Sempena sambutan hari bapa yang disambut hari ini, anak sulung kepada angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Sophea Isabella atau Bella turut berkongsi penghargaan buat bapanya yang selama ini banyak berjasa dalam membesarkannya dan adik-beradiknya yang lain.
Ucapan manis dan ikhas Bella turut dikongsikan semula oleh Dr Sheikh Muszaphar menerusi Instagramnya.
Tulis Bella lagi, biarpun sibuk dengan jadual hariannya namun bapa kesayangannya itu sentiasa cuba meluangkan masa untuk mendengar setiap keluhan hatinya.
“Selamat Hari Bapa paaa! Terima kasih sebab jadi ayah yang sangat hebat untuk saya dan sentiasa bantu saya harungi macam-macam.
“Saya hargai semua benda yang ayah buat. Terima kasih sebab selalu dengar gosip saya dan ambil tahu pasal saya setiap hari walaupun masa tu ayah tak larat
Ads
“Saya harap ayah tahu yang ayah adalah seorang ayah yang luar biasa dan ayah tak pernah kecewakan sesiapa pun dalam keluarga kita.
“Saya sangat bersyukur dapat ada ayah macam ayah, dan kalau saya boleh pilih ayah dalam mana-mana alam semesta pun, saya tetap akan pilih ayah. Bukan sebab populariti atau duit, tapi sebab cara ayah jaga anak-anak, walaupun masa ayah sakit. Ayah tetap usaha dan beri yang terbaik dalam semua benda.
“I love you pa and Selamat Hari Bapa ,” tulisnya.
Ads
Tambah Dr Sheikh Muszaphar lagi bukan mudah untuk menjadi bapa yang hebat pada anak-anak. Perlukan komitmen sepenuhnya dan pengorbanan yang tak terkira.
Namun kata-kata dan ucapan Bella membuatkan bapa kepada tujuh cahaya mata ini yakin bahawa didikannya selama ini dalam membesarkan anak-anaknya dilandasan yang betul.
“Sayang kamu juga Bella. Bila anak tulis macam tu, kita tahu kita di landasan yang betul,” tulisnya ringkas.
Ads
Terdahulu, Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina Mohd Yunos dikurniakan dengan tujuh orang cahaya mata. Dua daripadanya merupakan pasangan kembar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dua beradik yang rentung dalam kebakaran di Jalan Bunga Raya Besar, Kampung Dato Sulaiman Menteri, Johor Bahru pada Sabtu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau pada Ahad.
Muhammad Zafran Muhammad Fikri, 3, dan Nurul Hawa Zafira Muhammad Fikri, 2, dikebumikan dalam satu liang lahad pada jam 5.30 petang (Ahad).
Terdahulu jenazah dua kanak-kanak itu tiba dengan dibawa van ke tanah perkuburan selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Dianggarkan lebih 50 orang termasuk ahli keluarga dan kenalan hadir memberikan penghormatan terakhir dalam suasana hiba.
Ibu mangsa Nurul Ain Najihah Zulkifli, 27, ketika ditemui berkata, dia hanya mampu meredai pemergian cahaya matanya itu.
“Saya tidak risau apa-apa sebab anak saya sudah jadi anak-anak syurga.
Kredit: Metro
“Cuma rasa sedih sebab saya lihat Zafran (di lokasi kejadian) peluk adik dia..saya orang pertama yang masuk ke rumah selepas kebakaran dipadamkan,” katanya ketika ditemui di tanah perkuburan.
Semalam, dua beradik itu ditemukan rentung dalam bilik tidur dalam kejadian yang berlaku pada jam 1.40 tengah hari. – Bernama
Bukan ujian yang biasa-biasa buat kedua ibu dan ayah. Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 16 bangunan Blok B, Kuarters Integrasi Hospital Sungai Buloh semalam.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden itu pada jam 4.28 petang dan anggota yang tiba di lokasi kejadian mendapati seorang kanak-kanak telah meninggal dunia.
Beliau berkata, siasatan awal ke atas ibu dan bapa mangsa yang kedua-duanya berumur lingkungan 30-an mendapati ketika kejadian seisi keluarga itu sedang tidur.
“Ketika ibu mangsa bangun dari tidur, beliau mendapati anak bongsunya itu berada di bahagian luar tepi jendela di ruang tamu yang telah terbuka tetapi tidak sempat mendapatkan mangsa sebelum mangsa terjatuh ke bawah,” menurutnya dalam kenyataan pada Ahad.
Mohd Hafiz berkata, kanak-kanak malang itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi dan punca kematian masih dalam siasatan.
“Satu kertas siasatan kes mati mengejut telah dibuka berkait kejadian tersebut dan ibu bapa mangsa juga akan diambil keterangan dalam masa terdekat,” katanya.
Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di talian 03-6156 1222 bagi membantu siasatan.
Bayi lelaki yang tular kerana dilahirkan di tepi jalan raya berhampiran persimpangan lampu isyarat Taman Bukit Dahlia pada Ahad lalu, dilaporkan dalam keadaan baik dan stabil.
Perkara itu dikongsikan sendiri ibunya yang berasal dari Sabah. Pasangan ini difahamkan sudah hampir setahun menetap di Johor Bahru.
Gambar ketika kejadian.
Dalam perkongsiannya, si ibu yang enggan dikenali itu berkata bayinya kini masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan menerima rawatan antibiotik bagi mengelak jangkitan kuman.
“Bayi seberat 2.63 kilogram itu masih di HSI. Saya dan suami belum memberi nama kepadanya,” katanya ketika dihubungi.
Ibu yang kini masih belum stabil emosinya itu juga wanita itu keberatan ditemubual lanjut kerana belum stabil dari segi emosi.
Ahad lalu, wanita berkenaan dilaporkan sakit untuk bersalin ketika menunggang motosikal bersama suaminya, lalu dibantu oleh pengguna jalan raya di tepi jalan.
Kisah ini mendapat perhatian ramai di media sosial selepas video kejadian dikongsi pengguna jalan raya, yang memuji keberanian insan-insan yang tampil menyambut kelahiran bayi berkenaan di tepi jalan.
Paling menarik, dikhabarkan seramai tujuh orang individu berbilang bangsa yang membantu wanita itu tidak memiliki latar belakang perubatan namun tetap berani melalui pengalaman manis itu. Satu pujian harus diberikan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dr. Najwa Latif selamat menimang cahaya mata sulung pada 11 November 2025 — tarikh istimewa yang juga ulang tahun ketiga perkahwinannya bersama Akwa Arifin. Rezeki berganda dan hadiah terindah buat pasangan muda ini.