Viral perkongsian seorang ibu yang juga OKU mental, namun tetap tabah menjalani kehidupan. Perkongsian ini dari Facebook Noor Azlin Mohamad, di sebalik ujian berat yang dihadapinya, beliau berjaya mengimbangi peranannya sebagai ibu kepada 6 anak dan juga seorang isteri yang setia.
Noor Azlin Mohamad merupakan seorang wanita yang memiliki pendidikan tinggi, termasuk ijazah dan pernah menyambung pengajian di peringkat sarjana. Walaupun mempunyai potensi besar, beliau memilih untuk bekerja dari rumah sebagai admin kumpulan Telegram, menjalankan affiliate, dan Adsense, sesuai dengan tahap kesihatannya.
Hidupnya tidak selalu indah. Sebagai pesakit OKU mental, beliau kerap melalui episod sukar, termasuk gangguan emosi dan tingkah laku. Namun, di sisi beliau sentiasa ada suami yang penyayang dan memahami, yang sentiasa memberikan sokongan dan bantuan. Perkongsian yang sungguh inspirasi untuk memberitahu bahawa kehidupan ini penuh cabaran namun semangat untuk berjuang untuk keluarga dan kasih sayang itu menjadikan diri kuat untuk terus melangkah.
Saya OKU mental. Saya juga ibu kepada 6 orang anak. Ada degree, pernah ambil master. Sekarang saya bekerja online sahaja dari rumah. Pendapatan saya dari jadi admin group telegram, affiliates dan adsense. Jumlahnya tidak besar mana kerana saya bekerja waktu saya sihat sahaja.
Saya tahu keadaan saya tidak boleh dijangka. Suami saya kenal saya sejak saya umur 20 tahun. Perkahwinan kami sudgah masuk 19 tahun.
Suami saya tidak pernah kurun saya. Tidak pernah larang saya nak cuba apa-apa. Saya yang lebih selesa berada dan bekerja dari rumah sahaja.
Ads
Walaupun dalam rumah, saya kerja online, jadi memang akan terdedah bacaan atau video yang menganggu emosi. Ada juga trigger kerana anak-anak buat perangai, biasalah tu. Mengamuk dan terbalikkan barang? Ada.
Jerit-jerit dan menyumpah pun ada. Saya rasa jiran-jiran saya dah biasa dengar. Itu waktu sakit saya datang, waktu sihat macam orang normallah.
Pernah sahaja saya buka pintu kereta dan nak terj*n, tarik stereng kereta, jalan kaki jauh-jauh sampai letih. Tapi masa tu memang tak boleh control. Marah, bengang, sedih, semua emosi negatif tu berpusing-pusing.
Saya selalu kaji bila lihat orang OKU fizikal. Mudah orang ramai nak faham. Tapi tak mudah bagi mereka dan penjaga mereka juga. Tapi orang faham, simple. Awak OKU. Tapi bila OKU mental ni susah. Ujian besar buat pesakit dan juga penjaga. Ada waktu dia sihat, ada waktu dia tak sihat. Nak kurung? Lagi tak sihat jadinya terus duduk dalam dunia sendiri.
Ads
Nak ikut selalu? Bukan mudah. Siapa yang nak teman selalu tu? Saya ada suami, dia pun kerja dari rumah juga buat printing. Saya sakit dia kena tutup kedai. Saya nak ke mana-mana dia bawa.
Tapi, saya pun ada cita-cita, saya nak sambung belajar (lagi) nak juga berdikari. Sebenarnya bila ada rasa macam tu jadi lagi sihat. Tapi masalahnya orang tengok kita sihat ingat dah sembuh terus.
Manusia bukan barang, bukan haiwan. Kalau barang sekejap rosak sekejap okay kita simpan dalam stor. Kalau haiwan kita kurung. Ini manusia. Ada ke sesiapa minta diuji sakit mental ni? Bukan semua orang sakit mental sebab tekanan. Ada sebab kemalangan, sebab buatan orang pun ada.
Suami saya banyak bantu saya uruskan rumahtangga, uruskan anak-anak. Dia mampu buat, dia teruskan. Dia tak mampu, dia rehatlah. Allah melihat usaha kita. Saya gembira, bahagia Alhamdulillah.
Ads
Ada waktu saya menangis tiba-tiba dan rasa serabut sangat. Alhamdulillah semuanya ujian Allah bagi. Allah bagi saya rasa lebih dan kurang.
Doakan mereka yang diuji sakit mental ni bertambah sihat. Berikan sokongan dan dorongan. Bantu apa yang boleh. Jaga tutur kata kita, benda ni bukan kelakar pun.
Malu? Buanglah jauh-jauh perasaan malu tu. Jangan malu ada pasangan OKU mental. Ada anak atau keluarga yang macamni adalah peluang nak buat pahala. Malu apa Allah yang jadikan, ada hikmah dan ganjaran untuk mereka yang diuji. Saya selalu mengaku saya sakit mental. Sampai dipesan jangan cakap nanti orang pandang serong. Biarlah, dia pandang serong nanti dia yang jatuh. Kita pandang tegaklah.
Pandanglah semua mereka yang diuji dengan belas ihsan. Jadi OKU mental bukan dapat tiket emas. Waktu galau, dunia ni tiada makna apa-apa. Bila ia hilang dan kau mula berpijak bumi nyata, kau rasa bahagia tu datang bagai angin bayu yang menghembus lembut ubun-ubun. Kami diuji, kamu juga diuji. Cuma yang terbuka hatinya akan dapat belajar sesuatu.
Sumber: FB Noor Azlin Mohamad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Duit pencen simpan bertahun lesap sekelip mata. Seorang warga emas hilang ratusan ribu ringgit lepas terpedaya dengan scammer. Niat nak gandakan simpanan, tapi akhirnya habis semua.
Itulah kisah pilu seorang warga emas. Seluruh wang simpanan yang dikumpul bertahun-tahun sebanyak RM186,000 lesap sekelip mata. Hanya kerana terpedaya dengan janji manis pelaburan yang rupa-rupanya tak wujud.
Duit yang sepatutnya menjadi bekal hari tua, kini hilang tanpa jejak. Tinggallah rasa sesal, tangisan dan penyesalan yang tak berpenghujung.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, memberi tahu pesara berusia 70 tahun itu menyertai satu kumpulan perniagaan dalam satu aplikasi WhatsApp setelah tertarik dengan pelaburan yang menguntungkan di laman sosial.
Katanya, mangsa juga diberikan penerangan mengenai bagaimana untuk melabur, jumlah modal dan jumlah keuntungan sebanyak 200 peratus yang bakal diperolehnya dalam tempoh tiga bulan.
“Oleh kerana tertarik dengan tawaran tersebut, mangsa telah melakukan sebanyak 14 transaksi kepada lima akaun bank berbeza berjumlah RM186,800 bermula dari 25 Januari 2025 hingga April 2025.
Gambar sekadar hiasan
“Mangsa kemudiannya telah diberikan satu pautan bagi tujuan membuat semakan keuntungan yang diperoleh dan mendapati pulangan pelaburan sebanyak RM446,786.89 telah dimasukkan sebagaimana yang dijanjikan
“Bagaimanapun, mangsa diminta untuk membayar pula sebanyak RM22,339.34 bagi menebus pulangan tersebut. Hal ini membuatkan mangsa mula berasa curiga dan menghubungi individu yang menawarkan pelaburan berkenaan kepadanya sebelum ini tetapi gagal,” katanya.
Polis menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran yang sukar dipercayai dan mengambil langkah berhati-hati terutamanya dalam urusan transaksi kewangan.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas sah bercerai pada 7 Oktober lalu, rezeki pelakon Fattah Amin dilihat semakin mencurah-curah. Di mana sahaja kemunculan actor kacak ini pasti mendapat perhatian ramai.
Pun begitu dalam kesibukan dan tumpuan ramai, Fattah tidak terlepas berkongsi masa dan ruang buat buah hatinya yang tersayang, Nur Fatima Aisya.
Terbaharu, bapa tunggal anak satu itu mendedahkan ada bertemu dengan puterinya, Fatima namun mengakui situasinya agak berbeza berbanding dulu.
“Baru-baru ini saya ada jumpa Fatima, cuma keadaannya tak sama.
“Tapi Alhamdulillah kami masih dapat berjumpa dan luangkan masa bersama,” luahnya.
Menerusi Instagramnya, bapa penyayang ini turut memuat naik momen bersama ketika meluangkan masa bersama Fatima.
Melalui gambar yang dikongsikan olehnya, Fattah dilihat turut bersama ahli keluarga, ibu dan ayahnya serta adik-beradik yang lain.
Meninjau diruangan komen, aksi comel dua beranak ini sudah semestinya mendapat perhatian ramai malah ada juga yang turut mendoakan buat keluarga kecil ini.
Terdahulu, Fattah yang sah bercerai dengan Fazura turut mendapat hak penjagaan anak dan bermalam bersama.
Pa: “Anak-anak, tahukah Sabah keluarkan RM136 juta tahun ini untuk biasiswa?” Anak: “Wow, banyaknya! Cukup untuk berapa orang, Pa?”
Perkara ini diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, semasa majlis SENTOSA di UMS pada 20 Julai 2025 bagi mengukuhkan sokongan pendidikan tinggi merekaNewswav+4BERNAMA+4The Star+4.
🎓 Siapa Yang Untung?
Seramai 4,170 pelajar akan menerima manfaat daripada Sabah State Government Scholarship (BKNS) jumlah manfaat terbesar setakat iniNewswav+4BERNAMA+4The Star+4.
Yuk, dengar yang ini program SENTOSA yang dilancarkan Mac lalu, memperuntukkan RM6 juta, bantu 20,000 pelajar Bumiputera SabahBorneo Post Online.
💬 Kata Ketua Menteri
“Ini adalah pelaburan jangka panjang kerajaan demi membangunkan modal insan berkualiti dan berdaya saing … tak mahu anak Sabah tercicir sebab kekangan kewangan.” Datuk Seri Hajiji NoorX (formerly Twitter)+7BERNAMA+7The Star+7
✅ Kenapa Ini Penting?
Peluang Sama Rata – Anak Sabah dari semua latar belakang kini lebih berpeluang melanjutkan pelajaran tanpa cemas soal kos.
Modal Insan Berkualiti – Fokus Sabah Maju Jaya: pendidikan sebagai tulang belakang pembangunan.
Ringankan Beban Hidup – Dari kos pendaftaran, komputer, hingga tiket penerbangan semua dibantu.
Jelas Sabah kini serius bantu anak negeri capai cita-cita akademik bukan sekadar biasiswa, tapi juga bantuan menyeluruh. Kalau dulu RM50 juta pun banyak, sekarang naik ke RM136 juta kira satu lonjakan besar!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dr. Najwa Latif selamat menimang cahaya mata sulung pada 11 November 2025 — tarikh istimewa yang juga ulang tahun ketiga perkahwinannya bersama Akwa Arifin. Rezeki berganda dan hadiah terindah buat pasangan muda ini.