Usahawan yang juga personaliti media sosial, Datin Vivy Yusof berkongsi di instagram mengenai anak perempuannya yang berusia enam tahun telah memahami kesusahan yang dialami mangsa banjir.
Sebagai ibu, Vivy rasa sangat berbangga dan tak sangka Mariam sanggup memberikan duit simpanan yang dikumpul selama ini untuk membeli permainan kepada mereka yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini.
Menurut Vivy, dia sebelum ini banyak berkongsi mengenai pelbagai perkara kepada anak-anaknya termasuklah kejadian menyayat hati yang telah melanda negara.
“Saya sangat rapat dengan anak-anak dan berkongsi banyak perkara dengan mereka. Selepas bencana banjir baru-baru ini, saya menunjukkan video kejadian tersebut. Anak-anak berlinangan air mata, terdiam melihat paras air dan sampah sarap terapung di merata tempat.
“Tiba-tiba, Mariam keluar dari bilik dan kembali dengan membawa dompetnya. Dia menyerahkan semua yang ada dalam dompetnya kepada saya, wang yang dia simpan untuk membeli mainan untuk dirinya sendiri.
Ads
Setelah menyaksikan video tersebut, Mariam telah menyerahkan kesemua wang simpanannya yang berjumlah RM220 kepada saya untuk disalurkan kepada mangsa banjir.
Malah Mariam turut memberitahu bahawa mangsa-mangsa banjir lebih memerlukan sumbangan tersebut berbanding kemahuan dirinya.
Berikutan itu, Vivy mengakui berasa bangga dengan tindakan anakanya itu kerana telah meletakkan nilai kemanusiaan lebih tinggi berbanding kehendak sendiri.
Ads
Di ruangan komen, ramai memuji tindakan Mariam yang seolah memahami kesusahan orang lain walaupun diusianya yang masih kecil dan belum memahami sepenuhnya lagi.
Harapnya sikap sebegitu menjadi contoh buat anak-anak yang lain dan Mariam membesar menjadi seorang yang sentiasa prihatin sehebat namanya!
Ads
Kredit: IG Vivy Yusof
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun tertusuk lidi ke dalam mulut sehingga tembus ke bahagian otak selepas terjatuh ketika makan sosej yang dibeli ibunya.
Dalam kejadian yang berlaku pada 20 Oktober di Quijing, China, si ibu terdahulu membeli sebatang sosej goreng untuk anaknya.
Ketika sedang menikmati makanan itu, mangsa tiba-tiba terjatuh dan lidi sosej itu tertusuk ke dalam mulutnya.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah selain sukar bernafas, dikejarkan ke hospital. Seramai tujuh pakar berkerjasama membedah mangsa bagi mengeluarkan lidi itu.
Walaupun pembedahan yang berlangsung selama tiga jam itu berjaya mengeluarkan lidi tersebut, keadaan mangsa masih kritikal kerana lidi itu telah menembusi jauh ke dalam sehingga menyebabkan mangsa demam kerana bakteria merebak ke dalam otaknya.
Menurut pakar pediatrik, lidi itu telah menembusi lima sentimeter ke dalam otak mangsa dan jika lebih dari itu, mangsa berisiko maut serta-merta.
Ibu bapa dinasihatkan berhati-hati ketika memberi makanan yang mempunyai lidi atau sebarang objek tajam. Sebaik-baiknya, suaplah anak anda bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Me time bagi ibu-ibu adalah waktu untuk bersendirian dan lari sebentar dari rutin harian. Tak perlu lama tapi efeknya sangat besar kepada mood dan tenaga.
Perkongsian Tasha Manshahar ini dipersetujui para follower. Seorang ibu mempunai rutin yang sama setiap hari menguruskan anak. Dek kerana lama mengikuti rutin yang sama tanpa henti, badan pun boleh jadi sangat letih dan tempat yang luas dirasakan sempit. Me time boleh memperbaiki mood dan mengembalikan tenaga.
Tasha yang melahirkan anak sulungnya, Muammar Rafiqi pada 22 Jun 2019 yang lalu berkongsi tentang me time di Instagram.
“Sometimes you just need to disconnect and enjoy your own company. There are days yang kita rasa sangat letih walaupun kita cuma duduk, rasa sempit walaupun kita di tempat yang luas. Ni selalunya berlaku bila kita keep on doing the same thing over again.
