RM2, kita terpaksa pulang tanpa adik dapat beli apa-apa. Boleh kan.” Kemudian anak kata boleh.
Seterusnya kita ke kedai yang dijanjikan. Ingatkan lagi perjanjian di rumah tadi sebelum masuk ke kedai.
Tapi, setibanya di kedai anak buat akal. Dan ‘break the agreement’.
So, apa yang ibu perlu buat hanya kotakan kata. Sebelum tu, ingatkan semula perjanjian di rumah tadi.
“Ingat lagi tak, kan kita dah janji kat rumah tadi, adik cuma boleh beli SATU barang yang tak lebih RM2. Kita manusia berpegang pada janji. Maka kita terpaksa balik sekarang tanpa adik dapat beli apa-apa”.
Andai anak tetap mahu dengan kehendaknya yang luar perjanjian, kita cepat-cepat dapatkan barang kita dan kita terus pulang. Ya, drama itu akan berterusan. Biarkan dan buat muka tebal. Buat dekkk je kat mata-mata yang memandang. Ini anak kita, kita yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik.
Bila dah sampai rumah, dan setelah anak reda dan tenang. Kita rasionalkan padanya kenapa kita bertindak begitu. Ulangkan apa yang kita janjikan sebelum itu dan kenapa kita tak beli apa yang dia mahu.
Ini yang dinamakan TEGAS.Kita sedang mendidik anak untuk berpegang pada janji dan memahami yang ibu tegas dan berpendirian. Banyak yang anak dapat pelajari dari peristiwa ini. Belajar ber’negosiasi’, bertolak ansur, berpegang pada janji, tetap pendirian…MasyaAllah, bila dari awal lagi anak sudah di didik begini, apakah natijahnya bila dewasa?. Mudah-mudahan akan jadi anak yang berjaya dan berjasa.
Itu yang dikatakan mendidik anak fasa individuating bagi anak 4 tahun dengan kata-kata dan tindakan. Tindakan yang bertegas. Dalam konteks kisah ini, ibu pulang ke rumah atas perjanjian bersama sebelum itu.
Ingat ya, ibu bapa adalah pemimpin. Didik anak dengan lembut dan tegas.
Mari amalkan Loving & Firm Parenting Style. Mudah-mudahan generasi yang kita sedang bina adalah generasi yang bijak emosi yang mampu bersimpati dan berempati pada orang lain.
“Degil sungguh anak awak ni, saya ni berpuluh kali larang dia jangan buat” pernah tak kita mengeluarkan kata-kata sedemikian?
Mudah sungguh nak buruk sangka dengan anak yang “Strong Will” ni. Patut la sebab dari luaran memang mereka nampak macam
– degil
– susah dengar kata
– tak makan di pujuk
– suka melawan
– biadab
Tapi di dalam diri mereka ada ciri ciri anak yang paling taat sekali kalau pandai gali.
Yang sebenarnya mereka bukan suka sangat pun melawan mak ayah, cuma mereka tak berdaya nak melawan emosi membuak buak bila dengar perkataan “tidak”
Ini kerana anak Strong Will Allah dah jadikan ada Azam Yang Kuat. Sekali dia dah letak azam, dia akan kejar sampai dapat. Itu la kelebihan anak Strong Will ni.
Bertuah siapa ada anak begini, ini ciri ciri orang hebat. Tak mudah mengalah dan buat sesuatu kerja sampai berjaya.
Tapi awas!
Anak Strong Will ni mudah sangat jadi pemberontak;
– bila terlalu berkeras dengan dia
– bila tak percaya pada kemampuan dia
– bila paksa dia buat sesuatu yang dia tak suka
– bila selalu nampak keburukan dia
– bila dia rasa tidak di sayangi & di hargai
Itu la bibit bibit anak yang paling taat boleh jadi anak yang paling kuat memberontak.
Sesungguhnya anak yang hebat bukan sejak lahir terus hebat tapi di bentuk oleh mak ayah yang hebat.
Begitu juga la sebaliknya.
Wallahu A’lam,
– kita wajib kenal karakter dan personaliti anak sendiri
#PositiveParentingFhais
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai ibu bapa bertanya, sekarang musim PKP, tak boleh ke sekolah dan ke pusat terapi, memang mencabar bagi anak-anak yang mempunyai isu sensori.
Ada ibu ayah yang bertanya, apa alatan atau perabot di rumah untuk saya sediakan kepada anak-anak supaya sistem sensori mereka tetap ‘engage’?
Bagi memudahkan ibu bapa faham dan apa yang sesuai digunakan, Terapis Cara Kerja, Mahfuzah Zainol senaraikan beberapa barangan ini untuk pemahaman anda.
Saya list kan barang ini dulu..
16 Perabot dan Alatan Sensori dalam Rumah
1. Bean bag besar – boleh lompat-lompat boleh golek-golek (Tactile, proprioseptif, vestibular)
2. Gym ball – atau boleh guna bola besar. Banyak aktiviti boleh dilakukan atas bola gym untuk meraikan keperluan sensori anak anda (Tactile, proprioseptif, vestibular)
3. Lampu berwarna-warni – boleh guna waktu malam. Ambil masa 5-10 minit di bilik gelap bersama lampu jenis ini. (Tactile, visual, vestibular)
4. Carpet – boleh guna carpet. Tak payah lah harga carpet sampai 3 ribu, eh! Carpet tu ada unsur sensori taktil. Tak kisah jenis apa pun. (Tactile, proprioseptif, vestibular)
5. Barang mainan yang keluarkan bunyi – apa-apa sahaja mainan bebrbunyi, alat muzik pun boleh, benda ketuk-ketuk pun boleh (Tactile, proprioseptif, auditori, vestibular)
6. Cermin – letaklah banyak sikit cermin di dalam rumah. Selain menampakkan rumah anda luas, ia amat bagus untuk input sensori anak anda. Saya suka cermin banyak dalam rumah, boleh cermin diri sendiri juga (Visual)
7. Alatan memanjat – kalau ada tempat memanjat dalam rumah memang bagus. Boleh letak wall climbing ke kan. Tapi kalau tak ada, boleh jadikan apa-apa binaan kukuh untuk anak-anak memanjat (Tactile, proprioseptif, visual, vestibular)
8. Punching bag – alat ini pun bagus sebenarnya untuk melepaskan geram. Hehe (Tactile, proprioseptif, visual, vestibular)
9. Hanging bar – ini macam alat untuk bergayut. Boleh beli di shoppee tau. Murah je. Mak ayah pun boleh guna sebab boleh sangkut kat pintu. Tak perlu space luas pun. (Tactile, proprioseptif, vestibular)
10. Khemah – haa khemah dalam rumah ni bagus sangat. Kalau ada tu, pasanglah dalam rumah ye, untuk anak-anak dapat input sensori. (Tactile, proprioseptif, visual, vestibular)
11. Selimut tebal – boleh guna untuk main-main bersama anak sebelum tidur ke atau masa nap time ke. (Tactile, proprioseptif, vestibular)
12. Bantal – tahu kan nak buat apa dengan bantal? Boleh main dengan bantal. (Tactile, proprioseptif, vestibular)
13. Kolam air – selalu nampak pool plastik ni di musim PKP, swimming pool untuk anak-anak mandi dan bermain. (Tactile, proprioseptif, vestibular)
14. Buaian – alat ni selalu ada di rumah. Terpulang nak guna jenis macam mana, asalkan anak-anak boleh berhayun dengan selamat atas buaian tu (Tactile, proprioseptif, vestibular)
15. Trampolin – kalau ada budget, boleh la tambah koleksi trampolin dalam rumah. Bagus untuk lompat-lompat. Mak ayah pun boleh tumpang sama lompat ye. Asalkan berat tak lebih 100 kg lah (Tactile, proprioseptif, vestibular)
16. Diffuser – Yang ini mak-mak mesti suka..boleh la guna YL ke, Dottera ke, Bath and Body Work ke.. letak sikit diffuser beraroma dalam rumah untuk effect olfactory (smell) anak anda. (Olfactory)
Sekian, sedikit perkongsian saya sebagai ahli terapi cara kerja di pendidikan khas. Selamat duduk di rumah ya semua.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.