Fimosis adalah kelainan pada penis yang belum disunat kerana kulit kepala penis yang melekat erat pada kepala penis. Masalah inilah yang berlaku kepada anak ketiga selebriti Indonesia, Oki Setiana Dewi iaitu Ibrahim Muhammad Abdullah, 3 tahun.
Akibat daripada itu, Ibrahim terpaksa disunatkan segera. Menerusi satu entri di instagram, suami Oki iaitu, Ory Vitrio Abdullah berkongsi mengenai kisah itu. Begitu juga Oki turut berkongsi cerita yang sama. Menceritakan detik itu, katanya anak ketiganya itu menangis dan meronta kerana ketakutan.
“Ibrahim menangis kesakitan. Kepala penisnya bengkak dan merah. Ternyata Ibrahim terkena fimosis, kelainan pada penis yang belum disunat kerana kulit kepala penis yang melekat erat pada kepala penis.
“Ibrahim ketakutan luar biasa. Dia menangis dan memberontak tak mahu disunat.
“Tiba di hospital, doktor beritahu dia harus diberi bius satu badan. Sebelum melakukan bius banyak persedur yang harus di lalui, seperti x-ray dan ambil darah serta lain-lain.
“Lagi membuatkan Ibrahim ketakukan dan membuatkan kami juga tak sanggup melihat anak menangis begitu,” ceritanya.
Malah melalui perkongsi di instagram milik Oki, ibu kepada tiga anak itu turut berkongsi pengalaman menyunatkan anak ketiganya itu.
” Sahabat, sedikit cerita mengenai Ibrahim sunat kemarin.
“Karena baru pertama kalinya punya anak laki-laki jadinya nggak terlalu banyak pengalaman. Walaupun tau bahwa Rasul mencontohkan anak sunat di waktu bayi, nyatanya sy dan suami menunda-nunda sunat itu.
“Sampailah suatu hari , Ibrahim menangis kesakitan. Kepala penisnya bengkak dan merah. Ternyata Ibrahim terkena fimosis, kelainan pada penis yang belum disunat krn kulit kepala penis yang melekat erat pada kepala penis. Mulai deh drama dimulai saat dibawa ke rumah sakit.
“Ibrahim ketakutan luar biasa.. nangis & berontak,” kongsinya menceritakan detik kesakitan yang dialami Ibrahim.
Pilih Rawatan Teknologi Bipolar
Hati ibu bapa mana pun pastinya tidak sanggup melihat anak menangis kerana ketakutan. Dek kerana tidak mahu anak terus menangis dan ketakutan, pasangan ini rupanya mencari altenatif menggunakan teknologi bipolar untuk melancarkan proser berkhatan Ibrahim.
Pastinya ini yang terbaik buat anak ini. Malah katanya lagi, teknik yang begitu hebat membolehkan Ibrahim tidak merasa sakit malah boleh memakai seluar selepas proses berkhatan dijalankan. Hebat!
Katanya lagi, proses sunat menggunakan teknologi bipolar ini difahamkan lebih cepat dan mudah.
“Akhirnya kami putuskan untuk sunat di @sunatan.comlottebintaro dengan pakai teknologi bipolar tech yang persedurnya cepat dan tidak perlu melakukan X-ray atau mengambil darah dan sebagainya.
“Lokasinya di pusat membeli belah dan selesa dengan teknologi yang digunakan membuatkan Ibrahim tidak ketakutan. Malah boleh terus memakai seluar selepas prosedur itu,” katanya lagi.
Ory dan Oki bernikah pada tahun 2014 dah turut dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Maryam Nusaibah, 5, dan Khadeejah Fatimah, 4.
EPISOD 8 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: SI CILIK BERJIWA BESAR
Setiap parents pasti menginginkan anak-anak yang berjiwa besar. Mempunyai semangat tolong-menolong, akhlak yang baik serta menghormati orang tua. Oleh itu, ibu dan ayah sendiri harus menunjukkan contoh terbaik untuk menjadi ikutan anak-anak. Mereka umpama kain putih, ibu ayahlah yang bertanggung jawab untuk ‘mencantikkan’ hiasannya.
Saksikan Episod ke 8, PA&MA Journey Bersama JoviaNina, setiap Rabu jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI