Tangan yang lembut menghayun buaian mampu mengoncang dunia. Itu pepatah yang boleh diberikan kepada seorang ibu anak lapan ini yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat PhD.
Seperti ibu-ibu lain, wanita berusia 38 tahun ini sungguh memberi inspirasi kerana tidak menjadikan anak sebagai penghalang untuk mengejar cita-cita dan mengapai kejayaan demi masa depan dirinya dan keluarga.
Menurut laporan yang dikongsikan oleh China Press, Dr.Zatilfarihiah Rasdi menyelesaikan penyelidikan biokimia pergigiannya sambil membesarkan lapan orang anak yang berusia di antara satu hingga 14 tahun.
“Anak yang sulung masih bersekolah, dan yang kecil baru sahaja berusia satu tahun sembilan bulan. Jika diingatkan semula, saya tidak dapat membayangkan bagaimana saya dapat melalui ini semua, ia sangat mencabar, lebih-lebih lagi saya mempunyai anak kecil,” kata Dr.Zatilfarihiah.
ARTIKEL MENARIK:
[“Cantik Mommy Medinah.” Mula Berpakain Longgar & Bertudung, Erynne Mohon Doa Semua]
[Dapat Tidur 3 Jam Pun Tak Apa.” Anzalna Puas Dapat Jaga Sendiri Anak Depan Mata]
Bekerja sambil belajar
Selain menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan pelajar PhD, Dr.Zatilfarihiah juga menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pensyarah di sebuah kolej tempatan. Katanya, cabaran membesarkan anak-anak menjadikannya lebih berdisiplin dalam bab pengurusan masa.
Pengorbanan yang paling banyak dilakukan oleh Dr.Zatilfarihiah sepanjang tempoh pengajian PhD ialah masa rehat. Selain memastikan tugas dan penyelidikan siap dalam tempoh masa yang ditetapkan, dia juga memberikan tumpuan sebaik-baiknya pada keluarganya.
Sepanjang tempoh PhD melahirkan 3 anak
Kata Dr.Zatilfarihiah, sebenarnya membesarkan anak sambil belajar bukanlah perkara mudah. Pada April 2017 ketika dia mula-mula mendaftar untuk pengajian PhD, dia sudah mempunyai lima orang anak dan sepanjang pengajiannya, dia melahirkan tiga orang anak lagi.
Mengandung, bersalin sambil belajar adalah cabaran yang harus ditempuhi namun semua itu tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan pengajian. Baginya apa yang dilaluinya itu adalah rahmat Tuhan buat dia dan keluarganya.
Bangun awal pagi menelaah pelajaran
Hampir setiap hari, Dr.Zatilfarihiah akan bangun untuk menelaah pelajarannya. Kemudian pergi ke makmal pada jam 8 pagi hingga 5 petang untuk menyiapkan kertas kajian dan menjalankan eksperimen. Dia mengaku perkara tersebut memenatkannya namun dia bersyukur kerana sebagai seorang pensyarah dia cepat menyesuaikan diri dengan keadaan itu.
Suami dan ahli keluarga sentiasa menyokong dan bagi semangat
Menurut Dr.Zatilfarihiah, suaminya sangat menyokong perjalanannya sebagai pelajar PhD. Ibu bapa kandung dan ibu bapa mertuanya juga turut sama membantu menjaga anak-anaknya ketika dia sibuk menjalankan tugas.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Dr.Zatilfarihiah atas perjalanannya mendapatkan PhD yang sungguh luar biasa. Semoga kisahnya ini akan dijadikan contoh buat orang ramai khususnya mereka yang bergelar ibu. Capailah cita-cita anda di samping keluarga tersayang!
Kredit: China Press; erabaru.com.my & FB Zatilfarihiah Rasdi
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)