Bukanlah tidak sayang. Tidak juga sengaja mengabaikan. Tuntutan kerja atau perkara lain yang kita rasakan lebih utama membuatkan kita terlupa untuk mengungkapkan kata cinta pada pasangan. Biarpun hanya tiga patah perkataan, tetapi kita selalu ‘terlepas’ untuk memberitahunya kepada pasangan. Yang peliknya, zaman bercinta dahulu sehari pun tak pernah lupa untuk mengatakan I Love You kepada si dia.
Sebenarnya apabila sudah berkahwin, kebanyakan kita merasakan lebih banyak komitmen lain yang perlu diutamakan daripada mahu memberitahu pasangan yang kita sayangkan mereka. Bukankah dia pun dah tahu yang kita sememangnya sayangkan mereka? Jadi tak perlulah sibuk nak beritahu lagi. Ada pula yang bila pasangannya whatsapp kata-kata cinta, dibalas pula dengan soalan “Awak dah kenapa? Buang tabiat ke?”.
Menurut Akhtar Syamir atau Broohsem melalui laman Facebooknya, dia dan isteri senang membuat satu cabaran siapa yang akan mengungkapkan kata cinta. Menurut Akhtar, cabaran ini membuatkan kita saling ingat pada pasangan. Dengan cara ini, ia akan membuatkan sesbuah pasangan itu lebih rapat dan fokus antara satu sama lain.
Benda nampak mudah, tapi kami jadikan ianya satu challenge. Tidak kira di mana, seorang boleh di tempat kerja, yang seorang lagi boleh di rumah dan masing-masing akan sibuk dengan rutin sendiri. Selalu akan terlupa pada pasangan.
Challenge ini akan buat kami lebih teringatkan pasangan. Bila teringat tu, akan buat kita lebih rapat dan fokus pada pasangan.
Ads
Cubalah! Benda ni free je. Jom challenge pasangan masing-masing.
BroOhsem.
Ada betulnya cara pasangan ini mencabar diri masing-masing. Pa&Ma juga merasakan cara ini berkesan untuk membuatkan kita selalu teringat pada pasangan. Secara positif, kita akan berebut-rebut untuk menzahirkan rasa cinta.
Sudah tentu pasangan kita akan merasa lebih dihargai. Kalau kita pula yang dapat pesanan I Love You terlebih dahulu, ia dapat membangkitkan aura positif dalam diri kita pada hari itu. Cabaran ini juga tidak memerlukan sebarang bayaran, percuma saja.
Semoga dengan cara begini dapat merapatkan sesebuah pasangan dan membuatkan rasa cinta semakin dalam antara satu sama lain. Jom, kita mulakan challenge ini sekarang!
EPISOD 2 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA AKAN MENEMUI ANDA RABU INI!
Ads
Ibu dan bapa harus menyokong minat anak-anak. Kerana dari minat itu, ianya akan menyokong tumbesaran anak serta menggalakkan dan mendidik anak-anak membuat perkara yang mereka suka. Episod kali ini akan membincangkan tentang hobi dan minat anak-anak. Saksikan episod kedua dengan topik Hobi Anak Alaf Baru di Journey Bersama Jovianina pada 2 September Ogos 2020, jam 9 malam.
Fasa satu pemasangan lokar sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM), akan dimulakan bermula akhir bulan ini.
Ia adalah antara tujuh inisiatif KPM untuk menangani isu beg berat dalam kalangan murid sekolah.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata fasa satu inisiatif itu akan dilaksanakan di sekolah dua sesi, membabitkan murid Tahap Satu.
Beliau berkata, pihaknya menjangkakan menjelang Oktober, perolehan untuk inisiatif berkenaan dapat dilaksanakan ke sekolah yang disenaraikan dalam fasa satu itu.
“Dalam fasa satu ini, kita pasang lokar untuk murid Tahun Satu dan Dua. Kita akan mula pasang lokar di sekolah pada penghujung bulan ni.
