Tangan yang lembut menghayun buaian mampu mengoncang dunia. Itu pepatah yang boleh diberikan kepada seorang ibu anak lapan ini yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat PhD.
Seperti ibu-ibu lain, wanita berusia 38 tahun ini sungguh memberi inspirasi kerana tidak menjadikan anak sebagai penghalang untuk mengejar cita-cita dan mengapai kejayaan demi masa depan dirinya dan keluarga.
Menurut laporan yang dikongsikan oleh China Press, Dr.Zatilfarihiah Rasdi menyelesaikan penyelidikan biokimia pergigiannya sambil membesarkan lapan orang anak yang berusia di antara satu hingga 14 tahun.
“Anak yang sulung masih bersekolah, dan yang kecil baru sahaja berusia satu tahun sembilan bulan. Jika diingatkan semula, saya tidak dapat membayangkan bagaimana saya dapat melalui ini semua, ia sangat mencabar, lebih-lebih lagi saya mempunyai anak kecil,” kata Dr.Zatilfarihiah.
Selain menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan pelajar PhD, Dr.Zatilfarihiah juga menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pensyarah di sebuah kolej tempatan. Katanya, cabaran membesarkan anak-anak menjadikannya lebih berdisiplin dalam bab pengurusan masa.
Pengorbanan yang paling banyak dilakukan oleh Dr.Zatilfarihiah sepanjang tempoh pengajian PhD ialah masa rehat. Selain memastikan tugas dan penyelidikan siap dalam tempoh masa yang ditetapkan, dia juga memberikan tumpuan sebaik-baiknya pada keluarganya.
Sepanjang tempoh PhD melahirkan 3 anak
Kata Dr.Zatilfarihiah, sebenarnya membesarkan anak sambil belajar bukanlah perkara mudah. Pada April 2017 ketika dia mula-mula mendaftar untuk pengajian PhD, dia sudah mempunyai lima orang anak dan sepanjang pengajiannya, dia melahirkan tiga orang anak lagi.
Ads
Mengandung, bersalin sambil belajar adalah cabaran yang harus ditempuhi namun semua itu tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan pengajian. Baginya apa yang dilaluinya itu adalah rahmat Tuhan buat dia dan keluarganya.
Bangun awal pagi menelaah pelajaran
Hampir setiap hari, Dr.Zatilfarihiah akan bangun untuk menelaah pelajarannya. Kemudian pergi ke makmal pada jam 8 pagi hingga 5 petang untuk menyiapkan kertas kajian dan menjalankan eksperimen. Dia mengaku perkara tersebut memenatkannya namun dia bersyukur kerana sebagai seorang pensyarah dia cepat menyesuaikan diri dengan keadaan itu.
Suami dan ahli keluarga sentiasa menyokong dan bagi semangat
Ads
Menurut Dr.Zatilfarihiah, suaminya sangat menyokong perjalanannya sebagai pelajar PhD. Ibu bapa kandung dan ibu bapa mertuanya juga turut sama membantu menjaga anak-anaknya ketika dia sibuk menjalankan tugas.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Dr.Zatilfarihiah atas perjalanannya mendapatkan PhD yang sungguh luar biasa. Semoga kisahnya ini akan dijadikan contoh buat orang ramai khususnya mereka yang bergelar ibu. Capailah cita-cita anda di samping keluarga tersayang!
Pelakon terkenal, Rita Rudaini bangga apabila anaknya cemerlang akademik dan olahraga selepas berjaya memecahkan rekod Majlis Sukan Sekolah Peringkat Daerah (MSSD) dalam acara pecut 100 meter.
Menerusi Instagramnya, Rita berkongsi kisah kejayaan anak sulungnya itu kepada semua pengikutnya malah amat berbangga dengan pencapaian cemerlang anaknya itu.
Tambah Rita lagi, Rayyan telah mencipta rekod baru untuk acara lari 100 meter apabila mencatatkan 11.44 saat sekaligus memadamkan rekod terpantas yang pernah diperoleh pada 20 tahun lalu iaitu 11.58 saat.
“Ryan dapat pecah rekod 20 tahun MSSD Sabak Bernam 100m dengan rekod baru 11.44 saat (rekod lama tahun 2004 11.58s). Mommy bangga” tulisnya.
“Tahniah team Subes dan cikgu-cikgu. 1st day MSSD harini,” katanya berkongsi.
Tambah Rita lagi, dia begitu terharu kerana anaknya bukan sahaja menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelajaran bahkan dalam sukan dan olahraga.
“Alhamdulillh, rezeki Ryan dapat wakil peringkat MSS. Ryan dah banggakan mommy dalam pelajaran, ni dalam sukan olahraga pula. Insya Allah mommy sokong,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu perkongsian video dari ibu kepada dua cahaya mata itu turut mendapat pujian ramai termasuk rakan selebriti yang turut sama mengucapkan tahniah.
Jom bawa anak-anak sertai pertandingan MARI MEWARNA SAYA ANAK MALAYSIA pada 25 Ogos 2024. Anak-anak akan membawa pulang sijil, goodies istimewa Bintang Kecil dan akaun SSPN bernilai RM20. Juga ada hadiah menarik untuk dimenangi!
Tahniah diucapkan buat penyampai radio, Shuib dan Watie yang selamat bernikah semalam. Majlis penuh meriah itu pastinya menjadi satu kegembiraan buat anak-anak Shuib.
Anak perempuan Shuib, Dzahira Talita Zahra yang mesra disapa Dekta turut dilihat sebak lalu menangis selepas bapanya selamat bernikah dengan Watie.
Pasangan raja sehari itu bersama anak-anak Shuib, Uwais, Talita dan Mateen dilihat mengenakan pakaian sedondon berona putih bagi meraikan kehadiran Watie dalam hidup mereka.
Tidak merancang untuk memiliki zuriat dalam tempoh terdekat ini, akui Watie, Shuib memintanya untuk memberi tumpuan kepada empat cahaya matanya yang kini semakin membesar.
“Dari awal lagi dia (Shuib) dah cakap untuk jadi suri rumah sepenuh masa. Jadi saya ambil keputusan untuk fokus besarkan anak-anak yang ada dahulu,” kongsi Watie.
Malah kongsi Shuib lagi, dia sudah mempersiapkan beberapa projek perniagaan melibatkan isterinya namun kini mahu isterinya itu fokus pada anak-anak.
“Saya ada beberapa projek perniagaan dan mungkin melibatkan isteri. Tetapi sepenuhnya dia harus fokus pada keluarga. Saya tak mahu dia sibuk sampai anak-anak terabai.
“Uwais sekarang dah nak masuk usia remaja. Dia perlukan perhatian kedua ibu dan bapa,” kongsi Shuib lagi.
Dikhabarkan Shuib dan Watie akan turut bersama anak-anak untuk bercuti ke Turkiye selepas berbulan madu di Langkawi.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Suami isteri mana yang berkahwin tidak mahukan zuriat sendiri. Berusaha untuk mencuba, pasangan suami isteri berbeza etnik dan budaya, Nur Afilah Amir Rusdi dan suaminya, Adama Mohamed Camara yang juga warganegara Afrika juga turut mencuba untuk memperoleh zuriat selepas tiga tahun bergelar suami isteri.
Rupanya pasangan ini telah lama menjalani rawatan IVF (in-vitro fertilization) sejak 2019 yang lalu dan berulang alik selama tujuh bulan untuk menjalani rawatan itu.
Namun ternyata rezeki tidak berpihak kepada mereka bila mana rawatan itu ternyata tidak membuahkan hasil.
Melalui Instagramnya, Fila berkongsi kisah perjalanan IVF nya namun bersyukur atas pengalaman mahal itu biar pun tidak berjaya.
“Alhamdulillah, apa pun kami suami isteri percaya dan yakin dengan perancangan Allah.
“Kami bersyukur diberi peluang untuk jalani IVF. Kami bersyukur diberi peluang untuk usaha cari jalan,” jelasnya berkongsi.
Malah katanya lagi, biarpun tidak berjaya namun perjalanan itu membuatkan hubungannya bersama suami semakin mencambah rasa bahagia.
Bahkan anak jati kelahiran negeri Kedah ini juga turut memohon doa dari semua agar usahakan untuk memperoleh zuriat dipermudahkan.
“Perjalanan ni buatkan kami lebih kuat, buatkan kami lebih dekat dan kasih sayang kami lebih mendalam (tiber nak jiwang).
“Kami bersyukur juga dapat jumpa doctor baru ni, dah banyak doktor kami jumpa, sampai la doc ni ❤️.
“InshaAllah Fila akan share our TTC and IVF journey dari 2019 dulu. Dah lama ni simpan sorang-sorang. Kami redha dan bersyukur. Doakan kami juga ya ❤️,” tulisnya lagi berkongsi.