“Rutin harian kita. Hadap benda sama setiap hari for a long time. Takde break in between. Bukan kita tak suka kerja atau rutin kita tu, cuma sometimes we need a break, enjoying things (even simple things) we like for ourselves. Agree tak?
“Everyone needs “me time”. Dia macam recharge balik tenaga kita, improve balik mood kita, then kita boleh continue doing our routines happily. Me time korang bila and macam mana?”
Para follower mempersetujui pendapat penyanyi ini tentang me time yang perlu dinikmati oleh setiap wanita bergelar ibu. Me time yang menggembirakan bagi seorang isteri akan menjadikan keluarga lebih bahagia.
CARI KETENANGAN DAN KEINDAHAN ALAM
“Saya akan do house chores and finish all my work and lastly saya akan cari ketenangan dan keindahan alam” – @ei_syah
KESAN POSITIF KEPADA KELUARGA
“A good “me time” for a woman makes her family happy afterwards ?” – @kai_armd
MAKAN KUDAPAN PUN ME TIME
“Saya first time mum. Baby baru 1 year 1 months. Me time Saya time mandi n kjp2 masuk dapur makan kudapan ?.” – @ kinoounni
TIDUR TANPA GANGGUAN ANAK
“Me time Mira bila dpt tidur Tanpa gangguan Anak hihii?.”- @_kakmira
Tanpa sedar, si isteri sebenarnya sedang mempersiapkan suami untuk menghadapi kehilangannya. Kisah bapa tunggal ini menyebabkan netizen sebak.
Bagi pasangan yang berumahtangga, tentunya mengidamkan untuk boleh melihat anak-anak membesar bersama-sama. Namun kuasa Allah tiada yang boleh menghalang, bila tiba masanya insan yang disayangi dijemput pulang. Walau pun anak-anak masih kecil dan masih perlukan perhatian daripada ibunya.
Ternyata bukan mudah menjalankan tugas sebagai seorang bapa tunggal kepada tiga orang anak yang masih kecil. Bila sang suami ingat kembali, rupanya isterinya telah mempersiapkan segala-galanya sebagai persediaan untuknya menguruskan anak-anak dan rumah tangga sebelum menutup mata.
Hinggakan dia sudah terbiasa menguruskan rumah, memasak dan menguruskan anak secara bergilir-gilir dengan isterinya. Malah semua kerja rumah tidak asing kerana dia pernah dilakukannya.
Ogos yang lalu, isteri Encik Khairul Abdullah telah meninggal dunia akibat jangkitan kuman yang menyebabkan kegagalan organ. Pemergian isterinya telah meninggalkan 3 orang cahaya mata lelaki mereka iaitu Khaleef, 4 tahun, Khaleel, 2 tahun, dan Khaleed, 7 bulan. Berikut adalah perkongsian bapa ini yang mendapat 5,400 share di Facebook;
Saya bernasib baik.
Tanpa sedar, isteri telah mempersiapkan saya bagi menghadapi saat ini.
BUAT KERJA RUMAH BERGILIR-GILIR
Saya sering diajak untuk mengemas rumah bersama. Saya vakum, dia mop. Saya susun buku, dia lap meja, saya cuci toilet, dia kemas katil dan seterusnya begitulah.
Rutin mengemas diganti-ganti. Jadi saya tahu dan pernah buat kesemuanya.
Adakah dia sedang mempersiapkan saya?
.
JADI HANDAL MEMASAK
Dia sering inginkan masakan yang dimasak di rumah. Keistimewaanya adalah memasak lauk pauk. Namun saya sering diminta masak masakan lain seperti laksa, segala jenis mee dan juga kek. Itu kebolehan saya.
Ketika dia mengandungkan Khaleef, kami jauh di perantauan. Memang takde peluang nak nikmati segala masakan sewaktu bulan puasa.
Macam-macam diinginkan dan habis segalanya saya kena masak, dari murtabak ke roti jala, dari sate sehingga ke soto dan segala jenis masakan.
Lalu saya handal memasak. Saya champion. Saya boleh memasak apa sahaja.
Memang dia sedang mempersiapkan saya.
.
DIBIASAKAN UNTUK URUS ANAK DARI ANAK PERTAMA
Anak sulung kami Khaleef sayalah yang menjaganya sejak di hospital lagi. Nurse memanggil saya untuk mengajar cara menguruskan bayi seperti membasuh berak, memandi dan memakaikan lampin.
Di Jerman memang begitu, suami harus belajar menguruskan anak.
Kebetulan saya seorang freelance yang mempunyai kontrak pekerjaan secara fleksible. Peluang tersebut saya ambil untuk memjaga Khaleef sepenuh masa.
Jadi saya belajar dan praktik lalu jadi pandai apabila melakukannya setiap hari. Saya sangat cekap dan tidak kekok menguruskan bayi.
Masuk anak kedua saya bertambah pandai. Masuk anak ketiga maka saya dah jadi champion.
Memang dia sedang mempersiapkan saya.
.
ANAK DILATIH DUDUK DI CARSEAT
Anak-anak diajar untuk duduk di dalam carseat sejak hari pertama keluar dari hospital. Walaupun anak menangis dia tidak mahu mengambilnya walaupun saya suruh begitu.
Katanya anak harus dididik, nanti mereka tiada disiplin. Walaupun kesian melihat anak menangis namun dia mahu hati saya keras di dalam mendisplinkan anak.
Memang benar, dia sedang mempersiapkan saya.
.
RUPANYA APA YANG DIPELAJARI SEBELUM INI AMAT BERGUNA
Apabila berseorangan begini menguruskan anak ke sekolah atau ketika keluar dari rumah ianya sangat membantu. Bayangkanlah kalau anak jenis tak duduk dalam carseat?
Macamana saya nak bawa baby? Macamana dengan si abang dan adik yang bakal melompat dan bergaduh di belakang? Pasti menganggu tumpuan pemanduan saya.
Jadi saya bernasib baik. Semua yang saya belajar, amalkan dan didik pada anak-anak rupanya sangat berguna untuk saya hari ini.
Sememangnya dia sedang mempersiapkan saya.
.
DIAJAK UNTUK TEMANI LIPAT PAKAIAN
Katanya kami perlu ada dryer di rumah. Tak perlu lagi jemur pakaian. Nanti dengan anak yang bertambah, jumlah pakaian bertambah dan kerja nak membasuh jadi semakin berat.
Dan memang benar. Kerja-kerja laundry jadi sangat mudah. Namun kerja melipat dan menyusun masih lagi berat. Dia tidak mahu saya buat katanya saya seringkali gagal mengikut prosedur dan spesifikasi yang telah dia tetapkan.
Namun dia sering mengajak saya meneman dia ketika melipat dan menyusun pakaian. Yang pakaian begini harus disusun begini di dalam almari ini. Yang ini pula harus begini dan seterusnya. Semuanya bersistem dan ianya sangat memudahkan.
Dan hari ini, walaupun adik yang datang ke rumah tolong melipat pakaian, ianya tetap disusun seperti sistem yang telah ditetapkan. Mudah untuk saya mencari pakaian terutaman pakaian anak-anak yang saya perlu siapkan setiap pagi.
Sememangnya dia telah mempersiapkan saya.
.
KONGSI CARA MEREKODKAN & KATA LALUAN
Beberapa minggu sebelum pemergiannya dia ada memberitahu saya tentang fail-fail setiap urusan rumahtangga dari fail anak-anak, schedule vaksin, akaun bank, akaun tabung haji, di mana letaknya segala dokumen dan pelbagai maklumat pengurusan kewangan yang perlu saya tahu.
Alhamdulillah, hari ini semuanya saya tahu. Semuanya tersusun kemas di dalam fail dan di dalam rekod excel yang dia buat. Semua login serta password akaun media sosial, perbankan, email dan sebagainya saya tahu.
Dengan mudah saya menutup semua akaun media sosial beliau dan juga akses ke akaun perbankan dan akaun-akaun online yang lain.
Akhirnya, memang saya telahpun bersedia.
.
PEMERGIAN ISTERI MENGEJUT TETAPI MASIH BOLEH HANDLE ANAK-ANAK KERANA SUDAH DILATIH
Pemergiannya sangat mengejutkan. Saya dan anak-anak sentiasa redha yang jodoh kami dengannya hanya setakat itu sahaja.
Hidup perlu diteruskan bagi menunaikan amanahnya.
Ramai orang kagum bagaimana saya melakukannya. Seorang lelaki yang perlu menjaga 3 anak kecil yang seorangnya masih lagi bayi.
Bolehkah dia tukar lampin? Bolehkah dia beri susu? Bolehkah dia beri makan? Bolehkah dia tidurkan anak-anaknya? Bolehkah itu, bolehkah ini dan macam-macam lagi.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.