“Jadi Oktober nanti, kita akan cuba ikhtiar supaya semua perolehan tu sampai dan dipasang di sekolah,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Libat Urus dengan Editor Kanan Media, Putrajaya hari ini.
Yang turut hadir, Pengarang Kumpulan Berita Harian (BH), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.
Mac lalu, Radzi menyenaraikan tujuh inisiatif meringankan beg sekolah iaitu penyediaan lokar, penyusunan semula jadual waktu sehingga empat mata pelajaran sehari dan buku latihan tidak lebih dua buah serta buku teks digital.
KPM turut menggalakkan penggunaan pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) bertema atau modular, pembelajaran berasaskan projek, simulasi amali (Virtual Lab) bagi mengurangkan kebergantungan terhadap buku teks dan penggunaan uniform sekolah kebangsaan dibenarkan bagi sesi persekolahan kelas agama fardu ain (KAFA).
Terdahulu ketika menyampaikan taklimat, Radzi memaklumkan, kebanyakan majlis agama Islam negeri bersetuju untuk pakaian seragam sekolah kebangsaan digunakan bagi kelas KAFA.
“Murid-murid tidak perlu lagi bawa uniform sekolah KAFA,” katanya.
Sempena hari kemerdekaan pada Sabtu ini, mak ayah pasti berubah gigih untuk mempersiapkan anak-anak ke sekolah yang turut sama menyambutnya di sekolah.
MUA terkenal, MUA Bellaz tidak tercuali mempersiapkan anak-anak ke sekolah untuk sambutan merdeka. Namun penampilan anak sulungnya, Eica dilihat cukup sempurna. Tak hairanlah dipuji wargamaya.
“Tadaa full outfit kakak Eica bersempena kemerdekaan tema kali ni, kebudayaan ❤️. Macam mana cantik dak hampa?
“Bellaz nak boh full accessories Eica dia tak mau dia kata sakgi nak makan payah,” kongsi Bellaz di ruangan kapsyen.
Menariknya kata Bellaz ada dicerita disebalik outfit sempurna itu bila mana kain anaknya singkat. Namun dia bersyukur kerana masalah itu selesai.
“Jutaan terima kasih membantu Bellaz malam tadi. Cerita dia macam ni, malam tadi baju dia sampai last minute kain tu singkat hampa. Kesian pulak tengok muka sedih tu, sebab Eica ada masuk pertandingan sajak.
“Mak ni apa lagi nak yang terbaik laa. Tanya-tanya orang ada hamba Allah bantu bellaz untuk pakaian Merdeka ni. Alhamdulilah syukur sangat-sangat dipermudahkan. Menang kalah belakang kira janji mama dan kakak buat yang terbaik dah insyallah,” tulisnya menerusi kapsyen.
Ternyata penampilan anak sulung Mua Bellaz cukup cantik. Ditambah pula dengan solekan sempurna hasil sentuhan ibunya yang bertepatan dengan tema merdeka. Memang perfect!
Menurut perkongsian Bellaz, anaknya turut bakal memasuki pertandingan deklamasi sajak di sekolah.
Apabila terbacakan perkongsian oleh Adlil Rajiah ini, ia memang memberi kesan di hati. Maklumlah, sebagai ibu sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat anak-anak. Ada masanya sehingga kita terlupa, apabila terlalu kerap kita melakukan kesilapan ketika membesarkan mereka, ia memberi kesan buruk kepada anak.
Setiap perlakuan mahupun kata-kata yang keluar dari mulut kita menjadi contoh kepada mereka. Jika yang baik kita jadikan contoh, maka cantiklah perilaku mereka. Begitulah sebaliknya.
Baca dan hayati penulisan ini. Kemudian tanyakan kepada diri, pernahkah kita juga melakukan kesalahan-kesalahan ini tanpa sedar. Masih belum terlambat, ubahlah diri dan berikan hanya yang terbaik kepada mereka.
Bulan lepas, seorang guru mengadu pada saya, anak murid tendang kakinya sampai lebam biru.
.
Bila disiasat–
rupanya budak tu dah biasa kena tibai kat rumah.
Buat silap kena tibai,
tak buat apa2 pun kena tibai.
.
Dua minggu lepas seorang wanita DM saya sebab terkejut anak saudara lelaki dia, umur 6 tahun, cakap–
“Maksu ni fuck la!”
.
Bila disiasat–
rupanya anak kecil itu dah biasa dengar mak ayah saling carut-mencarut antara satu sama lain bila berselisih faham suami isteri.
.
Semalam, seorang ibu hubungi saya menangis-nangis bila dapat tahu anak lelakinya (7 tahun) buat hubungan seksual dengan sepupu perempuan (10 tahun).
.
Bila disiasat–
rupanya ibu bapa kedua2 anak itu beri kebebasan sepenuhnya kepada anak2 untuk memiliki smartphone sendiri, siap dengan plan internet unlimited.
.
Bila ditanya kenapa–
ibu bapa mengaku terlalu sibuk dengan kerja dan bisnes sampai takde masa nak layan anak2.
.
Lebih pedih, bila lihat sendiri “history” smartphone anak2 itu.
Jantung saya berhenti.
Hati saya remuk.
Lutut tiba2 rasa longgar.
.
Keywords yang ditaip dalam search engine–
budak2 tu macam dah faham benar segala selok belok hubungan kelamin. ?
.
What kind of world we are living right now, people?
What kind of human being we are preparing for the future?
.
Now stop.
.
Stop tuding jari pada anak semata2.
Stop highlight cela dan masalah pada anak.
.
Kalau kau hanya nampak masalah itu pada anak–
sampai bila2 pun kau takkan jumpa penyelesaiannya.
. Renung dalam2 ke dalam diri kau sendiri.
Segala apa yang kau cari —
dah lama ada di situ.
.
Jangan sibuk nak cantikkan ranting,
kalau akar yang terbenam itu sendiri sedang membusuk.
.
Jangan sibuk nak betulkan anak,
kalau kita sendiri yang gagal bina jambatan kasih sayang dengan mereka.
.
Jangan sibuk suruh anak hormat kita,
selagi hubungan suami-isteri itu sendiri tak pernah wujud hormat.
.
Jangan sibuk suruh anak pandai jaga diri, jaga akhlak, kalau kita sendiri gagal jaga amanah itu dari awal.
.
Fikir!
Isu-isu ranting yang kita sibukkan itu,
rupanya berpunca dari akarnya.
Maka betulkan lah akar tu dulu.
.
Suburkan diri dengan ilmu. Budayakan semula membaca, mendengar, dan menonton ilmu2 yang membijakkan otak. Bukan sekadar yang memuas nafsu, membelai jiwa, dan membuang masa.
.
Hubungkan semula jambatan dengan anak2 yang dah lama runtuh.
Baiki semula hubungan dengan pasangan yang dah lama hilang.
Pautkan semula hati pada Allah dan kalam-Nya.
.
Keluarga yang selama ni hidup dalam kepulauan masing2, himpunkan semula semuanya.
.
Malam ni jugak–
tatap wajah anak2,
tenung mereka dalam2 biar tembus sampai ke hati.
.
Bila kali terakhir kau sentuh belai tubuh nya?
Bila kali terakhir kau kucup kasih dahi nya?
Bila kali terakhir kau dakap erat jasad nya?
Bila kali terakhir kau dengar isi hati nya?
Bila kali terakhir kau sapu air mata nya?
Bila kali terakhir kau gelak tawa bersama nya?
.
Bila?
.
Takut nanti–
bila kau mahukan dia, dia sudah terlalu jauh untuk kau hubungkan semula jambatan itu.
. May Allah grant us ease and guidance in raising our children–
our tickets to jannatulfirdaus.
Ameen.
Pernah tak terfikir, kenapa doktor jarang ambil MC walaupun dah nampak jelas tak sihat? Kalau orang biasa, demam sikit terus pergi klinik, dapat ubat,...