Dalam rumahtangga, kasih sayang bukan hanya tentang ucapan “I love you” setiap pagi, tapi tentang tindakan kecil yang penuh makna. Kadang, penghargaan suami terhadap isteri tidak perlu besar cukup dengan usaha menunjukkan bahawa setiap titik peluh dan pengorbanannya membesarkan anak-anak dihargai.
Itulah nilai yang cuba diterjemahkan melalui program i-Sayang KWSP di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), di mana lebih 158,000 suami di Malaysia telah memilih untuk memindahkan 2 peratus daripada caruman KWSP bulanan mereka ke akaun isteri masing-masing. Mungkin nilainya tidak sebesar sebiji rumah atau kereta mewah, tapi maknanya sangat dalam ia tanda terima kasih, tanda “aku nampak pengorbananmu”.
Penghargaan Yang Terzahir Dalam Tindakan
Menurut Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sehingga Ogos 2025, jumlah pindahan caruman i-Sayang KWSP telah mencecah RM309.4 juta sejak pelaksanaannya pada Mac 2023.
Program ini memberi peluang kepada para suami untuk memperuntukkan 2 peratus daripada caruman bulanan mereka ke akaun isteri secara sukarela seolah-olah mengiktiraf bahawa isteri juga wajar ada simpanan hari tua, walau pun mereka tidak bekerja secara formal.
Hakikatnya, ramai isteri menghabiskan tahun-tahun muda mereka di rumah, membesarkan anak-anak, menguruskan keluarga — kerja yang tidak dibayar, tetapi paling berharga. Program seperti i-Sayang KWSP menjadi satu bentuk pengiktirafan kecil bahawa tugas mereka tidak sia-sia.
Lebih Dari Sekadar Wang
Suami yang memilih untuk menyertai i-Sayang KWSP bukan sekadar memindahkan duit mereka memindahkan rasa hormat dan kasih terhadap isteri. Ia tanda bahawa “kita sama-sama bina masa depan, bukan aku seorang”.
Dalam dunia sekarang di mana ramai wanita masih berkorban meninggalkan kerjaya demi keluarga, langkah ini memberi mesej besar: “Kau tak dilupakan, sayang.”
Ads
Sokongan Untuk Semua Golongan
Selain i-Sayang KWSP, kerajaan turut memperkukuhkan inisiatif seperti i-Saraan dan i-Suri — dua skim yang menyokong rakyat dari pelbagai lapisan.
Untuk i-Saraan, kerajaan menaikkan insentif padanan daripada 15% kepada 20%, dengan maksimum RM500 setahun dan had seumur hidup RM5,000. Ia memberi manfaat besar kepada mereka yang bekerja sendiri atau tidak dalam sektor formal. Setakat separuh pertama tahun 2025, jumlah caruman i-Saraan mencecah RM2.8 bilion daripada 487,375 ahli — peningkatan ketara berbanding tahun sebelumnya.
Manakala bagi i-Suri, kerajaan masih mengekalkan kadar padanan 50% daripada caruman tahunan, sebagai tanda penghargaan kepada suri rumah yang berdaftar dalam sistem e-Kasih. Dengan insentif maksimum RM300 setahun (sehingga RM3,000 seumur hidup), ia sedikit sebanyak membantu mereka membina simpanan hari tua.
Isteri: Tiang Rumah, Jiwa Keluarga
Ads
Ramai lupa tanpa isteri, rumah tangga boleh jadi sekadar “tempat tinggal”. Isteri bukan hanya melahirkan anak, tapi mendidik, mengurus, menenangkan hati suami, dan sering kali menjadi tulang belakang saat diuji. Maka bila suami ambil langkah kecil menghargai, ia boleh mengubah banyak perkara.
Bayangkan wajah isteri yang penat, tapi tersenyum bila tahu suaminya buat caruman untuk masa depannya. Ia bukan tentang jumlah duitnya tapi tentang rasa “aku dihargai”.
5 Tip Bahagia Rumah Tangga: Kecil Tapi Bermakna
1. Ucap Terima Kasih, Walau Untuk Hal Kecil.
“Terima kasih sebab masak hari ni” mungkin nampak remeh, tapi ia boleh buat hati isteri cair.
Ads
2. Jangan Lupa Sentuh dan Tatap.
Sentuhan lembut atau pandangan mata yang jujur mampu menyembuhkan banyak luka kecil dalam hubungan.
3. Bagi Ruang dan Sokongan.
Isteri juga manusia. Kadang dia perlukan masa sendiri. Bantu dia, bukan bebankan.
4. Kongsi Beban, Bukan Lepas Tangan.
Suami yang tolong jaga anak atau basuh pinggan, bukan “queen control”. Itu tanda tanggungjawab.
5. Rancang Bersama Untuk Masa Depan.
Sama-sama berbincang tentang kewangan, anak, dan impian. Bila isteri tahu dia dilibatkan, dia akan rasa lebih dihargai.
