Macam mana nak tahu masa sesuai untuk ajar toilet training pada anak? Persoalan sebegini selalu kita dengar daripada ibu yang baru pertama kali berdepan dengan masalah sebegini. Adakah waktu terbaik untuk melatih anak kita?

Menurut Ahli Terapi Carakerja, Pn Mahfuzah Zainol, samada anak sudah boleh dilatih untuk toilet training atau tidak, semuanya bergantung kepada perkembangan anak itu sendiri. Periksa lima perkara ini. Jika anak anda sudah menunjukkan beberapa petanda yang diberikan, ada baiknya ibu mencuba. Jangan tunggu lagi!


5 Tanda Anak Anda Bersedia untuk Latihan Toilet Training

Saya share sikit tanda-tanda yang anak anda sudah bersedia untuk di’toilet training’kan. Kalau lebih daripada 2 tanda ada pada anak anda, sila jangan tangguh kalau dah masuk umur 3 tahun.

“Ibu Adik Rimas La”. 5 Petanda Anak Bersedia Latihan Toilet Training, Jangan Tunggu Lagi!

1. Anak anda rasa tidak selesa apabila lampin mereka basah. Mulalah nak buka pampers bila dah kencing. Atau selalu gatal bila pakai pampers.

2. Boleh buka seluar sendiri. Kalau boleh pakai seluar sendiri adalah satu bonus! Yeah!

3. Boleh berjalan ke tandas tanpa bantuan fizikal. Maksudnya, anak-anak tiada masalah fizikal. Dah boleh mula toilet training.

IKLAN

4. Anak anda kering dalam tempoh lebih daripada 2 jam. Haa, yang ini bila tengok pampers anak tak basah selepas 2-3 jam. Dah boleh mula ajar toilet training ni. Jimat pampers gituu 😅

5. Boleh tunjuk atau beri reaksi untuk ke tandas. Kadang-kadang dia cakap nak “shi shi” or “shu shu” or “pee pee” or “u..uk” pun sudah dikira tanda yang dia sudah bersedia untuk latihan ke tandas! 😄

“Ibu Adik Rimas La”. 5 Petanda Anak Bersedia Latihan Toilet Training, Jangan Tunggu Lagi!

Kesemua tanda-tanda ini boleh datang serentak atau salah satu atau beberapa tanda. Kalau nak tunggu semua tanda ada, mungkin lambat sikit lah nak mula.

Maybe kalau ada lebih daripada 2 tanda yang saya tulis, ibu ayah sudah boleh memulakan latihan. Terpulang kepada ibu ayah. Yang penting stress free parenting. Hehe. 🤗

IKLAN

And, kalau boleh, pastikan anak sekurang-kurangnya bebas pampers di siang hari apabila hantar anak ke sekolah atau tadika. Apatah lagi kalau sudah berusia 7 tahun.

Bagi murid berkeperluan khas, usia 7 tahun mungkin ada antara mereka belum dapat free diapers. Ini adalah kerana perkembangan mereka sedikit/ banyak terbantut.

Jangan gusar, cikgu pendidikan khas ada caranya untuk train kerana mereka juga dilatih untuk ajar toilet training murid berkeperluan khas di peringkat pra-perkhidmatan (ada cikgu pernah bagitahu saya).

“Ibu Adik Rimas La”. 5 Petanda Anak Bersedia Latihan Toilet Training, Jangan Tunggu Lagi!

IKLAN

Malahan, di pendidikan khas juga ada pembantu pengurusan murid (PPM) untuk uruskan latihan ke tandas anak anda. Berbincanglah dengan baik bersama mereka.

Kalau guru atau sekolah tiada latihan untuk ajar murid ke tandas, boleh mohon dengan PPD/JPN negeri masing-masing untuk dapatkan latihan. Ahli terapi carakerja berdekatan anda boleh membantu memberi latihan. Yang penting, jangan biarkan murid anda terus pakai pampers sampai umur belasan tahun.

Ada antara ibu bapa mengadu kepada saya bahawa cikgu pendidikan khas suruh pakai pampers bila ke sekolah. Hmmm, perkara begitu sepatutnya ada perbincangan dan perlu berakhir dengan baik.

“Ibu Adik Rimas La”. 5 Petanda Anak Bersedia Latihan Toilet Training, Jangan Tunggu Lagi!

Saling bantu membantu dan kerjasama guru-ibu ayah demi keberdikarian murid berkeperluan khas. Ibu ayah mulakan toilet training di rumah. Guru pendidikan khas dan PPM sambung di sekolah. Cantik kerjasama begitu. 😄♥️♥️♥️

Perlu ingat murid berkeperluan khas tidak sama perkembangannya dengan murid tipikal. Murid tipikal pun ada yang lambat, apatah lagi murid khas.

Sekian perkongsian saya sebagai ahli terapi carakerja, ibu, guru pendidikan khas, pegawai pendidikan khas dan pelajar.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI