Sesungguhnya ajal dan maut itu di tangan Tuhan. Hanya cara kematian yang membezakan bagaimana kita ‘pulang’ kepada-Nya. Aiza Syafinaz Shahak, telah kehilangan suami tercintanya, Inspektor Mohd Fairos Saberon baru-baru ini.
Mohd Fairos disahkan meninggal dunia selepas positif COVID-19 pada 19 Mac 2020 yang lalu. Aiza berkata, kali terakhir dia bertemu suaminya pada 18 Mac lalu di Wad Saringan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk membuat saringan berhubung wabak berkenaan.
“ABANG minta maaf, jaga diri baik-baik, I (saya) rasa I tak lama sayang, get ready. “
Menurut Aiza, selepas pertemuan terakhir mereka itu arwah suaminya menghubungi menerusi panggilan video dan berpesan supaya saya menjaga diri kerana dia mungkin perlu dikomakan sebelum melalui proses intubasi.
Lepas Call, Whatsapp Minta Bersedia
Selepas itu, Mohd Fairos mengirim mesej Whatsapp kepada Aiza untuk memintanya supaya bersedia dengan sebarang kemungkinan. Arwah suaminya juga ada mengadu tentang kesukaran untuk bernafas serta keadaan panas di dalam wad.
Ads
Tak Pasti Macam Mana Dijangkiti
Apabila ditanyakan tentang bagaimana arwah suaminya dijangkiti virus ini, Aiza memberitahu yang dia tidak pasti puncanya. Dia turut memberitahu bahawa mereka baharu pulang dari bercuti di Bandung, Indonesia pada 9 hingga 12 Mac lalu.
Walaupun begitu, menurut Aiza arwah suaminya sudah mengalami demam sebelum bercuti lagi. Mohd Fairos juga sudah membuat pemeriksaan di klinik.
Ads
Berdedikasi & Sayangkan Tugasnya
Katanya, arwah seorang pegawai polis yang berdedikasi dan sering mengikut arahan pegawai atasan. Setiap tugasan yang diberikan padanya akan diterima dengan baik. Aiza juga memberitahu bahawa arwah suaminya mahu ‘pergi’ sebagai negarawan.
Tarikh kematian Mohd Fairos juga adalah pada Hari Polis yang ke-21. Aiza memberitahu jiwa arwah suaminya sangat mendalam dalam bidang kepolisan.
Menurutnya, jenazah arwah suaminya selesai dikebumikan di Tanah Perkuburan Kuang, Rawang. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan beberapa ahli keluarga terdekat hadir pada proses pengebumian.
Aiza kini masih dalam tempoh kuarantin sehingga 31 Mac ini.
Pa&Ma mengucapkan takziah kepada Aiza di atas pemergian suaminya. Semoga beliau terus kuat dalam menempuh kehidupan pada hari-hari mendatang.
Pelakon filem Dunia Baru The Movie sekitar tahun 2008 iaitu Datin Almy Nadia sentiasa positif dan ceria dalam membesarkan empat orang cahaya mata. Figura yang suka tersenyum ini sentiasa disenangi oleh orang ramai. Tanggal 26 April lalu telah genap usia perkahwinan Datin Almy Nadia atau nama sebenarnya Ungku Almy Nadia Aminuddin shah dan suami tercinta.
“Alhamdulillah hari ini genap usia perkahwinan kita yang ke-9. Syukur alhamdulillah dan terima kasih Fizz Fairuz love terima mama seadanya.”
Sebelum ini juga, kasih sayang dan sifat romantik Dato’ Fizz Fairuz juga terserlah apabila dia sendiri mengaku bahawa telah menerima segala kekurangan yang ada pada Almy sejak rumah tangga mereka dikurniakan dengan empat cahaya mata. Isterinya kerap mendapat kritikan dan komen yang jahat mengenai isu berat badan.
“Saya suka Almy bertubuh gemuk kerana kalau dia kurus seperti model, dia mungkin tidak dapat memiliki kebahagiaan seperti sekarang. Dia patut bersyukur kerana dapat menguruskan keluarga dan rumah tangga kami juga dikurniakan dengan empat anak.”
Menerusi kapsyen suami tercinta yang juga menyambut hari lahir isterinya:
Happy birthday sayang.. thank jadi mama yg terbaik di abad ini.. strong girls.. hahaha.. jaga anak2,jadi driver bus sekolah anak2,pelajaran anak2,semua lah.. nk ckp lebih2 tak guna,biar papa jer tahu.. allah akan balas nanti.. happy birthday love ❤️
Alhamdulillah tumpang gembira melihat Datin dihujani dengan kasih sayang dari anak-anak dan suami.
Almy yang merupakan seorang ibu dan isteri yang penyayang meluahkan rasa syukur dikurniakan suami dan bapa yang bertanggunjawab.
“Terima kasih juga selalu dahulukan mama dan anak-anak. Terima kasih juga selalu bekerja keras untuk kesenangan anak-anak dan mama”
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Sekadar info, Datin Almy dan Dato’ Fizz Fairuz Zainal Abidin telah mendirikan rumahtangga dari tahun 2014 dan mereka telah dikurniakan empat orang anak perempuan. Semoga perkahwinan ini sentiasa dihiasi dengan kebahagiaan dan rahmat Allah S.W.T
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayangkan perasaan seorang ibu yang sedang bersiap menyambut detik paling bermakna dalam hidupnya, namun perjalanan ke hospital tiba-tiba bertukar tragis. Ambulans yang sepatutnya membawa harapan dan kebahagiaan bertembung dengan seekor lembu di kilometer 30, Jalan Gua Musang-Kuala Krai. Perasaan cemas bertukar menjadi sedih dan pilu.
Menurut laporan Sinar Harian, kejadian jam 4 pagi itu berlaku semasa ambulans tersebut dalam perjalanan dari Hospital Gua Musang menghala ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, setiba di lokasi kejadian seekor lembu secara tiba-tiba telah melintas jalan dan melompat ke arah ambulans terbabit.
“Disebabkan jarak yang terlalu dekat, pemandu ambulans tersebut tidak sempat mengelak lalu melanggar haiwan berkenaan.
“Bagaimanapun, pemandu, doktor dan pesakit di dalam ambulans terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, pesakit yang hendak bersalin itu telah selamat dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra dengan ambulans bantuan dari Hospital Gua Musang dengan kadar segera sejurus kemalangan berlaku.
Choon Foo meminta orang ramai sentiasa berhati-hati semasa memandu terutama pada malam hari di mana keadaan jalan gelap tanpa lampu jalan.
“Pemilik haiwan akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya ternakan mereka dibiarkan berkeliaran dan menyebabkan kemalangan di jalan raya.
“Mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan iaitu kecuaian dalam menguruskan haiwan, memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa tak kenal pemilik nama Aaisyah Dhia Rana, anak kepada pelakon Rozita Che Wan yang kini semakin membesar. Jika dahulu kecomelan Aaisyah di waktu kecilnya buat ramai yang geram, kini bila sudah menginjak usianya, gaya remaja Aaisyah pula menjadi perhatian.
Mana tidaknya walau baru berusia sembilan tahun, gaya Aaisyah persis anak remaja berusia belasan tahun. Keletahnya yang suka berdandan dan semakin cantik apabila meningkat remaja sentiasa mendapat pujian.
Menerusi akaun Tik Toknya, Che Ta memuat naik gelagat Aaisyah yang bergaya dengan beg tangan dan telefon bimbit di tangan.
“Dia punya feeling, kalah mak dia,” tulisnya di kapsyen.
Melihatkan gaya posing diva Aaisyah membuatkan Che Ta sedikit ‘tergugat’ dan mengaku kalah dengan gaya anak kecil kesayangannya itu.
Dalam pada itu, rata-rata wargamaya turut menyifatkan gaya Aaisyah hampir sama dengan gaya ibunya yang cantik dan elegan sentiasa.
Mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Itulah perumpamaan yang diberikan wargamaya buat Aaisyah. Sama seperti gaya diva dan kecantikan ibunya. Memang comel.
Terdahulu, Aaisyah Dhia Rana anak pasangan selebriti Che Ta dan Zain Saidin kini berusia sembilan tahun dilahirkan pada 1 November 2014.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/