Penutup: Hargai Sebelum Terlambat
Program seperti i-Sayang KWSP, i-Saraan, dan i-Suri bukan sekadar polisi ekonomi — ia simbol kasih, penghargaan, dan kesedaran bahawa setiap wanita yang membesarkan anak adalah wira tanpa jubah.
Bila suami mula menghargai, isteri pun akan rasa lebih kuat untuk terus memberi. Dan di situlah bermulanya rumah tangga yang benar-benar bahagia — bukan sempurna, tapi saling menghargai.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Diam tak diam, anak pasangan selebriti Fasha Sandha dan Aidil Aziz rupanya sudah pun berusia tiga tahun.
Bagi meraikan hari lahir Aisha Amaira yang ketiga tahun, Fasha dan Aidil memilih tema Frozen untuk puteri kesayangan mereka.
Ketika sambutan hari lahir Aisha baru-baru ini, Fasha dan keluarga turut memilih tema warna sama iaitu biru dan putih, selari warna tema Frozen.
“Aisha turns 3. Syukur Alhamdulillah, walaupun last minute, semuanya berjalan lancar cuma tak lengkap tanpa kedatangan ahli keluarga tersayang.
“Syukur Alhamdulillah. Doakan agar Aisha menjadi anak solehah.
“Terima kasih buat semua yang hadir dan terima kasih atas doa-doa yang baik,” tulisnya.
Apa yang menarik perhatian pastinya gaya Aisha Amaira yang tampil dengan gaya Anna dari filem Frozen.
Ditambah pula dengan wajah comel Aisha yang dikatakan wargamaya persis wajah bapanya, Aidil. Memang sejuk mata memandang.
Rata-rata wargamaya memuji wajah cantik Aisha yang cukup comel, tenang dan mendamaikan.
Terdahulu, Fasha mendirinya rumah tangga bersama Aidil Aziz pada Mac 2019. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Aisha Amaira. Fasha turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu, Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.
Memilih pasangan bukanlah satu hal yang mudah. Selain gerak hati yang berikan Allah, kita juga perlu bijak menilai mana pasangan yang serasi dengan kita malah sanggup hidup susah senang sepanjang bersama. Bukan mudah. Bukan hanya sekadar suka dan terus berkahwin tetapi perlu melihat latar belakang keluarga jika mahu kehidupan aman bahagia.
Ini yang cuba dikongsikan oleh Dr Mohd Izzar Anwari Datuk Seri Abdul Khani, suami kepada pelakon Ummi Nazeera di instagram miliknya. Benar, berkahwin bukan satu keputusan mudah. Malah nak pilih pasangan pun perlu melihat pelbagai krateria. Nak mudah ikut sahaja kriteria yang digariskan oleh agama kita sebagai panduan.
4 KRITERIA MEMILIH PASANGAN
Rasa-rasanya sejak sekolah lagi kot kita dah diajar mengenai perkara ni. So ia bukan rahsia la. Nak pilih pasangan kenalah betul-betul. Bukan pilih pasangan tu je semata-mata, tetapi pilih keluarga dia juga.
Ade 4 kriteria nak pilih pasangan ni.
1) AGAMA – Aspek terpenting untuk menjanjikan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Pilihlah pasangan yang mengamalkan ajaran agama Islam.
2) KECANTIKAN / KETAMPANAN – Beauty lies on the eyes of the beholder. Ukur kain di badan sendiri sama. Korang sendiri rasa ok, ons jelah. Takyah dok compare dengan orang-orang kat IG, tambah filter je muka diorang tu.
3) KETURUNAN – Keluarga berperanan besar untuk mempengaruhi ilmu, akhlak, dan keimanan seseorang. Kalau ada problem dengan wife nanti, mesti dia block no phone atau unfollow IG etc. So, si suami kenalah berhubung dengan keluarga mertua dia la kan. So, berbaiklah dengan keluarga mertua sama. Family mertua mesti akan support kita kalau kita betul-betul. Yela, kan kita pun akan menyambung nasab keturunan depa juga (melalui anak-anak kita).
4) HARTA – Pilihlah pasangan yang setara harta dan darjat/status sosial. Ini pun boleh jadi isu. Ada yang rasa superior atau ada yang rasa inferior kang. Banyak salah faham terjadi sebab isu ni.
Ni sebenarnya 4 kriteria yang Rasulallah SAW pesan kat kita. Just sebagai peringatan semua.
Elak kongsi cerita rumah tangga di media sosial
Berkongsi tip, melalui instagramnya Dr Izzar juga sempat berpesan kepada pasangan berkahwin agar berhati-hati setiap kali memuat naik status di media sosial.
Malah beliau juga sempat berpesan jangan membandingkan isteri atau suami kita dengan orang lain. Belajar menerima pasangan kita seadanya malah sebaiknya cubalah menggembirakan hati isteri, barulah aman bahagia kehidupan berumah tangga kita. Itu yang sebaiknya.
“Kalau gaduh tu janganla dok post-post kat IG ayat-ayat deep perli isteri/suami. Jangan compare pasangan dengan orang lain.
Isteri always right. Happy wife, happy life. Kalau suami nak keluar main basketball, kasi jela tanpa had. Tu jela kot,” katanya lagi.
Tak sabar nak tengok keletah comel Jeanelle setiap minggu? Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina.
Jom kosongkan malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang yaa !
Sejak kecil, tangisan bayi selalunya membawa bahagia. Namun bagi pasangan muda ini, setiap tangisan anak mereka datang bersama rasa cemas dan takut. Bayi comel berusia setahun, Nur Nadine Mikayla Mohamad Shahril, kini berjuang menentang penyakit genetik SMA Type 1C, satu keadaan yang menyebabkan seluruh tubuhnya semakin lemah dari hari ke hari.
Apa Itu Penyakit Genetik SMA Type 1C?
Menurut laporan Sinar Harian, Penyakit genetik SMA Type 1C atau Spinal Muscular Atrophy adalah gangguan saraf jarang berlaku yang menyerang sel saraf tunjang, menyebabkan otot badan tidak dapat berfungsi dengan normal. Bagi Nadine, kesannya amat menyedihkan — dia tidak mampu meniarap, mengangkat kepala, dan kini bergantung sepenuhnya pada mesin oksigen setiap kali diserang sesak nafas.
Namun, di sebalik tubuh kecilnya yang lemah, Nadine tetap tersenyum setiap kali melihat wajah ibu dan ayahnya. Senyuman itu menyembunyikan derita yang tak terungkap.
“Dulu Dia Sihat, Sekarang Cuma Tangan Yang Masih Bergerak…”
Menurut ibunya, Nurul Farhana Mat Zaid, 34, anaknya dilahirkan cukup bulan dan sempurna. Tetapi selepas usia enam bulan, mereka mula menyedari Nadine tidak menunjukkan perkembangan seperti bayi lain.
“Kami perasan Nadine tak boleh meniarap atau angkat kepala. Doktor kata mungkin lambat sikit, tapi selepas tiga bulan masih sama. Bila buat ujian darah dan genetik, barulah kami tahu dia menghidap penyakit genetik SMA Type 1C,” katanya dengan nada sebak.
Kini, leher kecil Nadine tidak lagi mampu ditegakkan, kakinya kaku, dan hanya tangannya yang masih sedikit bergerak. Namun, semangatnya luar biasa – masih aktif belajar bertutur, seolah-olah mahu tunjukkan pada dunia bahawa dia belum kalah.
Tanpa Rawatan, Nadine Mungkin Tak Bertahan Lama
Menurut doktor, tanpa rawatan khas, fungsi organ penting Nadine akan terus merosot dan dia mungkin tidak mampu bertahan melebihi usia dua tahun. Satu kenyataan yang terlalu sukar diterima oleh mana-mana ibu di dunia.
Rawatan dan ubat-ubatan khas untuk memperlahankan kemerosotan penyakit ini menelan kos sebanyak RM85,400 setahun. Ia termasuk ubat genetik, rawatan fisioterapi serta sesi pemantauan hospital yang berterusan.
“Saya berhenti kerja untuk jaga Nadine sepenuh masa. Suami cuma juruteknik. Kami dah jual apa yang mampu, tapi jumlah itu terlalu besar,” ujar Nurul Farhana dalam linangan air mata.
Harapan Terakhir Seorang Ibu
Kisah Nadine telah menarik perhatian One Hope Charity & Welfare, yang kini membantu keluarga ini mengumpul dana bagi menampung kos rawatan. Menurut pengerusinya, Datuk Chua Sui Hau, keluarga berkenaan benar-benar memerlukan sokongan masyarakat.
“Mereka bukan meminta-minta, cuma seorang ibu dan ayah yang mahu menyelamatkan anak tunggal mereka. Setiap sumbangan kecil boleh jadi peluang besar untuk Nadine terus hidup,” katanya.
Ayuh, Bantu Nadine Hidup!
Setiap sumbangan anda memberi makna besar buat keluarga ini. Hulurkan bantuan anda melalui akaun di bawah:
Public Bank Berhad Akaun: 3201428817 Nama: One Hope Charity & Welfare
Dengan setiap doa dan sumbangan, kita mungkin mampu mengubah nasib seorang bayi kecil yang kini berjuang melawan penyakit genetik SMA Type 1C. Semoga Nur Nadine Mikayla kembali sihat dan membesar seperti anak-anak lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cara kenalkan telur kepada bayi dengan selamat, langkah demi langkah dari minggu ke minggu. Ketahui bila boleh mula, tanda alergi dan tip penting untuk elak risiko pada si manja.