“Hulur RM220..” Vivy Terharu Mariam Bagi Duit Simpanannya Bantu Mangsa Banjir

Share

Usahawan yang juga personaliti media sosial, Datin Vivy Yusof berkongsi di instagram mengenai anak perempuannya yang berusia enam tahun telah memahami kesusahan yang dialami mangsa banjir.

Sebagai ibu, Vivy rasa sangat berbangga dan tak sangka Mariam sanggup memberikan  duit simpanan yang dikumpul selama ini untuk membeli permainan kepada mereka yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini.

Menurut Vivy, dia sebelum ini banyak berkongsi mengenai pelbagai perkara kepada anak-anaknya termasuklah kejadian menyayat hati yang telah melanda negara.

“Saya sangat rapat dengan anak-anak dan berkongsi banyak perkara dengan mereka. Selepas bencana banjir baru-baru ini, saya menunjukkan video kejadian tersebut. Anak-anak berlinangan air mata, terdiam melihat paras air dan sampah sarap terapung di merata tempat.

“Tiba-tiba, Mariam keluar dari bilik dan kembali dengan membawa dompetnya. Dia menyerahkan semua yang ada dalam dompetnya kepada saya, wang yang dia simpan untuk membeli mainan untuk dirinya sendiri.

Setelah menyaksikan video tersebut, Mariam telah menyerahkan kesemua wang simpanannya yang berjumlah RM220 kepada saya untuk disalurkan kepada mangsa banjir.
Malah Mariam turut memberitahu bahawa mangsa-mangsa banjir lebih memerlukan sumbangan tersebut berbanding kemahuan dirinya.

Berikutan itu, Vivy mengakui berasa bangga dengan tindakan anakanya itu kerana telah meletakkan nilai kemanusiaan lebih tinggi berbanding kehendak sendiri.

Di ruangan komen, ramai memuji tindakan Mariam yang seolah memahami kesusahan orang lain walaupun diusianya yang masih kecil dan belum memahami sepenuhnya lagi.

Harapnya sikap sebegitu menjadi contoh buat anak-anak yang lain dan Mariam membesar menjadi seorang yang sentiasa prihatin sehebat namanya!

Kredit: IG Vivy Yusof

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.

Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

 

Published by
Wan Amy