Khasiat susu ibu memang sudah terbukti sangat bagus. Ia juga antara antibodi yang terbaik untuk badan anak. Namun perjuangan untuk penyusuan ini akan mula diperlahankan setelah umur anak dah mula capai 2 tahun.

Bagaimanapun, bagi ibu yang rezeki susunya tak putus, pasti akan rasa tak sampai hati untuk memberhentikan penyusuan pada anak kerana rasa serba salah. Lagi-lagi anak dah biasa mengempeng.

Tapi anda kena tahu, jika dibiarkan dan tak dicuba dari awal, keadaan ini makin sukar. Berikut antara tips yang dikongsikan oleh Kaunselor Laktasi, Puan Nad Masrom.

Menurut Puan Nad, ibu mesti berjiwa kental. Bagi ibu yang ada anak lelaki dinasihatkan wean off (putus susu) secepatnya kerana diperingkat umur tertentu anak lelaki kecenderungan sifatnya dah semakin berubah. Risau akan beri kesan lain selepas itu.

Ibu Ada Anak Lelaki, Menyusu Badan Dinasihatkan Wean Off Secepatnya. Risau Sebab Ini!

TIPS WEAN OFF (PUTUS SUSU)

Ramai yang tanya saya tips ni. Kalau saya tak berjaya buat dengan Fatimah 6 bulan lepas, mungkin saya sendiri tak yakin nak kongsi. Saya mulakan awal dan berjaya lewat.

Selepas Fatimah berusia 2 tahun 3 bulan, saya cuba lakukan proses putus susu ini perlahan-pahan. Saya ambil masa berbulan-bulan juga untuk berjaya putus susu sepenuhnya.

IKLAN

Ada ibu yang cuma ambil masa beberapa hari sahaja. Tapi saya akui yang saya sendiri tak kuat. Jadi, setiap kali saya gagal dalam proses ini, saya akan mulakan proses ini semula.
Proses putus susu ni saya kira agak mencabar sebab melibatkan emosi ibu dan anak. Perlu dilakukan dengan berhemah agar emosi anak tak tercalar dan tangki emosinya dipenuhi dengan kasih sayang.

Antara 5 tips yang saya lakukan:

1. Beritahu anak dengan lembut dan jelaskan mengapa perlu putus susu.
Saya akan beritahu Fatimah yang Fatimah dah besar, dan tak perlu menyusu dengan saya lagi. Saya cuba beritahu setiap kali Fatimah buat permintaan nak menyusu.

Ibu Ada Anak Lelaki, Menyusu Badan Dinasihatkan Wean Off Secepatnya. Risau Sebab Ini!

2. Isikan tangki emosi anak
Nampak Fatimah kecewa bila diberitahu yang dia tak boleh menyusu dengan ibunya. Seolah dia akan hilang kasih sayang ibunya. Maka, saya gantikan dengan memeluk dan mendodoi dia setiap kali mahu tidur. Kami berpelukan erat sehinggalah Fatimah lena sendiri tanpa menyusu.

IKLAN

3. Alihkan perhatian anak
Beri dia aktiviti baca buku sebelum tidur atau bermain alat permainan yang menyeronokkan atau sesi bercerita setiap kali dia ingin menyusu. Dengan alihkan perhatian buatkan anak lupa permintaan nak menyusu tadi.

4. Ibu kena kuat mental dan emosi
Saya akui part ini saya sendiri tak kuat. Kali pertama saya nak putus susu dengan Fatimah, saya guna peppermint dan sapu di puting.

Fatimah terus ‘reject’ dan saya terkejut sebab tak sangka secepat itu. Saya rasa agak drastik dan memujuk semula Fatimah menyusu dengan saya. Memang payah bila cakap tentang emosi nak putus susu ni.

Selepas beberapa bulan, bila saya sudah bersedia, saya mulakan balik proses ini. Alhamdulillah saya dan Fatimah lebih bersedia walaupun kami ambil masa beberapa bulan juga untuk menjayakannya.

5. Kurangkan masa dan rutin memerah
Ini juga penting supaya ibu tak mengalami masalah bengkak susu yang teruk. Proses ini perlu dilakukan secara berkala beberapa bulan sebelum ibu nak berhentikan proses penyusuan.

IKLAN

Jika sebelum ni ibu biasa memerah 30 minit satu sesi, boleh dikurangkan kepada 15 minit untuk setiap sesi.

Ibu Ada Anak Lelaki, Menyusu Badan Dinasihatkan Wean Off Secepatnya. Risau Sebab Ini!

Selepas itu, ibu boleh kurangkan sesi memerah pula. Jika sebelum ini 5 kali sehari, boleh dikurangkan kepada 4 kali seterusnya 3 kali sehinggalah ibu yakin penghasilan susu sudah berkurang dan ibu tidak perlu memerah.

Tapi, perlu periksa selalu payudara sekiranya ada ketulan susu yang tidak disedari. Jika ada boleh buat hot compression dan urutan untuk mengatasi saluran susu tersumbat sebelum melarat.

Kredit: Nad Masrom
Kaunselor Laktasi

Ibu Ada Anak Lelaki, Menyusu Badan Dinasihatkan Wean Off Secepatnya. Risau Sebab Ini!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI